Showing posts with label serangan Ddos. Show all posts
Showing posts with label serangan Ddos. Show all posts

Trojan Baru sasarkan Korea Selatan menetapkan Wallpaper Anonymous dalam sistem yang dijangkiti


Selepas penerbitan butiran mengenai serangan DDOS baru baru ini yang dijalankan oleh kumpulan yang dikenali sebagai "DarkSeoul" terhadap laman web Korea Selatan, penyelidik Symantec menemui sekeping Malware baru yang direka untuk mengelap cakera dalam sistem yang dijangkiti.


Malware dikesan sebagai Trojan.Korhigh, mampu memotong fail dan menulis Master Boot Record (MBR). Di samping itu, ia juga mampu mengubah kata laluan pengguna untuk "highanon2013" dan memotong jenis fail tertentu termasuk ASP, html, php, JSP dan lain-lain

Penjenayah siber yang berada disebalik trojan yang direka khas itu berkemampuan untuk menukar wallpaper kepada imej anonymous.
Trojan itu juga berkemampuan untuk mengumpul maklumat termasuk versi sistem OS , nama komputer,dan menghantar kepada sebuah pelayan jauh.

Sumber

Laman Harian Metro hmetro.com.my DOWN!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Ketika kami cuba untuk akses ke laman Harian Metro, Hmetro.com.my agak mengejutkan apabila laman tersebut seolah olah terkena tempias DDOS atau mungkin didalam proses dikemas kini ^_^
dibawah adalah screen shot yang sempat [GH] ambil.
Untuk melihat status sama ada Up atau Down, boleh klik DISINI atau layari www.hmetro.com.my
kami juga tidak mempunyai info tepat mengenai perkara ini.

[Download] Hulk Php DDOS script


Assalamualaiikum
Muat turun Script HULK DDOSSER .untuk mereka yang ingin menjalankan serangan DDOS pada sesuatu website walaupun didalam keadaan internet yang tidak pantas.Script ini dicode kan oleh Manish Tanwar dari Team Indishell.

Untuk muat turun sila ikut pada pautan dibawah:
LINK 1 | LINK 2

* Ia adalah tujuan perkongisan dan pembelajaran sahaja. segala salah guna individu tertentu tidak melibatkan pihak kami. - sumber

Hosting Rajawali kena Serangan DDOS!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Mengikut sumber dan informasi di blog HostingRajawali, mengatakan bahawa mereka sedang mengalami gangguan serangan DDOS!

Semua perkhidmatan dan blog / website tidak dapat di akses buat sementara waktu.Hosting rajawali juga dikatakan sedang menyelesaikan masalah berikut secepat mungkin

Dibawah adalah screen shot yang sempat GH ambil


" Pelanggan yang kami kasihi,
Kami maklumkan bahwasanya saat ini server mengalami serangan DDoS sehingga anda kesulitan untuk mengakses blog/web.
Kami sedang bekerja untuk menyelesaikan masalah ini,atas ketidak nyamanan ini kami meminta maaf."

Terimakasih
Hosting Rajawali
GilerHackers: bagi pendapat kami, kejadi sebegini adalah perkara biasa, sedangkan webhosting malaysia JomHosting.Net pun pernah digodam.
Betul ke, didalam dunia maya, tiada satu pun yang selamat? apa pun nasihat GH kepada pelanggan Rajawali Hosting, bersabar lah ye, sekejap lagi ok lah tu ^_^

Support Malaysia itu penting.. kekekek

Perang Siber! Myanmar sekali lagi mencabar Indonesia!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Terima kasih diatas sokongan dan kunjungan anda pada blog ini.Kami sentiasa mencari berita berita terkini yang pastinya segar dari Ladang!

Info terbaru dari rakan di GilerHackers News!
Hangat dibicarakan sekarang ini dimana penggodam myanmar dan indonesia sekali lagi mengalami sistuasi "Perang Siber"

Penggodam Myanmmar bukan sahaja mencabar penggodam indonesia, tetapi pernah satu ketika dahulu menyerang beberapa site malaysia juga.Peperangan siber diantara 2 negara ini ( indonesia dan Myanmar ) sekali lagi tercetus, mengikut maklumat yang diperoleh, Barisan askar siber Indonesia ( hackers ) menggegar beberapa laman sesawang myanmar dengan letupan DDOS!

Punca peperangan tidak dijelaskan secara terperinci kepada kami,buat masa sekarang beberapa laman sesawang indonesia dijadikan sasaran penggodam penggodam Myanmar! diatara laman yang menjadi korban:

http://www.rajawaliindonesia.com/
http://e-smpi.yadairs.sch.id/
http://www.balomholiday.com/
http://www.agungportal.net/
http://www.amartacom.co.id/
http://www.tokobunganatalia.com/

kemungkinan banyak lagi yang belum dimaklumkan kepada kami.
Screen shot defacement dari Myanmar Hackers!


Kepada rakan rakan indonesia yang mempunyai maklumat yang lebih terperinci, hubungi kami dengan menghantar email ke gilerhackers@gmail.com atau pm Author GH di Sini

* Tukar  ganti broadband anda untuk portwifi yang baru hari ini!

Asiahost menawarkan Plan Hosting Serendah RM10.00 sebagai ganti rugi



Assalamualaiikum.
Mungkin ramai pengguna blog atau pemilik website yang mengunakan perkhidmatan domain dari asiahost!
Baru baru ini dikatakan asiahost mengalami masalah server down,dan pelanggan yang mengunakan khidmat mereka turut mengalami masalah domain/url tidak dapat diakses.

Baru baru ini Asiahost telah mengeluarkan satu pengumuman untuk memberi tawaran harga Pakej soho plan serendah RM10.00 sahaja! sebagai ganti rugi.

diantara email dari Asiahost

Kepada Pelanggan yang dihargai,
Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS Server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. 
Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. 
Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Kami juga telah menambah Firewall pada DNS Server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda.
Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. 
Kupon Promosi “soho2013”
Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia.
Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja.


Bagi GH ini adalah satu peluang yang patut anda rebut, apa pun Terbaiklah AsiaHost! thumb up!

*Wah Lau Eh! FREE Bonus Credit with Hotlink?!
*Anda tahu kenapa Dinosor Pupus?
*Isi Borang Maklum Balas Pengguna gilerhackers SEKARANG!!

Teknik serangan yang biasa digunakan para HACKER dan DEFACER! | Part 2



Sambungan Dari Part 1

4. Flooding & Broadcasting

Seorang attacker boleh mengawal kepantasan network dan host-host yang berada di dalamnya secara significant dengan cara terus melakukan request/permintaan terhadap suatu informasi dari sever yang boleh menangani serangan classic Denial Of Service(Dos), mengirim request ke satu port secara berlebihan dinamakan flooding, kadang kala ia juga disebut spraying. Ketika permintaan flood ini dihantar ke semua station yang berada dalam network serangan ini dinamakn broadcasting. Tujuan dari kedua serangan ini adalah sama aitu membuat network resource yang menyediakan informasi menjadi lemah dan akhirnya DOWN!.

5. Fragmented Packet Attacks

Data-data internet yang di transmisikan melalui TCP/IP boleh dihantar ke dalam paket-paket yang hanya mengandungi informasi bagian utama( kepala) dari TCP. Beberapa firewall akan membenarkan proses dari paket-paket yang tidak mengandung informasi alamat asal pada paket Utama, hal ini akan mengakibatkan beberapa type system menjadi crash.

6. E-mail Exploits

Ecploitasi e-mail terjadi dalam lima cara: mail floods, manipulasi perintah (command manipulation), serangan tingkat transportasi(transport level attack), memasukkan pelbagai kode (malicious code inserting) dan social engineering(memanfaatkan sosialisasi secara fisik). Penyerangan email boleh membuat system menjadi crash,bahkan mengeksekusi file-file aplikasi atau membuat akses ke fungsi fungsi perintah (command function).

7. DNS and BIND Vulnerabilities

Kebanyakan berita berita disini mengenai (vulnerabilities) tentang aplikasi Barkeley Internet Name Domain (BIND) dalam pelbagai versi mengilustrasikan kelemahan dari Domain Name System (DNS), yaitu krisis yang diarahkan pada operasi punca dari Internet (basic internet operation).

8. Password Attacks

Password merupakan sesuatu yang umum jika kita bercerita soal keselamatan. Kadang seorang user tidak perduli dengan nomor pin yang mereka miliki, seperti bertransaksi online di warnet, bahkan bertransaksi online dirumah pun sangat berbahaya jika tidak dilengkapi dengan software security seperti SSL dan PGP. Password adalah salah satu prosedur keselamatan yang sangat sukar untuk diserang, seorang attacker mungkin saja mempunyai banyak tools (secara teknik maupun dalam kehidupan sosial) hanya untuk membuka sesuatu yang dilindungi oleh password.

Jika seorang attacker berhasil mendapatkan password yang dimiliki oleh seorang user, maka ia akan mempunyai kuasa yang sama dengan user tersebut.selain berjaga-jaga dari serangan social enginering . Kebanyakan serangan yang dilakukan terhadap password adalah menebak (guessing), brute force, cracking dan sniffing.

9.Proxy Server Attacks

Salah satu fungsi Proxy server adalah untuk mempercepat response dengan cara menyatukan proses dari beberapa host dalam suatu trusted network. Dalam kebanyakan kasus, tiap host mempunyai kelebihan untuk membaca dan menulis (read/write. apa yang boleh saya lakukan dalam sistem saya juga saya lakukan dalam system anda dan sebaliknya.

10. Remote Command Processing Attacks

Trusted Relationship antara dua atau lebih host menyediakan fasilitas pertukaran informasi dan resource sharing. Sama juga dengan proxy server, trusted relationship memberikan kepada semua anggota network kebolehan akses yang sama di satu dan lain system (dalam network).
Attacker akan menyerang server yang merupakan anggota dari trusted system. Sama seperti kesulitan pada proxy server, ketika akses diterima, seorang attacker akan mempunyai kemampuan mengeksekusi perintah dan mengkases data yang tersedia bagi user yang lainnya.

* Idea idea bernas untuk komuniti anda? jadikannya reality
* Domain percuma untuk blogger malaysia?

klik like sebagai sokongan terhadap penulis:

Selesaikan Masalah Pelayan (server)


Apa itu server atau komputer pelayan.
Komputer pelayan merupakan sebuah komputer yang menyediakan kemudahan-kemudahan aplikasi komputer tertentu kepada sebilangan pengguna atau komputer lain yang dikenali sebagai pelanggan.

Sebagai contoh, pihak Facebook menyediakan komputer pelayan yang menyediakan perkhidmatan aplikasi Facebook untuk dicapai dan digunakan oleh ramai penggunanya atau client. Ia berasaskan kepada seni bina sambungan komputer, client-server.

Komputer pelayan ini ada tiga lapisan iaitu perkakasan, sistem pengoperasian dan aplikasi pelayan.

Perkakasan adalah struktur fizikal komputer itu sendiri.

Komputer peribadi atau PC boleh bertindak sebagai komputer pelayan tetapi mempunyai keterbatasan yang tertentu dari segi upaya perkakasannya.

Komputer pelayan yang dalam bentuk fizikal mempunyai keupayaan yang tertentu dari segi bilangan pemproses, kelajuan pemproses, saiz memori, saiz simpanan cakera keras dan sebagainya.

Sudah tentu keupayaannya adalah lebih tinggi berbanding komputer peribadi kerana ia memproses sejumlah data yang besar dan memerlukan capaian pengguna yang tinggi.

Terdapat banyak pengeluar komputer pelayan ini seperti Hawlett Packard, Dell, Sun Microsystem, IBM dan lain-lain.

Komputer pelayan secara bentuk fizikalnya juga boleh dikategorikan kepada rack server, tower server, blade server dan lain-lain.

Keperluan jenisnya bergantung kepada saiz ruangan simpanan yang ada di bilik simpanan data.

Lapisan yang kedua adalah sistem pengoperasian pelayan seperti Windows Server 2008, Linux, Unix, OS X Lion Server dan lain-lain. Adakalanya Komputer pelayan ini disertakan bersama dengan sistem pengoperasian seperti Unix dan OS X Lion Server.

Sistem pengoperasian bagi komputer peribadi yang tertentu juga boleh digunakan tetapi ia mempunyai keterbatasan berbanding sistem pengoperasian pelayan.

Lapisan yang ketiga adalah aplikasi pelayan yang digunakan untuk komputer pelayan tersebut seperti aplikasi pelayan e-mel, pelayan DNS, pelayan fail, pelayan web, pelayan aplikasi komputer, pelayan pangkalan data, pelayan aplikasi komunikasi dan lain-lain.

Aplikasi-aplikasi pelayan ini ada yang bersama-sama dengan sistem pengoperasian dan ada yang berasingan.

Setiap aplikasi pelayan ini mempunyai pengeluar-pengeluarnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, Microsoft menghasilkan Microsoft Exchange Server untuk aplikasi pelayan e-mel, pihak Oracle menghasilkan pelayan pangkalan data Oracle dan sebagainya.

Di pihak pengguna, perlu ada aplikasi pengguna untuk capai aplikasi pelayan ini atau client application.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, saya berandaian bahawa komputer pelayan secara fizikalnya sudah ada bersama dengan sistem pengoperasian.

Ini kerana kebiasaannya sistem pengoperasian akan datang bersama-sama dengan komputer pelayan.

Jadi, perlu ditentukan keperluan syarikat untuk menggunakan komputer pelayan itu dari segi aplikasi pelayannya seperti yang dinyatakan sebelum ini dan upayanya dalam memberi perkhidmatan kepada para pengguna.

Sekiranya, komputer pelayan yang dibeli dikeluarkan oleh pengeluar tertentu, sila lawati laman web dan menghubungi pihak jualan pengeluar komputer pelayan tersebut untuk bimbingan dan nasihat.

Sekiranya komputer pelayan tersebut adalah jenis pasang siap, sila hubungi pihak syarikat yang menjualnya untuk bantuan.

Sekiranya tidak, boleh berhubung dengan mana-mana syarikat teknologi maklumat atau pakar teknologi maklumat untuk bantuan penyelesaiannya.

Bagi pemasangan sistem pengoperasian pelayan dan aplikasi pelayan, tiada masalah sekiranya seseorang itu sudah biasa dengan pemasangan sistem pengoperasian dan aplikasi komputer peribadi.

Sila semak manual pengguna yang disediakan atau boleh rujuk di laman web pihak pengeluar.

Pekara yang agak kritikal adalah untuk mengkonfigurasinya bagi kegunaan tertentu seperti sambungan, akaun pengguna, sambungan ke aplikasi tertentu dan lain-lain.

Ini boleh dibuat sendiri dengan kepakaran yang ada atau meminta bantuan daripada pihak ketiga.

Kepakaran boleh dibina dengan menyertai mana-mana kursus, perbincangan dengan para pakar dan mendapatkan maklumat daripada laman-laman web, buku dan artikel.

Bagi sebuah komputer pelayan fizikal, boleh diwujudkan secara maya atau virtualization beberapa komputer yang mempunyai sistem pengoperasian yang berasingan setiapnya.

Malah, komputer pelayan secara maya ini boleh dilanggan di internet dengan teknologi pengkomputeran awanan seperti yang disediakan perkhidmatannya oleh Amazon Web Services (AWS), Rackspace, SoftLayer, RightScale dan lain-lain.

*Bagaimana finalis AJL27 akan menggabungkan persembahan mereka dan seni? Nak tahu kenalah tengok AJL27 pada 6 Jan ini pada 9mlm!!
*A story of 2 boys who aspired to be painter and doctor

Remaja ditangkap akibat serangan DDoS




 Seorang lelaki berbangsa ingeris yang berumur 20 tahun  akan dihadapkan di mahkamah bulan depan, didakwa dengan cubaan untuk menyerang  laman web universiti Oxford dan Cambridge menggunakan teknik serangan DDoS.



 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif