Showing posts with label Black Hat. Show all posts
Showing posts with label Black Hat. Show all posts

CapoO_TunisiAnoO Penggodam Tegar Anti Israel Terus Menggodam Laman Sesawang Israel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua rakan [GH] . Terbaru  CapoO_TunisiAnoO adalah penggodam tegar anti israel kini kembali dengan melakukan serangan terhadap laman web israel ! 24 laman web israel digodam seperti yang anda tahu sebelum ini [GH] telah membuat artikel tentang CapoO_TunisiAnoO yang menggodam laman web Israel sejak 2011 dan sejak itu beliau telah merosakkan lebih puluhan ribu laman web Israel. [ CapoO_TunisiAnoO Terus Godam Laman Sesawang Israel ]


Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement:








Your Site Hacked By CapoO_TunisiAnoO
CapoO_TunisiAnoO Was Here


Message for World :
There are some people that love people yet and fight against cruel persons with them.

Fuck America & Israel

__________________________________


Message for Admin :
My name is CapoO_TunisiAnoO 

CapoO_TunisiAnoO Never Stop Hacking!


Itulah mesej yang ditinggalkan penggodam pada defacement beliau . Anda boleh melihat semua rekod laman web yang diserang . DiSini

Selepas Laman Web, Facebook Pula Digodam


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Selepas mengemparkan artikel gilerhackers dengan berita berita pencerobohan beberapa laman rasmi UMNO,sofea hana menyelinap kedalam facebook pula.
Beberapa pengguna laman social terkenal facebook,digodam sofea hana,setiap akaun yang digodam akan ditukar gambar profile seperti gambar diatas.

diantara akaun facebook yang diceroboh setakat ini:
https://www.facebook.com/syazwan.iwan.7311
https://www.facebook.com/aina.ainath
https://www.facebook.com/nur.i.jannah.7
https://www.facebook.com/aqil.hakimi.581
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004215372458
https://www.facebook.com/wanfamieza.najwa#
https://www.facebook.com/aniq.nuqman
http://www.facebook.com/MieyraMilZie
https://www.facebook.com/zaidi.ahmad.794
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000508357217
https://www.facebook.com/lanpetpot
https://www.facebook.com/iera.masfirah
https://www.facebook.com/amer.haris.77
https://www.facebook.com/asyraf.nakal.9
http://www.facebook.com/faiz.fazz.56#
https://www.facebook.com/ainy.nadiyah
https://www.facebook.com/yusofflutfi
http://www.facebook.com/nabil.zainol.71
https://www.facebook.com/fatin.sakinah.58
https://www.facebook.com/jarjit.singh.7798
https://www.facebook.com/faz.yusra
https://www.facebook.com/syazwan.iwan.7311?ref=tn_tnmn&success=1
https://www.facebook.com/syawal.khamis?ref=tn_tnmn
https://www.facebook.com/rizuancom
https://www.facebook.com/paan.farhan.75
https://www.facebook.com/PrinceCh0colate
https://www.facebook.com/paan.numb
https://www.facebook.com/hafiqrafiqi
https://www.facebook.com/zeroxzarul
https://www.facebook.com/mohd.tushie
https://www.facebook.com/merc.fitlonsdale

Selain penukaran gambar profile, penggodam juga membuat satu posting berupa mesej seperti gambar dibawah:

Tiada maklumat lanjut dilaporkan setakat ini, kami akan cuba menyusul isu "sofea Hana" dari masa ke semasa.

Sofea Hana Kembali Serang Laman Web Kerajaan


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Setelah sekian lama sofea hana menyepi, terbaru kami menerima email dari anonymous yang mengatakan sofea hana sekali lagi melakukan serangan dan menuntut beberapa perkara pada defacement beliau.email yang kami terima sekitar pada pukul 5 petang tadi,oleh kerana terlalu banyak email yang masuk, kami memohon maaf diatas sedikit kelewatan untuk menyiarkan artikel ini.

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement:
"Semalam bermula satu kegilaan, kami melihat kamu mengheret orang yang bercakap demi keadilan dibelakang tiang tiang besi, diiringi oleh penguatkuasa yang patut lindungi kami.

Kami cuba menamatkan kegilaan di Malaysia dengan dakwat dan kertas, tapi ada sesetengah pihak yang tak kenal harga darah dan air mata, moga mereka ada cukup untuk membayar harga ini kemudian hari.

kini kami akan menentang. sedikit demi sedikit. kami akan timpakan kamu dengan balasan yang setimpal. kami akan pastikan keadilan akan terlaksana. kami akan mula di alam maya. kami akan turun dan pastikan. kamu tidak terlepas. ini bukan amaran dan kami harap mesej kami jelas."

PESANAN BUAT SPR! KAMU TIPU PILIHANRAYA KAMI TUNTUT DI JALANRAYA!

Rakyat Prihatin,
Sofea Hana.
Perjalanan Dunia Menuju Abadi

Laman web yang digodam:
http://btpnperlis.moe.edu.my/fea/
http://www.jsis.jpm.my/
http://www.zone-h.org/mirror/id/19711470
http://zone-hc.com/archive/mirror/b824650_jsis.jpm.my_mirror_.html

Tiada maklumat lebih terperinci dilaporkan,sekali lagi kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami.

PRU 13! Lagi Laman Web Umno Di Godam.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers.Kebelakangan ini [GH] banyak menerima aduan berkenaan aktiviti godam laman laman berkaitan politik,ini mungkin juga kerana kehangatan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Terima kasih yang banyak membantu kami di dalam mencari maklumat.Kepada anda yang menghantar email kepada kami,tetapi tidak menerima respon, kami ingin meminta maaf kerana pada masa ini, begitu banyak email yang masuk ke dalam inbox kami.Insyaallah, jika mempunyai kesempatan kami akan membalas kesemua email yang dihantar.

Laporan terbaru:
Satu Lagi Laman web politik digodam.kali ini laman web Umno pula menjadi sasaran aktiviti keganasan siber.Penggodam tidak membuat apa apa perubahan besar,mereka hanya meletakan sekeping gambar dan beberapa mesej ringkas beserta video.

Gambar yang diletak pada laman web yang digodam:

Mesej Yang Dipaparkan pada laman yang digodam:
" Umno dan Be Ending . Tidak Boleh Pisah dengan duit !!

Gunakan Media Dengan baik . Jangan membuat fitnah kepada semua rakyat yang tidak bersalah . dan BR1M jangan merasuah Kepada rakyat . rakyat akan sengara .Umno Mengayakan kroni2 yang makan duit rakyat .SPR Juga suka duit yer . rasuah sana rasuah sini . Umno owh umno . Be end owh owh Be End "

Video yang diletakan pada laman yang digodam..

Link Laman web yang digodam: http://umnopekan.com/
Jika laman berkenaan sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror di Zone-H: http://www.zone-h.org/mirror/id/19711918

[GH]: Untuk berita segera,Selain dari menghantar email, Anda juga boleh menghubungi kami di facebook rasmi GilerHackers Di Sini.

CapoO_TunisiAnoO Terus Godam Laman Sesawang Israel


Penggodam Tegar Anti Israel,CapoO_TunisiAnoO kini kembali melakukan serangan terhadap laman web israel! Terbaru,sekurang kurangnya 33 laman web israel digodam.CapoO_TunisiAnoO adalah seorang penggodam yang telah menggodam laman web Israel sejak 2011 dan sejak itu beliau telah merosakkan lebih puluhan ribu laman web Israel.

"FallaGa-Hacker <== You have been hacked by CapoO_TunisiAnoO."

"FallaGa-Hacker <== You have been hacked by CapoO_TunisiAnoO.",Itulah mesej yang ditinggalkan penggodam pada defacement beliau dengan  bersertakan lagu anti israel.kebanyakan laman web yang digodam adalah milik kerjaan swasta, dan separa kerajaan.anda boleh melihat semua rekod laman web yang diserang disini [+].

Dragon Force Melancong ke Hongkong


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, Lama [GH] tidak dengar khabar tentang Dragon Force, mungkin ramai yang sudah mengenali mereka, sebelum ini [GH] juga pernah menulis artikel berkaitan kelas it percuma yang dianjurkan oleh pihak Dragon Force.

[GH] dimaklukan oleh seorang rakan difacebook memberitahu kami, Dragon Force melancong ke Hongkong.betul ke? Setelah melayari pautan yang diberi kepada kami,rupanya Dragon Force Malaysia (DF) baru sahaja melakukan defacement pada laman utama Canon Hongkong beralamat www.canon-ebm.com.hk.

(* Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh lihat mirror disini: http://www.zone-h.com/mirror/id/19678617)

Tepapar pada laman utama logo rasmi Dragon Force yang diselitkan dengan perkataan kecil RileksCrew tredmark, dan juga beberapa logo kumpulan penggodam tempatan yang lain seperti, Newbie3vilco63s, Cyber Army C4, VVIP black Hat team, T3dimension dan Catdevilzcode.

[GH] segera menghubungi pihak Dragon Force pada fanpage facebook mereka untuk bertanya kaedah atau cara yang digunakan, tetapi mereka mengatakan hanya mengunakan kaedah (method) SQLI dan teknik rahsia yang tidak boleh dikongsi kepada umum.

Apa pun [GH] ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Dragon Force kerana sudi membalas pertanyaan kami.
kepada anda yang ingin menyumbang terhadap pembangunan GilerHackers dengan membeli tshirt GilerHackers VIP member boleh la rujuk DISINI [+Link] . tinggal 24 lagi tempat kosong untuk di isi.. [GH] juga mengucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami sehingga kehari ini. U ROCK BRO'

Blog Ketua Pemuda Barisan Nasional Digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Semenjak kebelakangan ini, Berita Godam blog blog politik nampaknya semakin banyak.Selepas kami postkan berkenaan laman blog politik tehtarikbersamayb.com digodam, 1 lagi blog politik menjadi mangsa jenayah siber!

Blog ketua pemuda barisan Nasional, Harridz Mohan beralamat harridzmohan.com digodam.kali ini pengodam tidak meletakan namanya pada halaman defacement, tetapi meletakan sebuah video.
Defacement menunjukan batahan terhadap parti politik berkenaan. [GH] tidak dapat menghurai lebih lanjut kerana kami tidak begitu arif dalam politik, anda boleh rujuk pada mana mana laman web yang tertentu.

Diantara mesej yang ditinggalkan pada halaman defacement:

" Mana Duit Rakyat Yang Korang Dah Belanja kan ah ..
Duit BR1M Duit judi .. bagi duit rakyat guna duit judi fuckkk BN
Rupa2 nya Umngok Dan Be End Nie . Akan Berakhir :D
Orang Yang Dibelasah Yang Tidak Mempunyai Kesalahan Juga Turut Cedera . Umngok Be Ending Korang Semua Terdesak ker :D . Rasuahh Sana Rasuah Sini Boleh Pergi lah . Ngan Bos Pak Ajib Tuh"

dilengkapi dengan video dibawah:

Walaubagaimana pun, akaun Twitter beliau masih selamat. [GH] berharap kepada pemilik blog blog supaya lebih peka terhadap keselamatan laman mereka agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,Apa yang [GH] hairan,adakah kedua dua kejadian ini didalangi kumpulan atau individu yang sama?

Jika laman ini sudah dibaik pulih, anda boleh semak mirror dizone-h disini : http://www.zone-h.org/mirror/id/19661214
selain blog berkenaan, laman pppyouthtv.com juga diceroboh.
mirror: http://www.zone-h.org/mirror/id/19661278

Zeus BotMaster,Enggan Menyelamat Israel Dari Serangan Siber


Hamza Bendelladj, 24 Tahun,Lulusan dalam bidang sains komputer di Algeria pada tahun 2008,Dia telah didakwa menggodam akaun peribadi sebanyak 217 bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan di seluruh dunia dan dengan hanya satu transaksi dia boleh mendapat 10 hingga 20 juta dolar.

Pada 7 April,ketika Anonymous seluruh dunia melancarkan serangan terhadap laman web Israel, serangan tersebut menyebabkan gangguan besar kepada kerajaan, akademik dan laman web peribadi, yang digelar sebagai  #OpIsrael. Menurut laporan yang disiarkan dalam WG Media, "Israel meminta bantuan Hamza Bendelladj untuk menyelamatkan Israel dari kerugian besar dalam pertukaran untuk dia dibebaskan, tetapi beliau enggan untuk membantu mereka."

Hamza Bendelladj ditangkap oleh interpol  Thailand semasa dia sedang melancong di Malaysia dalam perjalanan ke Kaherah, Mesir.Waran tankap yang dikeluarkan menyatakan secara khusus bahawa jaminan tidak dibenarkan." - Mahkamah.

Op Israel! Laman web Lucah Israel Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Misi Ops israel kali ini betul betul mendapat perhatian ramai, selepas 7 April, mengikut kiraan, sekurang kurangnya lebih dari 3000 laman israel digodam.Terkini [GH] mendapat maklumat beberapa lagi laman web lucah atau Porn site israel digodam.

Penggodam malaysia dari kalangan bertopi hitam atau lebih mudah dikategorikan didalam Black Hat Hackers (DevilzSec) dikatakan telah mengubah paparan utama kepada defacement mereka.

mereka juga turut menyenaraikan beberapa Kumpulan penggodam lain pada defacement tersebut, Diantaranya ialah:
- Newbi3vilc063s -
- DragonForce
- Rilekscrew
-AhliSyurga Crew
- GaySec
- luvSec
- Crew9
- Hayate Ayasaki
- S4
- D4rkDriv3r
- Sacc4frazi
- Arm4dill0.DZ
- Teamr00t
- Cyb3rS3c
- Cat-Devilcode
- DotMy-Team
- Vvip
- KamiSecTeam

Kesemua Laman web lucah atau Porn site yang digodam Kumpulan mereka:
http://ha--ush.co.il/
http://se--.co.il/
http://tara--.net/
http://h--ot.co.il/
http://---ex.net/
http://sex---.co.il/
http://p---sex.co.il/
http://ro---us.net/
http://sexfo--.co.il/
http://sexis---.net/
http://sex---n.co.il/
http://ko---om.co.il/
http://p---a.co.il/
Lihat mirror di zone-H disini: http://zone-h.org/archive/filter=1/published=0/notifier=DevilzSec

* Perkataan ditutup selepas kami memerikasa laman terbabit telah dibaiki oleh pihak israel, jadi kami tidak mahu menanggung dosa untuk setiap lawatan anda ke sana secara sengaja atau tidak.. anda boleh semak di zone-h Devilzsec Sendiri. ^_^

Malicious Software atau Malware! Jom Kenali Mereka.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Anda pernah mendengar perkataan Malware? Malware atau nama asalnya ialah 'malicious software' merupakan sejenis program yang dibina untuk tujuan jahat.Terdapat banyak yang di ketegorikan sebagai malware,Setiap jenis mempunyai nama  dengan corak kerja mereka yang tersendiri.

Diantaranya ialah:
Worm
Program yang mempunyai kebolehan untuk menjangkiti komputer lain dengan sendirinya apabila dijalankan, melalui email dengan menggunakan alamat email yang dijumpai pada komputer yang dijangkiti, atau melalui internet dengan mengeksploitasi kelemahan sekuriti.

Virus
Program yang apabila dijalankan, mempunyai kebolehan untuk menggandakan dirinya(self replicate) dengan menjangkiti program lain atau fail yang ada dalam komputer. Program ini boleh mendatangkan pelbagai kesan (bergantung kepada pembinanya) seperti memadamkan semua data dari cakera keras, menayangkan tetingkap mesej dari pembinanya, atau hanya menggandakan dirinya dan memberatkan komputer anda. Berbeza dengan worm, virus tidak boleh merebak dengan sendiri ke komputer lain. Cara paling biasa bagi virus untuk merebak ialah melalui removable drive.

Trojan
Program yang direka untuk kelihatan seperti program yang tidak merbahaya tetapi sebenarnya dicipta dengan tujuan jahat seperti membuka jalan(backdoor) untuk mendedahkan komputer anda kepada ancaman

Backdoor
Program yang membolehkan pembinanya mengawal komputer anda untuk menjalakan arahan dan tugasan tanpa kebenaran anda.

Spyware
Program yang memantau aktiviti atau maklumat komputer anda dan menghantar maklumat tersebut kepada pembinanya tanpa pengetahuan anda(spy software).

Adware
Advertisement software, iaitu program yang menghasilkan popups atau menayangkan iklan pada komputer anda. Tidak semua adware boleh dianggap malware kerana banyak program atau aplikasi terutamanya aplikasi percuma yang menayangkan iklan dalam program mereka untuk memberikan pulangan kepada pembinanya. Ia biasanya tidak akan dianggap malware selagi maklumat yang disampaikan itu boleh dipercayai.

Hijacker
Program yang berfungsi untuk mengambil-alih sesetengah fungsi internet seperti, menukarkan home page pengguna kepada laman pembinanya atau menukarkan hasil carian dari enjin carian kepada apa yang dikehendaki pembina hijacker tersebut.

Portal Rasmi RoyalSulu.com digegar letupan DDOS

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana sentiasa bersama [GH]. Terbaru kami menerima laporan mendakwa laman rasmi diraja Sulu beralamat www.royalsulu.com telah kecundang akibat terkena serangan DDOS!

dibawah adalah screenshot yang sempat [GH] ambil.

Selain dari laman royalsulu.com, beberapa raman milik kerajaan filiphina juga mendapat nasib yang sama selepas salah satu laman rasmi kerajaan malaysia (malaysia.gov.my) diserang dengan serangan DDOS juga.


Sejurus kejadian terbabit, penggodam penggodam Philippine memberi Amaran kepada kumpulan penggodam tempatan khasnya dari kalangan bertopi hitam (black hat) supaya tidak menganggu dunia cyber mereka atau Penggodam Malaysia khasnya menerima padah seperti yang cuba dilakukan sekumpulan penggodam china.

bukti gambar yang diambil dari page ANONYMOUS PH.
- Berita lanjut akan dikemaskini oleh Author Author GH.. jangan lupa bookmark kami ya :D

7-ELEVEN PHILIPPINE digodam Loneranger VVIP?

Seperti yang kita tahu Loneranger yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah amat marah dengan apa yang telah berlaku kepada negerinya. Dan mungkin ada segelintir facebook page Hacker Philippine yang membuat beliau terpaksa bertindak di alam maya. Sebelum ni Lone dan Lod dari VVIP team melakukan sentuhan keatas GOV.PH(sila lihat), Pagi ini pihak (GH) ternampak post di satu FB page yang dikomen oleh Lone berkaitan tindakannya.
Berikut adalah domain yang digodam http://www.7-eleven.com.ph/files/. Adakah VVIP TEAM akan kembali beraksi?

Pengodam Philippine Mula serang laman Malaysia (.my)

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Kami menerima laporan dari salah seorang rakan dari [GH] Group Gilerhackers mengatakan bahawa sekarang penggodam penggodam Philippine mula menyerang beberapa laman sesawang milik Malaysia (dot My)

Berkemungkinan ini berkaitan sekumpulan penggodam bertopi hitam malaysia (Black Hat) VVIP, yang memberi amaran kepada sultan sulu melalui defacement yang ditinggalkan pada laman kerajaan milik philippine [BACA ENTRI DISINI]


Diantara laman sesawang malaysia yang "DIBAHAM"
www.mydiyweb.com.my
www.sweetco2u.com.my
www.renetech.com.my
www.petro-equips.com
www.wellcrowninternational.com

Mungkin lebih banyak lagi selepas ini, kepada pemilik website, atau webmaster [GH] berharap mereka meningkatkan lagi tahap keselamatan mereka,kebanyakan website yang digodam bukanlah kali pertama, ia juga  pernah digodam sebelum ini.

Terima kasih kepada Muhammad James kerana info ini. Jika anda ingin menghantar berita kepada kami, sila email kepada gilerhackers@gmail.com atau lihat pada ruangan "WRITE FOR US"

Dimana b0ogle?

Assalamualaiikum dan selamat pagi,
Sejak kebelakangan ini,beberapa laman web kerjaan, blog blog politik, fanpage politik di tawan (di ambil alih ) oleh hacker hacker malaysia,apakah tujuan dan matlamat mereka? tepuk dada, tanya iman. Mungkin mereka mempunyai motif dan misi tersendiri.

Teringat kami kepada salah seorang defacer malaysia yang dulu  pernah menggegar beberapa laman sesawang malaysia. B0ogle!Kini kami di Gilerhackers tidak lagi melihat kelibat b0ogle beraksi, dimana b0ogle?


Memori,
Diantara laman web berkedudukan tinggi dan "Mahal" pernah diceroboh b0ogle

1. Laman web zouk club malaysia (www.zoukclub.com.my)
2. Laman web 1k.com.my
3. Portal Rasmi lembaga kemajuan pertanian muda (www.mada.gov.my)
4. Laman Web Touch n Go (www.touchngo.com.my)
5. Laman Putrajaya International convention center (www.picc.gov.my)
6. Laman rasmi JBA (www.jba.gov.my "top deface view" )
7. Portal rasmi university utara malaysia (uum.edu.my)
8. Jabatan kemajuan masyarakat (kemas.gov.my)
9.  Majlis perbandaran sepang ( msepang.gov.my )
10. Portal ewarga UKM (ewarga.ukm.my)

Itu adalah diantara "Janda-janda" encik b0ogle. untuk lebih banyak rekod defacement b0ogle boleh lihat di zone-h.org = b0ogle

Persoalan:
Adakah b0ogle akan kembali beraksi untuk memanaskan punggung webmaster webmaster malaysia lagi? ^_^

* Jangan lepaskan peluang untuk baju gilerhackers edisi ke -2, pre order now! sementara stock masih ada!

Sofea hana sekali lagi serang laman kerajaan dengan 31 Tuntutan!

Assalamualaiikum dan selamat pagi!
Sofea hana? siapa beliau?  perempuan atau lelaki? Nama sofea hana kini hangat dibicarakan pada forum forum, group group hacking di malaysia. kemunculan sofea hana menyerang laman kerjaan malaysia menjadikan ianya sangat unik! seperti menyampaikan mesej mesej tersembunyi kepada kerajaan dengan defacement defacement yang tertentu!

Terbaru laman jkkkp.gov.my menjadi mangsa pencerobohan Sofea hana selepas laman Jawi!
Link: http://www.jkkkp.gov.my/
Mirror: http://zone-h.org/mirror/id/19272539 | http://hack-db.com/218160.html
Memo Download: http://www.jsis.jpm.my/memo.txt


Memo Dari Sofea hana pada defacement beliau:
Assalamualaikum. Kami selaku rakyat Malaysia memohon agar pihak kerajaan Malaysia sekarang ini menyumbangkan sedikit masa untuk membaca dan meneliti memo di bawah.

1. Tetapkan pemakaian artis agar tidak terlalu menonjol

2. Membuka lebih banyk peluang pekerjaan untuk belia

3. Mohon dikaji semula umur bersara untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT.

4. Mohon turunkan kadar cukai

5. Mohon turunkan/hapuskan caj yg xmunasabah

6. Mohon dikaji smula pendidikan negara yg terlalu berorientasikan peperiksaan.

7. Mohon Perdana Menteri melepaskan jawatan demi masa depan negara.

8. Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang.

9. Mohon kembalikan hak rakyat.

10. Mohon menangkap pemimpin rasuah dengan segera.

11. Mohon debat antara pemimpin berlainan parti 2 bulan sekali untuk menunjukkan kematangan pemimpin.

12. Mohon hentikan penggunaan porno dan fitnah yg melampaui logik akal ketika berkempen atau ketika ingin menjatuhkan parti lawan kerana ia boleh memalukan diri sendiri,

13. Mohon salah satu negeri di Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud agar dapat dijadikan contoh kepada negeri2 lain.

14. Mohon siasat setiap kekayaan melampau setiap menteri.

15. Mohon kerajaan masuk campur dalam isu harga rumah yang melambung tinggi sebelum terlambat dan jadi macam spain, portugal dan greece.

16. Mohon undi yang bersih

17. Mohon Bil Pembentungan Indah water dihapuskan

18. Mohon pendidikan percuma untuk rakyat

19. Mohon hukum Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan tidak liberal.

20. Mohon dihukum mana2 kaum yang rasict.

21. Mohon royalti diserahkan kepada rakyat Kelantan dan Terenganu,bukan Wang Ihsan

22. Mohon media yang adil.

23. Mohon jadikan Malaysia negara yang betul2 mengamalkan demokrasi,bukan demokrasi yang hanya pada nama.

24. Mohon pemimpin bertaubat

25. Mohon pemimpin yang bersalah mengaku akan kesalahannya.

26. Mohon isteri para pemimpin memakai tudung supaya dapat menjadi contoh kepada rakyat.

27. Mohon pemimpin mengamalkan cara hidup islam.

28. Mohon bangunan usang di setiap bandar dicat semula untuk mewujudkan suasana ceria.

29. Mohon harga barang keperluan diturunkan kerana ia begitu membebankan pengguna.

30. Mohon segala skim 1Malaysia dihapuskan. Kami mahu bantuan sebenar,bukan gula2.

31. Mohon menurunkan harga perkhidmatan internet serendah negara-negara maju yang lain.

Harapan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan isi kandungan memo ini kerana memo ini dibuat untuk kebaikan dan kepentingan negara Malaysia.

Jika anda mempunyai apa apa berita terkini berkaitan sofea hana, emailkan kepada kami di gilerhackers@gmail.com

* Tukar ganti broadband anda untuk portwifi yang baru hari ini!
* Jadi sebahagian team member gilermedia? Klick Disini

Laman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
GH dimaklumakan dari rakan di facebook mengenai satu laman rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan digodam 'Sofea hana'

Screenshot:

Mengikut defacement atau paparan yang terdapat padan laman utama Jawi.gov.my,Penggodam se olah olah ingin menyampaikan mesej pesanan yang tertentu kepada pihak "JAWI" ,
diantara jejak yang ditinggalkan pada laman "Jawi"

"bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. maka apabila pemimpin-pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain" [H.R Imam Muslim]

ps/ Penggodam juga meninggalkan link video ustaz azhar sebagai tontonan kepada pelawat ^_^

Berselindung-FAKEM remote acces trojan!

Assalamualaiikum kepada pembaca di gilerhackers! ramai yang tidak mengetahui sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan virus dan cara mereka bekerja,[ baca disini info tentang virus ]

Baru baru ini dari trend micro telah mengulas mengenai satu jenis trojan Fakem yang diacces dari jarak jauh tanpa disedari pengguna.

Serangan yang disasarkan mahu mengekalkan kehadiran berterusan didalam rangkaian untuk mengekstrak data sensitif apabila diperlukan.serangan bertujuan bercampuran dengan trafik melalui rangkaian biasa dan port penggunaan yang dibenarkan oleh firewall.

Malware yang digunakan dalam serangan yang disasarkan menggunakan HTTP dan HTTPS untuk kelihatan seperti trafik web biasa. Walau bagaimanapun, alat-alat malware memberi penyerang kawalan penuh ke atas sistem yang dikompromi, Serangan mudah dan dikonfigurasikan untuk menjalankan beberapa arahan .

Beberapa penyerang lebih suka untuk menggunakan Trojan akses jauh (RAT), kadang-kadang sebagai "peringkat kedua" malware, yang biasanya mempunyai grafik (GUIs) dan ciri-ciri desktop jauh yang termasuk melayari direktori, pemindahan fail, keupayaan untuk mengambil screenshot, dan mengaktifkan mikrofon dan kamera web komputer . Tikus (RAT) boleh didapati secara umum seperti Gh0st, PoisonIvy, Hupigon, dan DRAT,.

"ditutup dibebaskan" tikus (RAT) seperti MFC Hunter dan PlugX kedua-duanya adalah dalam penggunaan biasa. Walau bagaimanapun, trafik rangkaian ini mudah untuk dikesan, walaupun penyerang masih berjaya menggunakannya.





Advertise by GilerMedia

Penyerang sentiasa mencari cara-cara untuk mencampur trafik berniat jahat mereka dengan lalu lintas yang sah untuk mengelakkan pengesanan.keluarga RAT /Tikus yang di panggil "FAKEM" menjadikan trafik rangkaian mereka pelbagai protokol. Beberapa varian cuba untuk menyembunyikan trafik rangkaian untuk kelihatan seperti Windows ® Messenger dan Yahoo! ® Messenger trafik. Varian lain cuba untuk membuat kandungan melihat trafik seperti trafik web biasa. RAT FAKEM nampaknya telah digunakan secara aktif dalam serangan sejak September 2009.

Manakala kaitan antara serangan FAKEM RAT tertentu dan kempen diketahui (terutamanya yang melibatkan Protux), ia masih tidak jelas jika semua serangan yang digunakan malware ini disambungkan. Ia mungkin bahawa terdapat ancaman menggunakan RAT FAKEM.

Walaupun ia adalah mustahil untuk membezakan trafik rangkaian varian RAT FAKEM dari protokol sah mereka bertujuan untuk spoof, didalam konteks rangkaian yang besar tidak mungkin sukar.

Malware Post sebagai java update! Hati-hati


Assalamualaiikum dan selamat Sejahtera dan Salam perpaduan
Baru baru ini kami mendapat info berikutan "java Update adalah malware"
Berikutan eksploitasi baru-baru ini, Kebanyakan pengguna tergesa-gesa untuk memuat turun patch terkini Java. Malangnya, Sesetengah pengguna menjadi mangsa malware yang menyamar sebagai Update Java  Seperti biasa, Berhati-hati ketika memuat turun!.

Menurut Trend Micro , mangsa akan  ditujukan ke laman web berniat jahat yang memberitahu mereka bahawa mereka perlu mengemaskini versi Java mereka. Serangan itu adalah halus, dengan menghalakan pengguna kepada sebuah laman berita yang berkaitan dengan jenayah siber, secara langsung mendorong pengguna untuk menerima muat turun automatik "javaupdate11."

Serangan yang terlalu halus!,Walau baggaimana pun,Sebagai contoh, laman web yang berniat jahat mempunyai mesej dengan tersilap mengeja perkataan "A newer version of Java is require" dalam huruf besar bewarna merah.

"Penggunaan kemas kini perisian palsu adalah taktik kejuruteraan sosial yang lama," (mengikut sumber dari Trend Micro. )"Ini bukan kali pertama bahawa pengodam mengambil kesempatan daripada kemas kini perisian."

Trend Micro menyatakan bahawa ia tidak membenarkan penyerang untuk merebut kawalan sistem yang dijangkiti. Sebaliknya Java, ia memuat turun dua fail yang berniat jahat dan menghubungkan komputer yang dijangkiti kepada pelayan yang dikawal penggodam. ianya muncul menjadi keylogger, secara langsung memuat turun sekeping ransomware yang menyita kawalan skrin pengguna.

Mereka yang menghadapi masalah baru-baru ini telah mula  membuang Java sebagai liabiliti utama dan serangan yang mengambil kesempatan daripada pengguna  cuba untuk melakukan perkara yang tidak sewajarnya. Bagi pengguna yang ingin untuk mengemas kini, pasti anda gunakan memuat turun perisian yang sah dari Oracle . Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakan Java dengan kerap, sekarang mungkin masa yang baik untuk melumpuhkan atau unistall atau mencari perisian alternatif yang lain.

Semogoa entri ini membantu anda mempertahankan keselamatan anda dari sihir sihir cyber seperti ini.
* Like page gilermedia untuk ketahui project terbaru kami.. apa ya? tunggguuuuuuu beb!


Ketahui Maksud SEO,black hat SEO atau White Hat SEO


SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.

SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'komputer' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan 'komputer' di laman web Google, alamat laman web http://www.bukharimalek.my akan berada dalam kelompok senaraian lima tertinggi.

Secara automatik atau kebiasaan, pengguna akan cuba masuk ke laman web tersebut.

* Maxis menawarkan pelan wireless broadband terbaru serendah RM48.00

DragonForce Kembali Aktif


 Selamat malam dan salam 1 Malaysia. sekian lama kumpulan pengodam yang dikenali sebagai DragonForce mendiamkan diri, kini mereka muncul sekali lagi di alam maya ini.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif