Showing posts with label security. Show all posts
Showing posts with label security. Show all posts

Vpn Percuma Pantas dan Selamat


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera pembaca di Gilerhackers.com
VPN atau nama penuh nya Virtual Private Network berfungsi sebagai 1 mesin yang menghubungkan anda ke Virtual Network ia akan menyembunyikan IP address anda di server umum dan Tidak merekod browsing history, bermaksud anda melayari internet sebagai anonymous user.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat [ SecurityKISS ] 

Security Kiss menyediakan perkhidmatan VPN percuma dan senang digunakan.Security Kiss tidak memerlukan pendafataran, anda hanya perlu muat turun dan sedia untuk diguna.Untuk Pakej percuma,Security Kiss menawarkan 300MB data transfer sehari (24jam)

Muat turun Security Kiss Secara Percuma,Lidungi data privasi anda!
SecurityKiss
  • SecurityKISS VPN memastikan kata laluan anda, nombor kad kredit dan semua data anda dijamin selamat
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada snoopers di hotspot Wireless, hotel, lapangan terbang, pejabat korporat
  • SecurityKISS VPN melindungi data anda dari dipintas oleh pelbagai sniffers rangkaian
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada kecurian identiti dalam talian

Malicious Software atau Malware! Jom Kenali Mereka.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Anda pernah mendengar perkataan Malware? Malware atau nama asalnya ialah 'malicious software' merupakan sejenis program yang dibina untuk tujuan jahat.Terdapat banyak yang di ketegorikan sebagai malware,Setiap jenis mempunyai nama  dengan corak kerja mereka yang tersendiri.

Diantaranya ialah:
Worm
Program yang mempunyai kebolehan untuk menjangkiti komputer lain dengan sendirinya apabila dijalankan, melalui email dengan menggunakan alamat email yang dijumpai pada komputer yang dijangkiti, atau melalui internet dengan mengeksploitasi kelemahan sekuriti.

Virus
Program yang apabila dijalankan, mempunyai kebolehan untuk menggandakan dirinya(self replicate) dengan menjangkiti program lain atau fail yang ada dalam komputer. Program ini boleh mendatangkan pelbagai kesan (bergantung kepada pembinanya) seperti memadamkan semua data dari cakera keras, menayangkan tetingkap mesej dari pembinanya, atau hanya menggandakan dirinya dan memberatkan komputer anda. Berbeza dengan worm, virus tidak boleh merebak dengan sendiri ke komputer lain. Cara paling biasa bagi virus untuk merebak ialah melalui removable drive.

Trojan
Program yang direka untuk kelihatan seperti program yang tidak merbahaya tetapi sebenarnya dicipta dengan tujuan jahat seperti membuka jalan(backdoor) untuk mendedahkan komputer anda kepada ancaman

Backdoor
Program yang membolehkan pembinanya mengawal komputer anda untuk menjalakan arahan dan tugasan tanpa kebenaran anda.

Spyware
Program yang memantau aktiviti atau maklumat komputer anda dan menghantar maklumat tersebut kepada pembinanya tanpa pengetahuan anda(spy software).

Adware
Advertisement software, iaitu program yang menghasilkan popups atau menayangkan iklan pada komputer anda. Tidak semua adware boleh dianggap malware kerana banyak program atau aplikasi terutamanya aplikasi percuma yang menayangkan iklan dalam program mereka untuk memberikan pulangan kepada pembinanya. Ia biasanya tidak akan dianggap malware selagi maklumat yang disampaikan itu boleh dipercayai.

Hijacker
Program yang berfungsi untuk mengambil-alih sesetengah fungsi internet seperti, menukarkan home page pengguna kepada laman pembinanya atau menukarkan hasil carian dari enjin carian kepada apa yang dikehendaki pembina hijacker tersebut.

Baidu.com melancarkan antivirus percuma!


Assalamualaiikum,dan selamat sejahtera! Review software kali ini berkenaan salah satu syarikat carian engin dari negara china! "Baidu search Engine".Mereka baru sahaja melancarkan produk keselamatan yang dipanggil Baidu Antivirus 2013. Digambarkan sebagai ringan ultra, mudah untuk digunakan, Program anti virus yang sangat pantas berjanji untuk melindungi sistem anda dari malware, virus, spyware, adware dan lain-lain program yang berniat jahat.

"Baidu Antivirus menawarkan beberapa pilihan konfigurasi maju serta kuarantin fail yang dijangkiti. Ia juga mempunyai jejak memori yang sangat kecil, jadi anda sebenarnya boleh melakukan perkara-perkara lain semasa ia sedang berjalan pada komputer anda. Ciri-ciri lain termasuk auto update, Hos Pencegahan Pencerobohan Sistem (HIP), laporan imbasan dan banyak lagi.

Anda boleh muat turun baidu antivirus di sini: http://sd.baidu.com/en/
Amaran: Ia adalah salah satu program yang diatur oleh china,Jadi risiko ditangan anda.!

Perlindungan dari ancaman internet untuk iPhone, iPad, and iPod Touch

Trend Micro Smart Surfing.

Trend Micro ™ Smart Surfing untuk peranti iPhone, iPad dan iPod Touch menyediakan satu pengalaman yang lebih bijak, lebih selamat apabila melayari web. Ia melindungi anda dari laman web berniat jahat. Jika anda cuba untuk mengakses laman yang merbahaya, Smart Surfing menyekat dan memberi amaran pemberitahuan.

Internet semakin digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi dan kewangan. Mereka menggunakan laman phishing, loji spyware dan malware pada laman web yang asli dengan melencongkan penggunaan yang membawa anda ke laman web yang berniat jahat tanpa pengetahuan anda.

Mana-mana peranti tidak dilindungi yang boleh mengakses internet adalah berisiko untuk ancaman ini. Untuk melindungi anda daripada laman web berniat jahat, Smart Surfing dikuasakan oleh Trend Micro ™ ,Rangkaian Perlindungan yang  terkemuka dalam  industri teknologi.



Bagaimana ia berfungsi


1- Jika laman web itu dikenali sebagai halaman phishing atau mengandungi kandungan berniat jahat seperti spyware, malware atau kandungan lain yang berbahaya, laman web tersebut akan disekat.

2- Anda boleh melaraskan kekuatan perlindungan untuk membolehkan laman web hanya dengan reputasi yang sangat baik, atau hanya menyekat laman web dengan reputasi yang biasa.

3- Smart Surfing menyokong pelbagai page supaya anda boleh membuka beberapa halaman dengan cepat dan bertukar tukar. Ia juga memanfaatkan kuasa meter pecutan untuk menyokong kedua-dua landskap dan
portrait browsing

Source: Smart surfing  | Download/Muat Turun
* Beli baju I am Programmer i have no life sementara stok masih ada! via IdeaKreatif
* Win the grand prize of RM3000 by creating your own version of these songs!
* [Contest] Check out this Mini Madness by Celcom!

Cara Semak Antivirus berfungsi dengan baik atau tidak

Assalamualaiikum kepada semua pembaca di gilerhackers.net,
Diantara salah satu software yang perlu ada disesebuah laptop atau pc adalah ANTIVIRUS.
Apa itu virus? [Baca disini]

Bagaimana untuk memeriksa antivirus di komputer atau laptop anda berfungsi dengan baik atau tidak.dibawah juga bagaimana untuk menyemak sama ada anti virus itu original atau palsu "Fake Antivirus"

Sekarang bukak Notepad pada computer anda dan salin code bewarna merah dibawah. letak di notepada anda:
Code:
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

save kan dengan nama WH2.vbs save as type pilih all file
Jika anti virus anda allert dengan file tersebut. sila bersihkan file tersebut dengan antivirus anda.Jika tidak. ini bermakna antivirus yang anda guna tidak berfungsi dengan baik.lebih elok jika anda menukar kepada antivirus yang lain.

Dibawah adalah screenshot MSE. microsoft security esential.


selamat mencuba.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif