Malicious Software atau Malware! Jom Kenali Mereka.

File Under:

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Anda pernah mendengar perkataan Malware? Malware atau nama asalnya ialah 'malicious software' merupakan sejenis program yang dibina untuk tujuan jahat.Terdapat banyak yang di ketegorikan sebagai malware,Setiap jenis mempunyai nama  dengan corak kerja mereka yang tersendiri.

Diantaranya ialah:
Worm
Program yang mempunyai kebolehan untuk menjangkiti komputer lain dengan sendirinya apabila dijalankan, melalui email dengan menggunakan alamat email yang dijumpai pada komputer yang dijangkiti, atau melalui internet dengan mengeksploitasi kelemahan sekuriti.

Virus
Program yang apabila dijalankan, mempunyai kebolehan untuk menggandakan dirinya(self replicate) dengan menjangkiti program lain atau fail yang ada dalam komputer. Program ini boleh mendatangkan pelbagai kesan (bergantung kepada pembinanya) seperti memadamkan semua data dari cakera keras, menayangkan tetingkap mesej dari pembinanya, atau hanya menggandakan dirinya dan memberatkan komputer anda. Berbeza dengan worm, virus tidak boleh merebak dengan sendiri ke komputer lain. Cara paling biasa bagi virus untuk merebak ialah melalui removable drive.

Trojan
Program yang direka untuk kelihatan seperti program yang tidak merbahaya tetapi sebenarnya dicipta dengan tujuan jahat seperti membuka jalan(backdoor) untuk mendedahkan komputer anda kepada ancaman

Backdoor
Program yang membolehkan pembinanya mengawal komputer anda untuk menjalakan arahan dan tugasan tanpa kebenaran anda.

Spyware
Program yang memantau aktiviti atau maklumat komputer anda dan menghantar maklumat tersebut kepada pembinanya tanpa pengetahuan anda(spy software).

Adware
Advertisement software, iaitu program yang menghasilkan popups atau menayangkan iklan pada komputer anda. Tidak semua adware boleh dianggap malware kerana banyak program atau aplikasi terutamanya aplikasi percuma yang menayangkan iklan dalam program mereka untuk memberikan pulangan kepada pembinanya. Ia biasanya tidak akan dianggap malware selagi maklumat yang disampaikan itu boleh dipercayai.

Hijacker
Program yang berfungsi untuk mengambil-alih sesetengah fungsi internet seperti, menukarkan home page pengguna kepada laman pembinanya atau menukarkan hasil carian dari enjin carian kepada apa yang dikehendaki pembina hijacker tersebut.

Author: Bukhari Malek
Malicious Software atau Malware! Jom Kenali Mereka. di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif