Telefon bimbit pintar seberat 139 gram dengan ketebalan hanya 8.5 milimeter itu dibina menggunakan aluminium penuh dengan kerangka polikarbonat pada bahagian belakangnya.
Menurut Pengurus Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan, pihaknya begitu optimis dengan pengenalan Lumia 925 sekali gus menjangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna menerusi beberapa faktor unik.
"Selain mengekalkan sistem operasi platform Microsoft Windows 8, fungsi kamera berteknologi PureView yang dipasang bersama penstabilan imej optikal dan lensa Carl Zeiss turut menjadi kekuatan Lumia 925.
"Kemudahan mengecas bateri telefon tanpa pengecas fizikal berikutan pengecas sudah tersedia di dalam peranti itu sendiri juga membolehkan pengguna mengaktifkan peranti tersebut semaksimum yang mungkin," katanya pada majlis memperkenalkan Lumia 925 di ibu negara baru-baru ini.
Dijana oleh pemproses dwi teras 1.5 giga herz, RAM sebanyak 1 giga bait (GB) serta kapasiti storan menjangkau 16 GB, paparan Lumia 925 menggunakan format resolusi 1280 x 768 piksel serta paparan 4.5 inci OLED.
Telefon bimbit pintar ini turut dilengkapi kuasa kepakaran Nokia membangunkan kamera PureView 8.7 mega piksel pada bahagian belakang dan kamera depan 1.2 mega piksel.
Lumia 925 akan berada di pasaran bermula bulan lepas dengan harga RM1,799 Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.nokia.com.