Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Lumia 925 kekal operasi Windows 8


MENERUSKAN kesinambungan produk berasaskan perisian Microsoft sebagai binaan, Nokia baru-baru ini memperkenalkan model Lumia 925 yang terus menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasi utamanya.

Telefon bimbit pintar seberat 139 gram dengan ketebalan hanya 8.5 milimeter itu dibina menggunakan aluminium penuh dengan kerangka polikarbonat pada bahagian belakangnya.

Menurut Pengurus Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan, pihaknya begitu optimis dengan pengenalan Lumia 925 sekali gus menjangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna menerusi beberapa faktor unik.

"Selain mengekalkan sistem operasi platform Microsoft Windows 8, fungsi kamera berteknologi PureView yang dipasang bersama penstabilan imej optikal dan lensa Carl Zeiss turut menjadi kekuatan Lumia 925.

"Kemudahan mengecas bateri telefon tanpa pengecas fizikal berikutan pengecas sudah tersedia di dalam peranti itu sendiri juga membolehkan pengguna mengaktifkan peranti tersebut semaksimum yang mungkin," katanya pada majlis memperkenalkan Lumia 925 di ibu negara baru-baru ini.

Dijana oleh pemproses dwi teras 1.5 giga herz, RAM sebanyak 1 giga bait (GB) serta kapasiti storan menjangkau 16 GB, paparan Lumia 925 menggunakan format resolusi 1280 x 768 piksel serta paparan 4.5 inci OLED.

Telefon bimbit pintar ini turut dilengkapi kuasa kepakaran Nokia membangunkan kamera PureView 8.7 mega piksel pada bahagian belakang dan kamera depan 1.2 mega piksel.

Lumia 925 akan berada di pasaran bermula bulan lepas dengan harga RM1,799 Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.nokia.com.

Kamera tanpa cermin pertama di dunia


Panasonic Malaysia baru-baru ini tampil dengan inovasi baru dengan memperkenalkan rangkaian kamera Lumix bagi memenuhi keperluan dan cita rasa golongan wanita yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Rangkaian kamera baru ini bercirikan reka bentuk bergaya dengan badan kompak yang direka untuk menarik perhatian konsumer wanita yang muda, kuat dan aktif.

Siri Lumix G, kamera pertama di dunia tanpa cermin , penuh dengan pelbagai inovasi baru serta ciri ciri berkualiti tinggi bagi menawarkan satu pengalaman fotografi yang menyeronokkan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Yosuke Matsunaga berkata, pihaknya akan terus memperkenalkan kamera baru lagi dipertingkatkan kepada pengguna di negara ini bagi menepati trend penggunaan kamera yang sentiasa berubah.

"Kamera seharusnya menjadi satu kaedah mudah untuk merakamkan pemandangan serta memori indah sambil kita men jalankan aktiviti harian dan kita seharusnya dapat berkongsi pengalaman atau memori ini dengan serta merta bersama insan insan tersayang," ujarnya.

Siri Lumix G baru , GF6 memiliki ciri ciri nilai tambah tambahan yang sesuai untuk semua pengguna kamera yang mementingkan kualiti serta prestasi tinggi.

Venus Engine yang baru diperbaiki menahan bunyi bising frekuensi rendah tanpa mengurangkan ketajaman gambar yang dirakamkan oleh GF6 dengan 16 megapiksel.

Model berkenaan berupaya menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

GF6 juga memberikan respons yang lebih tinggi di mana ia hanya memerlukan 0.5 saat untuk mengambil gambar selepas dihidupkan.

Dengan GF6, anda tidak lagi akan terlepas peluang - peluang keemasan untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, selaku yang pertama dalam industri kamera sistem yang menawarkan WiFi dengan fungsi New Field Communicator (NFC).

GF6 juga membolehkan pengguna untuk menyentuh dan berkongsi gambar dengan telefon pintar berkeupayaan NFC.

Smishing Vulnerability dilaporkan pada Samsung S4


Kelemahan serius telah dilaporkan ditemui pada Samsung S4 yang didakwa boleh menyebabkan penyerang menggunakan peranti tersebut untuk menghantar mesej secara senyap.

Qihoo 360 Technology, syarikat antivirus yang terletak di China, menyatakan kelemahan ini terletak pada satu kemudahan yang ada di peranti iaitu cloud backup, dimana ia tidak mempunyai keselamatan dan mudah untuk dicerobohi.

Kelemahan ini telah dijumpai sejak 17 Jun lagi, dan pihak Samsung  telah mengambil tindakan atas isu ini dan  dalam proses untuk membaik pulih sistem keselamatan pada peranti tersebut.

Sesetengah alat untuk pencerobohan bagi aplikasi mobil mengandungi kod penceroboh dimana penyerang dapat menghantar pesanan palsu pada setiap direktori talian yang ada pada peranti.

Dengan mencerobohi fungsi cloud backup, penyerang dapat mengguna segala informasi yang ada pada peranti seperti maklumat direktori telefon dan mengguna informasi tersebut untuk menyamar dengan menghantar pesanan menggunakan nama yang ada pada direktori supaya mangsa tertipu dan membalas pesanan dihantar. Pengguna kemungkinan akan kebocoran maklumat peribadi kepada penyerang.

Pesanan ringkas daripada Qihoo 360 Technology, pengguna Samsung S4 digalakkan berhenti menggunakan cloud backup sementara waktu hingga isu ini diselesaikan.


Bypass iPhone iOS 7 LOCK SCREEN Vulnerability


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada semua pembaca. Baru-baru ini Apple telah melancarkan 1 lagi versi iOS yang terbaru iaitu iOS7 di WWCD 2013. 

Dan selepas 48 jam pelancaran iOS7 itu, seorang pengguna iPhone bernama Jose Rodriguez telah berjaya memintas skrin kunci untuk mengakses aplikasi Photos dalam beberapa saat.

iOS sangat terkenal dengan 'lockscreen security bugs' yang membolehkan sesiapa sahaja memintas kod laluan pada peranti untuk mengakses maklumat yang berkemungkinan adalah rahsia. Video dibawah menunjukkan bagaimana untuk sepenuhnya memintas perlindungan kata laluan iPhone dengan mengakses kalkulator yang ada pada skrin kunci. 



"Dengan membuka Bilik Kawalan iOS dan mengakses aplikasi kalkulator telefon sebelum membuka kamera telefon sesiapa sahaja boleh mengakses, memadam, e-mel, memuat naik atau tweet gambar yang ada dalam peranti itu tanpa mengetahui kod laluan."

Pencetak Mini Untuk Telefon Pintar


LG Electronics (LG) memperkenalkan satu peranti terbaru dalam memudahkan penggunanya mencetak gambar secara terus selepas diambil melalui telefon pintar atau tablet.
PD233 adalah pencetak poket mini yang memberikan kualiti cetakan gambar terbaik dan pantas. Hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak melalui sambungan WiFi.

Pencetak poket mini ini boleh digunakan untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS. Pencetak yang kecil ini sangat menarik dan mempunyai bentuk luaran yang stylish.

Ia menjadi pencetak terkecil dan paling ringan dengan hanya berat 215 gram dan ukuran sekitar 72 x 120 x 24 mm, membolehkan senang membawanya ke mana saja termasuk meletakkan di dalam poket baju atau dalam beg tangan.

Tidak hairanlah jika LG menyasarkan untuk golongan yang sentiasa sibuk atau kepada mereka yang melancong. Ia boleh dijadikan sebagai poskad kenangan sewaktu melancong.

Hasil cetakan dari pencetak ini akan berukuran 5.1 x 7.6 cm, saiz yang sangat praktikal untuk dikongsi atau dijadikan kenangan.
Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi pencetak ini dan seterusnya hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak poket mini dan boleh terus mencetak dengan pantas.

Sumber

Bypass Samsung Galaxy Note II LOCK SCREEN Vulnerability


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Jika anda seorang pengguna iOS,Mungkin anda pernah mendengar tentang kelemahan keselamatan iPhone yang ditemui baru-baru ini. Boleh rujuk disini [+]Link

Kali ini ia adalah Android yang di buzz hari ini. Khususnya, ia phablet kreatif Samsung Galaxy Note II. Seorang Youtuber bernama Terence Eden baru-baru ini telah memuat naik satu video di youtube yang menunjukkan kelemahan keselamatan pada Samsung Galaxy Note II.

Kelemahan ini menunjukkan bagaimana pengguna boleh memintas skrin kunci dan mengakses aplikasi atau panggilan dari Home Screen  Android OS. Kelemahan ini telah ditunjukkan pada Note II berjalan pada Android 4.1.2 saham OS. Walaupun, pengguna hanya boleh mengakses skrin untuk satu atau dua kali, tetapi ia adalah satu jangka masa yang cukup untuk membuat panggilan atau membuka mana-mana aplikasi pada skrin jika anda cukup cepat.



* Samsung Galaxy S3 Android 4.1.2 juga dikatakan terdedah pada masalah yang sama.

Acer Liquid Z120

Semasa berlangsungnya Mobile Word Congress (MWC) 2013 pada bulan lepas, Acer telah memperkenalkan sebuah peranti baru iaitu Acer Z120.

Peranti ini akan dipasarkan di Malaysia dengan harga RM 399 yang menjadikannya peranti mampu milik.



Acer Liquid Z120 atau juga dikenali sebagai Liquid Z2 ini menggunakan cip pemprosesan 1GHz dan mempunyai memori sebanyak 512MB RAM.Kamera belakang peranti ini dilengkapi dengan 3 megapixel, saiz skrin ini berukuran 3.5 inci. Peranti ini adalah satu-satunya peranti menggunakan Android 4.1 (Jelly Bean) yang boleh didapati dengan harga yang mampu milik.

UI untuk Acer Z120

Peranti ini berkebolehan untuk menggunakan dwi-SIM, jadi ini pasti menjadi pilihan kepada yang ingin menggunakan dua kad SIM pada satu-satu masa. Z120 juga mempunyai mod baru yang dikenali sebagai Quick Mode membolehkan pengguna telefon bimbit sedia ada memahami dan mengendalikan peranti Liquid Z2 ini dengan lebih mudah.

Samsung Akan Mengeluarkan Galaxy S IV ?


As'salamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca [GH]. Terima kasih kami ucapkan kerana setia membaca entri-entri terbaru dari [GH]. Salam perkenalan dari saya, PhaNt0m3rr0r kerana ini adalah artikel pertama saya bersama [GH]. Saya akan memberi anda info-info terbaru tentang handphone dan berharap dapat menyesuaikan diri dengan anda semua. Ok, enjoy dengan artikel pertama saya ini!


Kami mendengar ura-ura bahawa Samsung akan mengeluarkan Galaxy S IV tahun ini. Ini pasti sangat mengujakan bagi Samsunger di luar sana. Tetapi nampaknya Mobile World Congress (MWC) 2013 di Barcelona bukan waktu yang tepat untuk Samsung mengumumkannya.





Dalam laman Twitter rasmi Samsung, mereka mengatakan bahawa akan mengumumkan sebuah produk baru pada 14 Mac 2013. Samsung secara rasminya tidak mengatakan tentang Galaxy S IV, tetapi ramai orang menganggap S IV akan dikeluarkan kerana nombor 4 dibesarkan yang merujuk kepada Samsung Galaxy S IV.
Memang tidak banyak informasi tentang Galaxy S IV. Namun ramai orang membuat spekulasi tentangnya, antaranya telefon tersebut akan menggunakan prosesor octa core.

Samsung Keluarkan Produk Skrin Boleh Melentur!

As'salamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca [GH]. Terima kasih kami ucapkan kerana setia membaca entri-entri terbaru dari [GH]. Hari ini, kami akan berkongsi dengan anda semua 1 produk/gadget terbaru yang dikeluarkan oleh Samsung.

Produk/gadget terbaru yang dikeluarkan oleh Samsung kali ini sangat dasyat, kerana skrinnya boleh melentur! Kami tidak pasti sama ada produk/gadget ini sudah dilancarkan atau belum. Mungkin ini adalah prototaip yang dihasilkan oleh Samsung sebagai 'ujian'. Produk ini mungkin akan membuat Apple cemburu kerana Samsung kini berada dihadapan Apple yang masih 'senyap'. 

Berikut adalah sedikit gambar Gadget/Produk yang dikeluarkan oleh Samsung:




Sedikit 'demo kelenturan' dari Samsung:


mengenalpasti iPhone 4 original atau Tiruan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera..
Ada yag inbox kami di gilermedia bagai mana hendak memastikan sama ada iphone yang dibeli itu adalah Original atau Tiruan ( biasanya made in china )
Godek punya godek akhirnya terjumpa entri ni.


Mana satu iPhone 4 original vs tiruan? Cuba teka

1. Dari segi bentuk luaran, aksesori charger, dan logo Apple adalah sama. Tulisan Designed in California, assembled in China tetap sama.

2. Body iPhone 4 original dibuat daripada besi + kaca, manakala iphone tiruan dibuat daripada plastik.

3. iPhone tiruan menggunakan sim card biasa dan bukan micro sim seperti iPhone 4.

4. iPhone tiruan boleh masukkan memory card, tetapi iPhone 4 tiada sokongan memory card, hanya hard disk terbina dalam.

5. Kedua2 iphone ori dan tiruan mempunyai kamera depan dan belakang, yang bezanya kualiti camera iPhone tiruan sangat rendah, dan mempunyai shutter sound yang aneh dan kuat.

6. Speaker iphone tiruan jauh lebih kuat tetapi bunyi pecah dan audio kualiti rendah.

7. Biasanya iphone tiruan tidak mempunyai 3G, tetapi mempunyai wifi. Wifi pula biasanya wireless b/g dan bukan wireless b/g/n. Wifi iphone tiruan tidak boleh guna WPA enteprise misalnya.

8. Bila on, menu dan layout kelihatan sama dengan iPhone 4. Cuma scrolling agak lag, dan icon nampak aneh.

9. Screen resolution iphone tiruan adalah rendah dan mengakibatkan display tidak sharp dan juga lcd digunakan adalah lcd murah. Jadi gambar tidak terang.

10. Touch screen tidak sensitif dan slow, laggy. Sesetengah model menggunakan resisitive screen, jadi tidak berapa memberi tindakbalas ke atas sentuhan jari.

11. Tidak boleh charge usb, tapi boleh guna charger sama dengan iPhone original.

12. Tidak perlu itunes untuk activation, juga tidak menggunakan sebarang smartphone os. Interface iphone tiruan dibuat menggunakan j2me (java) dan dibuat supaya menyerupai iphone.

13. Sesetengah games juga diberi percuma di dalam iphone tiruan. Saya try dan ada game plants vs zombies versi ciplak dan sangat tak best.

14. TIada facetime, safari, ipod, app store dan beberapa native apps pada iPhone original. Yang ada hanya apps yang “mimik” fungsi native apps iPhone.

16. Biasanya harga iPhone tiruan adalah 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone sebenar.

Sumber

HTC Butterfly Skrin berdefinisi penuh (HD)


PEMACU inovasi dan reka bentuk telefon bimbit, HTC Corporation baru-baru ini mengumumkan ketersediaan sebuah telefon bimbit pintar terbaharu iaitu HTC Butterfly yang pertama dengan paparan skrin berdefinisi penuh (HD) 1080p.

Model tersebut merupakan yang pertama seumpamanya yang menawarkan paparan piksel tinggi bagi telefon pintar sekali gus memperkenalkan pemproses Qualcomm Snapdragon empat teras yang dikuasakan oleh sistem operasi Android Jelly Bean bersama HTC Sense 4+.

Menurut Presiden HTC Corporation Asia Selatan, Lennard Hoornik, Butterfly menawarkan pengalaman terbaik dari segi prestasi, reka bentuk serta inovasi yang dimiliki selain merupakan antara telefon bimbit pintar paling unik yang pernah dikeluarkan syarikat tersebut.

"Dengan teknologi setanding televisyen berdefinisi tinggi (HD) terbaru, HTC Butterfly merupakan telefon pintar pertama berdefinisi 1080 piksel LCD 3 dengan paparan perlindungan Corning Gorilla Glass 2.

"Di samping itu, skrin paparan lima incinya dikuasakan dengan 440 piksel per inci (PPI) sekali gus memberikan pengalaman menonton berdefinisi tinggi yang memaksimumkan kecerahan pada telefon bimbit pintar tersebut," katanya.

Pemproses Qualcomm Snapdragon S4 Pro menampilkan CPU teras segi empat 1.5 giga herz (GHz) yang berprestasi tinggi dengan kapasiti RAM sebanyak dua giga bait (GB) bagi menyokong aktiviti pengguna secara serentak.

Butterfly turut dilengkapi dengan bateri mAh 2,020 dengan perisian penjimatan tenaga yang menyokong ketahanan untuk jangka hayat lama sambil disokong oleh kad SD yang mampu memuatkan sehingga 25 GB storan Dropbox Cloud.

Ciri mengagumkan juga terletak pada kameranya yang mampu mengambil gambar dengan jelas walau dalam cahaya rendah yang dilihat turut sesuai untuk merakan video.

Dengan kanta sudut 28 milimeter berkapasiti lapan mega piksel bersama lima tahap lampu denyar automatik, pengguna mampu merakam momen indah tanpa perlu bimbang tentang kualitinya.

Menariknya, aplikasi HTC VideoPic membolehkan pengguna merakan video dan imej pegun pada masa yang sama dengan hanya memegang butang pengatup, Continuous Shooting bertindak merakam pelbagai gambar sepantas empat rangka sesaat (fps).

Bagi melengkapkan keunikan Butterfly, amplifier fon kepalanya dibina dengan ampere pembesar suara belakang bagi membantu meningkatkan isyarat audio yang maksimum melalui Beats Audio sesuai untuk permainan video, menonton dan mendengar muzik.

HTC Butterfly yang berharga RM2,299 kini boleh didapati disemua pengedar sah HTC serta rangkaian telekomunikasi Celcom, DiGi, Maxis, TuneTalk dan U Mobile seluruh negara.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif