Showing posts with label [GH]. Show all posts
Showing posts with label [GH]. Show all posts

Tips Tingkatkan prestasi komputer


EVOLUSI teknologi pengkomputeran hari ini begitu pantas lantas menjadikan kadar keupayaan pengkomputeran berganda hampir setiap hari.
Sekiranya usia komputer anda telah menjangkau 10 tahun, ia mungkin sudah dianggap sebagai 'fosil' kerana kemampuan pemprosesan dan capaian fungsinya sudah terbatas.

Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan komputer baru.

Usaha menaik taraf komponen-komponen mungkin tidak lagi relevan disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti kesukaran untuk mendapatkan komponen gantian atau komponen yang berada di pasaran hari ini tidak menyokong teknologi yang terlebih awal wujud pada sistem komputer lama anda.

Akan tetapi, sekiranya komputer anda baru berusia beberapa tahun tetapi kurang responsif dan amat perlahan terutamanya ketika menggunakan program tertentu, ia berkemungkinan mempunyai masalah yang berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Langkah berikut boleh diambil bagi mengatasi permasalahan berkaitan prestasi komputer yang menurun:

Buat imbasan virus
Lakukan imbasan virus menggunakan perisian antivirus anda. Sebelum itu, jangan lupa untuk mengemaskini antivirus sebelum melakukan imbasan.

Serangan virus merupakan salah satu punca prestasi komputer menurun lalu bertindak balas dengan begitu perlahan.

Selain virus, program-program lain yang turut boleh menyebabkan masalah yang sama adalah seperti Trojan dan Spyware yang lazimnya menyerang komputer yang sering bersambung dengan Internet.

Buang program yang tidak diperlukan
Tidak semua program yang ada di dalam komputer anda digunakan dengan kerap. Malah, ada di antaranya digunakan sekali sahaja. Langkah mengurangkan program di dalam komputer akan membebaskan ruang storan sekali gus meningkatkan kelajuan dan upaya pemprosesan.

Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan masalah keadaan fail di dalam cakera keras yang tidak tersusun. Selalunya jika faktor itu tidak diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya, kelajuan komputer anda boleh terjejas.

Mematikan komputer selepas digunakan
Selain menjimatkan penggunaan elektrik, amalan ini dapat mengelakkan kerosakan pada komponen komputer akibat kepanasan yang melampau.

Sesetengah pengguna komputer hanya mengakhiri penggunaan komputer dengan membiarkannya dalam keadaan log off. Adalah lebih baik jika memilih shut down dan suisnya dipadamkan.

Sekiranya komputer anda dihidupkan berhari-hari secara berterusan dan anda mendapatinya ia beroperasi terlalu perlahan, lakukan restart bagi memberikan komputer anda sedikit masa untuk 'berehat'.


Guna program pembersih registry
Program-program yang telah dibuang dari komputer sebenarnya masih meninggalkan sedikit fail dalam bentuk registry atau pangkalan data dalaman sesebuah komputer.

Program pembersih registry dapat membantu pengguna komputer, terutamanya mereka yang agak baru dalam dunia pengkomputeran. Ia merupakan kaedah yang termudah dan selamat bagi 'membersihkan' komputer anda dari fail-fail yang tidak diperlukan.

Format cakera keras
Ini mungkin jalan terakhir, tetapi paling berkesan dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem komputer anda. Sekiranya masalah terlalu serius, anda mungkin perlu memformat cakera keras anda dan melakukan instalasi sistem operasi semula.

Ini akan memberikan nafas baru kepada komputer dan anda pastinya dapat melihat perubahan positif setelah cara itu dilakukan.

Namun, pastikan anda terlebih dahulu telah menyalin dokumen dan fail-fail penting anda ke storan lain kerana cara ini akan menghilangkan kesemua data dan sistem operasi yang terkandung di dalam komputer anda.

OlehKHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN

Laman Rasmi E-Penerangan Sekali Lagi Digodam Sofea Hana!


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca GH. Pagi ini kami dikejutkan lagi dengan Portal Rasri Laman Akhbar E-Penerangan Kerajaan Malaysia di godam dengan Sofea Hana. Nampaknya Sofea Hana benar-benar bertekad ingin menyampaikan mesej memo yang yang kita boleh lihat pada defacement pada yang lepas. click sini 


Apple Berjanji Untuk Memperbaiki IOS 6.1 Bug



Terdapat beberapa Bug pada Apple IOS 6.1, termasuk satu yang amat menyengalkan ialah ia boleh menjana komunikasi berlebihan dengan Microsoft Exchange Server.

Isu itu mendorong AOL untuk melumpuhkan pengurusan mesyuarat pada iDevices sehingga masalah itu dibetulkan.


Sekarang, Apple telah mengesan masalah tersebut, dan berjanji akan memperbaiki dengan secepat mungkin pada kemaskini akan datang.

"When you respond to an exception to a recurring calendar event with a Microsoft Exchange account on a device running iOS 6.1, the device may begin to generate excessive communication with Microsoft Exchange Server. You may notice increased network activity or reduced battery life on the iOS device. This extra network activity will be shown in the logs on Exchange Server and it may lead to the server blocking the iOS device. This can occur with iOS 6.1 and Microsoft Exchange 2010 SP1 or later, or Microsoft Exchange Online (Office365)," - Apple Support Page



Memindahkan FIle Dari Komputer ke Telefon Bimbit Dengan "BUMP"



Aplikasi telefon bimbit popular "Bump" mengumumkan kemaskini yang membuatkan ia mudah untuk memindahkan fail, presentauin, atau bahkan senarai kenalan anda dari telefon bimbit ke komputer anda.

Dengan kemas kini, anda boleh "bump" gambar, video, fail dan kenalan dari telefon anda ke komputer anda dengan mengarahkan pelayar anda ke URL khas dan menekan bar ruang pada komputer. Fail yang dipilih akan dipindahkan dari telefon anda ke komputer anda di mana mereka kemudian disimpan.

Kehakiman.gov.my digodam Sofea Hana



Selepas laman Jabatan Agama islam wilayan persekutuan dan laman Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung digodam Minggu lepas, kini laman sesawang Kehakiman turut menjadi sasaran penggodam yang menggelarkan dirinya sebangai Sofea Hana.


[GH Info] Sambungan DSL


    


Jika anda terhubung ke Internet, ada beberapa kemungkinan jenis teknologi yang digunakan agar komputer anda akan tersambung ke internet tersebut, diantaranya ada yang menggunakan teknologi ADSL dan SDSL. Teknologi DSL biasanya ada yang menumpangkan data melalui saluran telefon (contoh pada teknologi ADSL) dan ada yang independen/tersendiri (contoh GHDSL, VDSL, HDSL, SDSL dan lain-lain).



DragonForce Kembali Aktif


 Selamat malam dan salam 1 Malaysia. sekian lama kumpulan pengodam yang dikenali sebagai DragonForce mendiamkan diri, kini mereka muncul sekali lagi di alam maya ini.

Twitter Ramlah Ram Digodam ?

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca tegar GilerHackers(GH). Semestinya GH membawakan isu-isu panas dunia maya Malaysia ! Hari ini GH digemparkan dengan Twitter Ramlah Ram digodam .

Pihak GH masih tidak mendapat kepastian sama ada kenapa pengodam "Force Encryption" dari kumpulan LulzSec menggodam Twitter beliau .

Antara screenshot yang sempat GH ambil :


Link Twitter beliau :


Ditulis oleh Mohamad untuk GH.
Kami memaparkan isu-isu panas dunia maya !

Join kami di group Cat-DevilCode @ http://www.facebook.com/groups/Cat.DevilCode/
We got , We Share | No one left behind

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif