Definisi Dunia Hacking Dan Kesimpulannya

File Under:

Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza,walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber'password' dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking


Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.

Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan,spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.


Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking

Sumber rujukan: Definisi Dunia Hacking

Author: Unknown
Definisi Dunia Hacking Dan Kesimpulannya di postkan oleh: Unknown
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif