Lumia 925 kekal operasi Windows 8


MENERUSKAN kesinambungan produk berasaskan perisian Microsoft sebagai binaan, Nokia baru-baru ini memperkenalkan model Lumia 925 yang terus menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasi utamanya.

Telefon bimbit pintar seberat 139 gram dengan ketebalan hanya 8.5 milimeter itu dibina menggunakan aluminium penuh dengan kerangka polikarbonat pada bahagian belakangnya.

Menurut Pengurus Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan, pihaknya begitu optimis dengan pengenalan Lumia 925 sekali gus menjangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna menerusi beberapa faktor unik.

"Selain mengekalkan sistem operasi platform Microsoft Windows 8, fungsi kamera berteknologi PureView yang dipasang bersama penstabilan imej optikal dan lensa Carl Zeiss turut menjadi kekuatan Lumia 925.

"Kemudahan mengecas bateri telefon tanpa pengecas fizikal berikutan pengecas sudah tersedia di dalam peranti itu sendiri juga membolehkan pengguna mengaktifkan peranti tersebut semaksimum yang mungkin," katanya pada majlis memperkenalkan Lumia 925 di ibu negara baru-baru ini.

Dijana oleh pemproses dwi teras 1.5 giga herz, RAM sebanyak 1 giga bait (GB) serta kapasiti storan menjangkau 16 GB, paparan Lumia 925 menggunakan format resolusi 1280 x 768 piksel serta paparan 4.5 inci OLED.

Telefon bimbit pintar ini turut dilengkapi kuasa kepakaran Nokia membangunkan kamera PureView 8.7 mega piksel pada bahagian belakang dan kamera depan 1.2 mega piksel.

Lumia 925 akan berada di pasaran bermula bulan lepas dengan harga RM1,799 Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.nokia.com.

J.A.R.V.I.S Untuk Penggodam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca [GH].

6 September 2013, telah berlakunya perpisahan antara umat islam dan bulan syawal pada tahun ini. Marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan bulan Syawal ditahun akan datang, amin. :)

Sekumpulan penggodam yang berasal dari India, telah mencipta Artificial Intelligence Operating System atau dikenali sebagai "JARVIS" yang boleh menjawab soalan, tweet untuk pengguna, mencari maklumat dan mengimbas sesuatu sasaran dengan arahan yang diberi melalui suara.

Chiragh Dewan, merupakan seorang pelajar berusia 18 tahun yang sedang mengikuti BCA telah megambil inisiatif untuk menjadi orang india pertama yang menyiapkan projek JARVIS ini. Diilhamkan dari filem Iron Man. Dengan pasukannya seramai 7 orang termasuk beliau iaitu Himanshu Vaishnav, Mayur Singh, Krishanu Kashyap, Vikas Kumar, Vinmay Nair dan Sravan Kumar telah hampir menyiapkan projek ini hingga ke tahap yang ke-3.

Matlamat jangka panjang mereka adalah untuk mewujudkan satu OS yang boleh menyesuaikan dirinya mengikut keperluan atau kehendak pengguna. Seperti jika seorang doktor menggunakan OS, ia akan menyesuaikan dirinya supaya ia mampu membantu beliau dalam bidang itu seperti mencari teknik-teknik baru, ubat-ubatan, membantu dalam penyelidikan mereka dan lain-lain. Tambahan pula untuk arkitek dan profesion lain.


Bagi pengguna Keselamatan IT, ia akan membantu pengguna dalam pengumpulan maklumat, mengimbas dan lain-lain lagi. Membuat aplikasi untuk telefon mudah alih dimana anda akan dapat berkomunikasi dengan sistem anda dari jarak yang jauh dan memberi tuga-tugas tertentu untuk dilakukan samada bertanya soalan atau sebagainya. Semuanya bermula selepas pengeluaran Filem Iron Man 3, selepas itu Chiragh bertekad untuk membuat JARVIS.

Beliau tidak mempunyai pengalaman dalam Artificial Intelligence/Kepintaran Buatan, namun beliau pulang ke rumah dan mula mempelajari AI melalui kursus-kursus dalam talian. Kerja-kerja penyelidikan telah bermula di mana beliau terjumpa sebuah pos oleh Himanshu menyatakan bahawa beliau juga telah bekerja pada projek ini dan mahu orang berulang alik menyertainya. Selepas perbualan yang terperinci dan pertukaran idea, projek itu telah bermula. Sepanjang perkembangan mereka, lebih ramai orang yang menyertai projek ini.

Tugasan projek ini siap dalam versi semasa Jarvis v1.0. Ia mampu:
  • Menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh DEVELOPER / PENCIPTA
  • Menyusun laporan mengenai sebarang topik yang ditanya oleh pengguna
  • Lampu kawalan dengan suara
  • Interaksi asas dengan pengguna
  • Mengendalikan Facebook, profil E-mel dan Sosial pengguna
  • Menggunakan Akaun Twitter dengan suara contro
  • OS kernel asas siap.
  • Boleh mengimbas sasaran untuk PENGGODAM
  • Mengumpul maklumat asas mengenai sasaran
Semua fungsi di atas adalah benar-benar dikawal oleh suara. Ia hanya empat bulan sejak mereka memulakan projek ini dan telah mencapai banyak benda dalam tempoh yang singkat. Pasukan itu akan mengumumkan OS tersebut secara terbuka & tidak lama selepas selesai fasa 3, tetapi untuk sekarang Chiragh bangganya menunjukkan hasil ciptaannya di laman web projek JARVIS DISINI!

hilangkan bosan dengan Minion rush!

Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, sudah lama saya tidak menulis entri untuk blog [GH], terlebih dahulu saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada penyokong penyokong tegar [GH] yang sentiasa memberi kami semangat untuk terus berkarya sehingga ke hari ini.


Despicable Me atau minioun rush adalah sebuah permainan lebih kurang seperti Subway Surfer atau Temple Run dimana Pemain harus berlari mengindari rintangan-rintangan sejauh mungkin dan cuba mengumpul mata yang tinggi.

Pemain juga boleh menghubungkan ke akaun facebook dan berlumba dengan rakan rakan di facebook untuk mengetahui siapakah yang mendapat skor yang tertinggi.Permainan minion rush ini sangat seronok untuk dicuba dan boleh membawa ketagihan jika anda benar benar mendalami cara permainanya.

Untuk pengguna android, anda boleh muat turun permainan ini secara percuma di google play store.
beberapa tips dan trik juga boleh diguna pakai untuk memungut skor yang tinggi,diantaranya ialah dengan membuka gift code secara percuma yang disediakan.

ini ialah kod untuk membuka hadiah percuma anda.


trailer minion rush dari Gameloft

selamat bermain~
psst: walaupun saya tak pandai.. buat masa sekarang skor tak tinggi, tapi boleh la titik arya putra ngan qimie muhammad.. kekekkekekekekek.... wakakakka...

KL Gangster 2 Keluar Lebih Awal Dari Pawagam?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada pembaca dan terima kasih kepada mereka yang masih setia bersama kami hingga sekarang.

29 Ogos 2013, Khamis - Sebuah filem yang telah dibuat oleh seorang pengarah yang hebat juga orangnya iaitu Syamsul Yusof yang bekerjasama dengan Grand Brilliance dan juga Skop Production yang diberi nama KL Gangster 2 telah bocor didalam internet sebelum sempat ditayangkan dipawagam iaitu pada 3 Oktober 2013.

Filem yang dibuat dengan kos RM4.5 juta bocor begitu sahaja didalam internet dipelbagai laman sesawang yang menyediakan pelbagai jenis movie untuk ditonton secara percuma. Bukan itu sahaja, malah URL untuk muat turun pun turut tersebar dengan luas sekali!

Ini telah menyebabkan pengarah tersebut mengeluarkan 1 statement bahawa beliau dan pihak Skop Production serta Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mereka yang download dan sebarkan URL untuk muat turun filem ini. Mula-mula, [GH] pun tidak percaya adakah benar URL yang dikongsikan itu.

Selepas muat turun dan lihat sehingga habis, rupanya memang benar itu filem KL Gangster 2 yang sebenar. Tapi, siapakah dalang disebalik kebocoran ini? Adakah dari orang-orang yang terlibat berlakon dalam KL Gangster 2? Atau orang lain? [GH] berasa kesian kepada pengarah tersebut kerana filemnya keluar sebelum tayangan yang sepatutnya. Hal ini mungkin akan merugikan pengarah tersebut kerana pendapatan yang diterimanya lebih sedikit dari kos yang digunakan untuk membuat filem ini.

Apa-apa pun, [GH] harap perkara ini tidak berlaku lagi. Kalau nak cetak rompakkan filem orang pun, tunggulah lepas tayangan. Ye dok? By the way, filem lu memang best lah 'Shark'. Gua kasi tabit sama lu. Hahah. Apa? Nak URL download? Tunggu lepas tayangannya :P

Shut Down, Restart & Remote Control Komputer Anda Dengan Smartphone


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Pembaca [GH].

Hari ini, [GH] akan berkongsi dengan anda semua satu aplikasi yang boleh Shut Down, Restart & Remote Control Komputer anda dengan menggunakan Smartphone atau Telefon pintar seperti iPhone, Android dan Windows Phone dengan menggunakan command bagi Shut Down, Restart, 'Kunci Komputer' anda secara jarak jauh. Apa yang menariknya, aplikasi ini boleh diinstall atau dipasang di Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Aplikasi ini diberi nama PC Monitor. Dibawah ialah kegunaan dan kelebihan menggunakan PC Monitor:
  • Boleh shut down, restart, lock, log off dan hibernate komputer anda dari jarak jauh
  • Menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux
  • Menyokong juga peranti iOS, Android, Windows Phone serta Windows RT
  • Percuma !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksa suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command promt, lihat senarai perisian komputer dan banyak lagi.

Cara menggunakan PC Monitor:

  1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda mengikut sistem operasi
  2. Download dan install PC Monitor App di peranti iPhone, Android, Windows Phone atau Windows RT anda
  3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada PC Monitor Client dan PC Monitor App
  4. ...??
  5. Selesai setup, jalankan sesi percubaan PC Monitor di komputer anda
Selamat Mencuba! 
P/S: Pengguna android yang ada masalah dengan download dari Play Store, bolehlah cuba install dengan menggunakan file apk ini ~> PC Monitor .Apk

Google Palestine Di Hack Oleh Hackteach Lover's

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Untuk Pertama Kalinya admin ingin memohon maaf atas kesilapan admin sendiri semasa menjadi admin di [GH], Mari kita berbalik kepada tajuk kembali

Google Palestine Di Hack Oleh Hackteach Lover'sMegikut Kiraan Admin Google inc telah dihack sebanyak tiga kali , admin tidak beberapa pasti, yang pastinya Google Berdomain Google.ps Di hack oleh Hackteach Lover's dan Cold z3ro - Haml3t - Sas - Dr@g , tidak pasti itu nama crews ataupon nama ahli-2 beliau

Ini Beberapa Mesej Dari Defacement Beliau

[+]=================================[+]
uncle google we say hi from palestine to remember you that the country in google map not called israel. its called Palestine

# Question : what would happens if we changed the country title of Isreal to Palestine in google maps !!!
it would be revolution ..

So Listen to rihanna and be cool :P
[+]=================================[+]

Dan Beberapa DiGreetz oleh hacker tersebut HackTeach Lover's | Dod, Hij@ker, alzher, Mr_AnarShi-T, toxico-dz.

Ucapan Dari Admin Ialah : Go! Palestin! Go!, Allahuakbar!

#OPMalaysianHelpEgypt

#OPMalaysianHelpEgypt Kini Buat Pertama Kalinya Dilancarkan




Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca [GH] semua .

#OPMalaysianHelpEgypt Dilancarkan Oleh Group Hacker Yang Diberi Nama Cod3-N3wbie , [GH] Sendiri menanyakan soalan ke Ketua Cod3-N3wbie iaitu Ops Msia Bersatu atau lebih glamour di panggil OMB

Chat Berikut :-

[GH] : Assalamualaikum
OMB : Waalaikumsalam, Yer Ada Apa?
[GH] : Boleh Kan Saya Menanyakan Beberapa Soalan Tentang #OPMalaysianHelpEgypt
OMB : Tentu Boleh.
[GH] : Siapakah Yang Melancarkan #OPMalaysianHelpEgypt.
OMB : Tidak lain tidak bukan dari Cod3-N3wbie.
[GH] : Apakah Motif #OPMalaysianHelpEgypt Dilancarkan?
OMB : Motifnya ialah supaya pihak kerajaan malaysia bukak mata and bantu rakyat mesir yang terseksa, mungkin malaysia bole guna jalan dengan membuat mesyuarat OIC tuk redakan keadaan dan kurangkan masalah yang da blarutan dekat mesir,
[GH] : Oh Begitu Rupanya , Terimakasih Ops Msia Bersatu Luangkan masa bersama [GH] :). Jumpa Lagi

Disini Ada Beberapa Defacements yang dihack oleh Cod3-N3wbie Sendiri :-

~>http://umnoperak.my/
~>http://telecentre.my/batugajah/
~>http://www.surya.edu.my/v3/x.php


Last Mesej Dari admin adalah Majulah Hackers Malaysia! , Untuk Tanah Air!

btpnperak Di Hack Oleh Hacker Indonesia!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan.

Sebelum itu [GH] menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog [GH] mari kita kembali ke topik asal. Baru-Baru ini btpnperak.moe.edu.my Di Hack Oleh Biang Kerox Team Dari Indonesian .

Ini ada beberapa Mirror dari Defacement Berikut :-

~>http://zone-h.org/mirror/id/19402357.
~>http://zone-h.org/mirror/id/14236870.

Live Defacement :- http://btpnperak.moe.edu.my/

Pihak [GH] Mengucapkan agar berhentilah bergaduh kerana Indonesian & Malaysian adalah seperti duduk di satu bumbung.

Bug Baru Yang Dijumpai oleh Hacker Palestin di Facebook


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan.


Sebelum itu, [GH] memohon maaf kepada pembaca kerana kurang mengupdate blog buat seketika ini. Kami sedang sibuk dengan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Baiklah, mari kembali kepada topik asal. Baru-baru ini, Timeline seorang pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah diceroboh oleh seorang penggodam atau hacker dari Palestin yang dikenali sebagai 'Khalil Shreateh'.

Menurut sumber, beliau juga merupakan seorang Web Developer. Beliau menyatakan telah menjumpai satu bug atau vulnerability(kelemahan) yang baru di Facebook. Dimana kita boleh mengakses tetapan privasi seseorang itu dengan mengepos sesuatu di Timeline/Wall orang tersebut. Khalil Shreateh dipaksa untuk menghantar butiran vulnerability pada Timeline Mark Zuckerberg untuk membuktikan bug yang dijumpainya itu.

Selepas itu, Pasukan Keselamatan Facebook gagal untuk mengenal pasti vulnerability itu sebanyak tiga kali. Bug ini boleh digunakan keatas seseorang yang bukan berada di Friends List kita. Menurut Bug Bounty Program Facebook, seorang penyelidik telah mengemukakan butiran vulnerability melalui e-mail kepada Pasukan Keselamatan Facebook tanpa mendedahkan butiran tersebut kepada orang awam.

Dalam usaha mendapatkan ganjaran minimum sebanyak AS $500, vulnerability haruslah sah. Kelemahan yang dilaporkan terdapat di dalam fail "composer.php" mekanisme Facebook. Pertama, Khalil membuat 1 pos pada Timeline/Wall seorang gadis, Amal Saleh yang belajar di kolej yang sama dengan CEO Facebook, Mark Zuckerberg.


Tetapi, Pasukan Keselamatan Facebook tidak mampu untuk mengeluarkan semula pada masa pertama dan mereka menjawab, "Maaf, ini bukan bug." Akhirnya, beliau menjelaskan pengalaman yang mengecewakan beliau dengan Pasukan Keselamatan lalu menghantar butiran vulnerability pada Timeline Mark Zuckerberg. Untuk membuktikan laporannya dan selepas itu beliau mendapat 'reply' dari seorang 'jurutera Facebook' meminta semua maklumat tentang vulnerability itu.

Selepas menerima laporan bug yang ketiga, seorang jurutera keselamatan Facebook akhirnya mengakui vulnerability itu tetapi berkata bahawa Khalil tidak akan dibayar atas laporan yang dilakukan kerana tindakan beliau telah melanggar syarat-syarat keselamatan laman web perkhidmatan.

#OPs Malaysian Kembali


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kemarahan indonesia kembali datang, Adakah ini sebabnya?
Dan Banyak Lagi ada juga yang melemparkan kata-kata kesat di dalam deface tersebut, Indonesia akan menyerang balas Di Dalam

#OPs Malaysian, 31 August

p/s apa yang admin harap ialah diorang bubarkan #ops malaysian dan berbaik semula :)

Pencerobohan Siber Semakin Serius!


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Insiden pencerobohan siber di negara ini berada pada tahap membimbangkan berikutan peningkatan ketara laporan berhubung perkara tersebut sejak kebelakangan ini.

Pengerusi CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity), Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed berkata, berdasarkan statistik berlaku peningkatan signifikan bagi kesalahan tersebut pada tahun lalu iaitu 4,362 kes berbanding 2,699 kes pada 2011.

Menurutnya, antara faktor peningkatan ketara pencerobohan siber adalah akibat perbuatan menaikkan kod-kod berbahaya (malware) dan perkembangan peralatan pencerobohan laman web (hacking tool).

"Bagaimanapun, faktor utama keadaan membimbangkan ini adalah disebabkan kurangnya amalan terbaik dalam penggunaan dan pengurusan pelayar komputer dalam kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azumi menjelaskan, selain pencerobohan, insiden penipuan atau pemalsuan di ruang siber turut merupakan isu besar yang harus ditangani oleh semua pihak terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berdasarkan pemerhatian Cybersecurity sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jelas beliau, penjenayah-penjenayah siber terus menyasarkan pengguna internet melalui platform e-dagang secara meluas.

Katanya, penjenayah akan mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap pengguna memandangkan ramai tidak mempunyai kesedaran terutama dalam aspek keselamatan e-dagang.

"Antara perbuatan tersebut adalah mengumpan pengguna atau phishing. Penjenayah akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya pengguna memenangi peraduan dan penjenayah meminta nombor akaun bagi menipu mereka," kata beliau.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, setakat suku kedua tahun ini, sebanyak 5,592 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Cybersecurity dan hampir setengah daripada jumlah itu melibatkan penipuan atau pemalsuan.

Tambahnya, penipuan atau pemalsuan siber menyumbang sebanyak 2,490 kes, pencerobohan 1,726 kes manakala gangguan siber (233 kes).

Sehubungan itu, kata beliau, dalam usaha membendung trend membimbangkan tersebut, Cybersecurity telah melancarkan Program Tunas Harapan Cybersafe bagi melahirkan anggota masyarakat yang mempraktikkan amalan terbaik di dunia siber.

"Kita telah memulakannya di Sabah baru-baru ini melalui pasukan Pandu Puteri di sekolah-sekolah dengan melatih mereka memupuk nilai tanggungjawab semasa menggunakan internet.

"Seterusnya, mereka akan pulang ke rumah atau sekolah masing-masing dan menyebarkan perkara itu kepada rakan-rakan sebaya," kata beliau.

Di samping itu jelasnya, Cybersecurity juga memperkukuhkan keupayaan teknikal dengan memperkenalkan pusat bantuan Cyber999 bagi membanteras jenayah siber

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Berita Baik Untuk Belajar Di Putera Army


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.com!
Kami di panggil sekali lagi oleh pihak Pengurusan RileksCrew berkaitan kelas putera army seperti yang dinyatakan sebelum ini. (boleh rujuk artikel artikel yang lepas)

Mengikut apa yang dimaklumkan kepada kami, Pihak pengurusan RileksCrew telah membuat beberapa perubahan baru sebagai langkah mudah proses pembelajaran,Kelas Putera Army terbahagi kepada 3 pecahan kumpulan diantaranya:

Level1 (Server & Networking)
https://www.facebook.com/groups/527464037291678/

Level2 (Web, Blog, cpanel, scripting)
https://www.facebook.com/groups/482160001875338/

Level 3 (Basic Computering & internet)
https://www.facebook.com/groups/480189935392854/

jika anda berminat untuk menyertai, sila buat pilihan yang bijak.. saya cadangkan anda agar memilih salah satu sahaja bagi menunjukan minat yang mendalam untuk belajar di sana.Apa yang terbaik... kemasukan masih lagi terbuka dan akan ditutup pada waktu yang terdekat... selamat mencuba!

Subdomain Laman Web Viber Digodam

Kepada pengguna aplikasi Viber, ini ada satu berita ekslusif untuk anda.


Subdomain http://support.viber.com digodam oleh penggodam PRO-Assad iaitu Syrian Electronic Army (SEA) yang mengatakan bahawa sistem yang digunakan oleh syarikat berpangkalan di Israel tersebut digunakan untuk mengintip dan mengesan setiap maklumat pengguna Viber.


Jadi, amat digalakkan untuk korang delete aplikasi Viber tersebut dari Smartphone dan Tablet. Bukti Viber menggunakan sistem tersebut adalah seperti di bawah (klik untuk pembesaran tulang temulang pada laman web flickr)

UPDATE (1:37 - 24 JULAI 2013 GMT+8 )
Server bagi subdomain http://support.viber.com ditutup sementara selepas pengumuman bahawa laman web tersebut digodam.

Sumber

Baju RileksCrew! Bantu rumah kebajikan anak anak yatim!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers! dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin.Kami warga warga [GH] sangat sibuk sejak kebelakangan ini. dan memohon maaf diatas kekurangan masa untuk update blog ini.Apa pun kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana masih singgah ke blog ini.


Disemperna bulan ramadhan yang mulia ini. Pihak RileksCrew telah membuka jualan tshirt Putera Army Edisi Pertama mereka dengan Harga RM40.00 sehelai.sebahagian dari Setiap pembelian anda akan disalurkan kepada rumah kebajikan Anak anak yatim dan warga emas " Abunur "


Untuk pembelian, sila nyatakan:
NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
QUANTITI:
SIZE:
bank in at 114067212746 Maybank Muhammad Hanafi bin reduan.. dah bank in sila nyatakan resit sebagai bukti pembayaran...

ke Facebook RileksCrew! tinggal 17 tempat kosong sahaja lagi!

Tapisan Internet: NGO seru kaji semula jaminan MSC


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara.

"Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Hari ini, satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal.

Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini.

"Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.

"Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya.

Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya.

"Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya.

Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam.

Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM akan melancarkan satu blog sebagai medan perkongsian berkaitan Islam, termasuk soal jawab berhubung kekeliruan dan salah anggapan terhadap agama suci ini.

"Antara usaha kita ambil ialah pendekatan teknologi bagi menangkis serangan yang dibangkitkan bertujuan menjejaskan kedudukan agama Islam.

"Jika mereka boleh gunakan teknologi sebagai senjata, maka kita perbetulkan semula dengan cara berdakwah melalui teknologi juga," katanya.

Beliau berkata blog yang bakal dilancar dalam masa terdekat itu akan mengumpul segala maklumat sahih berkaitan Islam dan menerima soalan serta perbincangan dengan pengguna berhubung agama berkenaan.

- Bernama

Kamera tanpa cermin pertama di dunia


Panasonic Malaysia baru-baru ini tampil dengan inovasi baru dengan memperkenalkan rangkaian kamera Lumix bagi memenuhi keperluan dan cita rasa golongan wanita yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Rangkaian kamera baru ini bercirikan reka bentuk bergaya dengan badan kompak yang direka untuk menarik perhatian konsumer wanita yang muda, kuat dan aktif.

Siri Lumix G, kamera pertama di dunia tanpa cermin , penuh dengan pelbagai inovasi baru serta ciri ciri berkualiti tinggi bagi menawarkan satu pengalaman fotografi yang menyeronokkan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Yosuke Matsunaga berkata, pihaknya akan terus memperkenalkan kamera baru lagi dipertingkatkan kepada pengguna di negara ini bagi menepati trend penggunaan kamera yang sentiasa berubah.

"Kamera seharusnya menjadi satu kaedah mudah untuk merakamkan pemandangan serta memori indah sambil kita men jalankan aktiviti harian dan kita seharusnya dapat berkongsi pengalaman atau memori ini dengan serta merta bersama insan insan tersayang," ujarnya.

Siri Lumix G baru , GF6 memiliki ciri ciri nilai tambah tambahan yang sesuai untuk semua pengguna kamera yang mementingkan kualiti serta prestasi tinggi.

Venus Engine yang baru diperbaiki menahan bunyi bising frekuensi rendah tanpa mengurangkan ketajaman gambar yang dirakamkan oleh GF6 dengan 16 megapiksel.

Model berkenaan berupaya menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

GF6 juga memberikan respons yang lebih tinggi di mana ia hanya memerlukan 0.5 saat untuk mengambil gambar selepas dihidupkan.

Dengan GF6, anda tidak lagi akan terlepas peluang - peluang keemasan untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, selaku yang pertama dalam industri kamera sistem yang menawarkan WiFi dengan fungsi New Field Communicator (NFC).

GF6 juga membolehkan pengguna untuk menyentuh dan berkongsi gambar dengan telefon pintar berkeupayaan NFC.

Selamatkan Palestine! Program Tabung Kebajikan Palestine

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di GilerHackers.com.
Dikesempatan ini, kami dari crew crew [GH] dan rakan rakan mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua muslim diseluruh dunia terutama sahabat dari Malaysia dan Indonesia.

Selamatkan Palestine! Program Tabung Kebajikan Palestine
Bila bercerita mengenai palestine,Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang perjalanan sejarah tanah air mereka,Sejak dari tahun 1948 mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan seperti negara negara yang lain.Namun , kekejaman zionis israel yang merampas harta dan keharmonian bumi mereka sehingga hari ini memaksa mereka terus dan terus berjuang demi mengejar sebuah harapan yang kita semua panggil " KEMERDEKAAN"


Dengan ini, KenaHack.com melancarkan Program amal untuk membantu palestine,Jika anda yang berminat untuk membuat sumbangan hanya dengan membeli sehelai Tshirt dari KenaHack.com boleh la emailkan butiran seperti:
- Nama
- No tel
- Alamat
- Saiz Baju
- Warna Baju
* Hantarkan butiran seperti berikut ke kenabaju.com@gmail.com

Untuk pembayaran sila bank-in pada akaun berikut.
Maybank
101422170425 (Syazliyana)
*Sila lampirkan sekali bukti pembayaran(Slip bank) di dalam email tempahan anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan, sila hubungi KenaHack.com Di Facebook mereka. *Ini adalah Hak cipta terpelihara, sila hubungi KenaHack.com jika ada yang menjual tshirt ini selain dari Kakitangan rasmi KenaHack.com.

Red Bean Army Semakin Berani!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Masih ingatkah lagi isu red bean army yang kini menjadi hangat dan mendapat perhatian media media tempatan khasnya berita di televsion!

Semenjak isu ini mendapat perhatian masyarakat di alam siber khasnya, kini lebih ramai ahli ahli red bean army berkeliaran difacebook dan memainkan isu isu berbaur politik yang menentang kerjaan! kami di [GH] ada juga memantau beberapa pergerakan mereka, nampaknya kebanyakan dari ahli ahli mereka dari bangsa melayu dan bukan dari bangsa china seperti yang di gembar gemburkan media baru baru ini.

Mereka ( red bean army ) menggunakan gambar profile gelap yang dilkarakan dengan logo kacang mereh beserta tulisan "RED BEAN ARMY - Pertahankan Dap Sehingga Quata Internet Yang Terakhir!" diantara ahli mereka yang aktif di facebook setakat ini:

JAHAR JD:
https://www.facebook.com/janji.dicapati.73

EKEY:
https://www.facebook.com/ekeypunyeMukaBuku

MILO AIS SUAM:
https://www.facebook.com/miloais.suam.9

SYED SAIFULLAH:
https://www.facebook.com/syed.saifullah.395

MUHAMMAD ASYRAF:
https://www.facebook.com/muhammad.asyraf.739978

PUTERA BANGLA:
https://www.facebook.com/penutup

QASEH LAILA:
https://www.facebook.com/lailatulsyafiqah

DAUS PEOH:
https://www.facebook.com/daussrezemen

JENAHAK LIAR:
https://www.facebook.com/jenahakliar

dan banyak lagi yang tidak dinyatakan disini, apa lagi red bean army mahu? sebarang info boleh hantarkan ke gilerhackers@gmail.com

Arbitrary file uploader


Author: NoEntry and Tazme
Title : Arbitrary file uploader
Date : 26/6/2013
Home : Blog.phc.my
Tested: Windows 7, vista, 8 , XP

//PhcTeam 2011-2013\\

1- Tool ini berupaya mengupload file/shell anda jika website yang ditarget adalah vuln
2- Tool ini mempunyai mass uploader, single uploader , zone-h mass poster
3- Google dork sudah disetkan didalam tool
4- Untuk maklumat lanjut PM page Phc : https://www.facebook.com/pages/Phantom-Crews/205703072814125
5- Google.com boleh membantu anda dan video tutorial coming soon ...


Greetz: Ahli PhantomCrews aka PhcTeam 2011-2013
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif