Showing posts with label Grey Hat. Show all posts
Showing posts with label Grey Hat. Show all posts

Bangladesh Black Hat Hacked by Grey Hat


Selain India, Pakistan, Indonesia, Malaysia, bangladesh juga turut popular dengan laporan laporan jenayah siber mereka tersendiri, Terbaru [GH] peroleh informasi dari seorang rakan yang mengatakan salah satu domain Bangladesh Black hat dideface!

Domain:
www.bdblackhats.asia
Mirror:
http://zone-h.org/mirror/id/18595733

Buat masa sekarang laman www.bdblackhats.asia tidak dapat diacces buat sementara waktu mungkin kerja kerja baik pulih sedang dilakukan. mengikut mesej yang tertera pada defacement tersebut, Pengodam yang mengelar kumpulan mereka dengan nama Mahayrab berjaya memecah masuk laman web bd black hat sekali gus mengigatkan mereka tentang tahap keselamatan mereka sendiri.

Artikel ini ditulis oleh: PerantauSenja Facebook: perantausenja.inc Twitter: @perantausenja 

72 laman IPT termasuk laman Politeknik Metro JB digodam!

   


Assalamualaikum dah Salam 1 Malaysia kepada semua peminat tegar [GH]. sebelum ini kita dikhabarkan melalui laman KenaHack [KH] yang laman rasmi Universiti Malaysia Pahang telah digodam oleh seorang pengodam yang menggelarkan dirinya sebagai Sofea Hana. Kini kami dimaklumkan oleh rakan laman social facebook berkenaan laman rasmi Politeknik Metro JB sekali lagi digodam oleh Sofea Hana dari kumpulan LanunHitamCrew (LHC) dan Newbie3vilCod3s (NEC)






    Berikut adalah Screenshot yang sempat kami ambil hasil defacement dan mesej yang ditinggalkan oleh pengodam tersebut.

    pautan ke laman Politeknik Metro JB http://portal.politeknikmetrojb.edu.my/v2/

    kami juga difahamkan terdapat 2 lagi laman sesawang turut diceroboh oleh Kumpulan yang yang sama. Motif serangan tidak dikenal pasti.

    Definisi Dunia Hacking Dan Kesimpulannya


    Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza,walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber'password' dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking


    Hacker
    Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.

    Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

    Cracker
    Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan,spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.


    Script Kiddies
    Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

    Greyhat
    ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking

    Sumber rujukan: Definisi Dunia Hacking
     

    © Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
    Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif