Showing posts with label Aplikasi. Show all posts
Showing posts with label Aplikasi. Show all posts

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Facebook Virus! "See who's Looking at Your Profile"


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Pernah nampak kawan kawan tag atau post gambar seperti diatas? itu merupakan salah satu virus facebook yang sangat popular pada saat ini.Apa yang terjadi jika anda telah menekan pautan yang diberi? (seperti dalam gambar didalam kotak bewarna merah)

Secara langsung anda:
1- spam ( post sampah, atau post perkara sama dengan banyak dalam waktu singat "ringkasan" )
2- Tag kepada rakan anda tanpa pengetahuan anda
3- komen tanpa pengetahuan anda.

Adakah ia merbahaya?
Mungkin Ya atau Mungkin Tidak.mengikut apa yang dimaklumkan oleh beberapa blog termasuk di blog facebook, ia merupakan satu aplikasi yang direka khas (berniat jahat) untuk mencuri maklumat peribadi seperti password, gambar dan sebagainya.selain itu, ia juga memaksa rakan rakan anda untuk melakukan kerja yang sama (spam).

Tindakan.
Sekali lagi, pengguna dinasihatkan supaya berhati hati untuk menguna aplikas aplikasi yang mendakwa untuk "menunjukan siapa yang melihat profile anda" kerana fungsi ini melanggar peraturan privacy facebook sendiri.

Jika anda telah terjebak dengan masalah ini. kemungkinan anda berada didalam keadaan bahaya atau mungkin mejadi salah seorang dari "mangsa jenayah siber".sila rujuk dibahagian keselamatan  facebook untuk maklumat lebih lanjut.

anda juga boleh membuang aplikasi tersebut dengan menekan, setting → privacy setting → apps

Buang semua aplikasi yang mencurigakan atau lebih lanjut sila baca disini How do I remove a game or app that I've downloaded?

* Tahukan anda 40% dari pengguna laman sosial adalah mangsa jenayah siber?

Kerentanan Pada Apple ID Membolehkan Pengodam Mengubah Kata Laluan Dengan Mudah


Nampaknya kini pengguna Apple menghadapi masalah serius apabila sebuah masalah kerentanan baru ditemui, membolehkan kata laluan sesuatu akaun Apple ID itu ditetapkan semula oleh sesiapa sahaja yang mengetahui emel dan juga tarikh lahir seseorang pemilik Apple ID.

Masalah ini dilaporkan hari ini, selepas semalam Apple mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk pengguna mereka.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan melalui penggunaan sebuah URL, kemudian pengguna akan dibawa ke sebuah halaman khas yang meminta menjawab tarikh lahir pengguna. Dengan laman sosial yang digunakan dengan meluas, penggunaan tarikh lahir merupakan salah satu perkara yang tidak lagi rahsia, dan mungkin boleh diketahui oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Memandangkan sokongan pengesahan dwi-faktor Apple masih belum diperkenalkan untuk semua buat masa ini, mungkin cara untuk mengatasi masalah kerentanan ini untuk sementara waktu adalah dengan mengubah tarikh lahir secara manual pada akaun tetapan.

Sumber Rujukan: Amanz.my

Spammer Facebook Atau Virus?

Assalamualaiikum dan salam perpaduan untuk semua pembaca di gilerhackers.
[GH] perhatikan sejak kebelakangan ini, banyak group group yang dibanjiran dengan auto Ngok, Ya auto Ngok!, apa itu  auto Ngok? auto Ngok itu merangkumi segala yang berkaitan dengan auto like,auto comment, auto post, automatik anda dibanned! ( auto Ngok itu nama gelaran kami sahaja :p)

Kebanyakan banyak pembuat aplikasi facebook untuk mendapatkan like banyak di page mereka, Contoh seperti aplikasi yang dibuat seperti gambar dibawah,Secara jujurnya.. bukan semua orang suka padanya

Yang konon nya jugak dapat topup free, untuk contoh aplikasi disini:
http://www.facebook.com/Mohammad.Taufiq.HC?sk=app_208195102528120
Pada aplikasi ini,pengguna diminta untuk like page terlebih dahulu,selepas anda click like, secara automatik anda akan menghantar post2 spam sperti gambar diatas tanpa pengetahuan anda. bagaimana menyelesaikan masaalah ini? sila unlike je balik.

nak tahu sama ada betul atau tidak.. cuba anda click dan tengok hasilnya.. jika dapat.. maknya betul lah tu, kalau x? fikirlah sendiri,

banyak lagi cara untuk mendapatkan like fanpage selain penipuan..
di beberapa group kami juga terdapat spammer yang sangat Ngok! say no to spam atau anda :

*Daftar di Anaislam.com secara percuma. Komuniti Muslim pertama di Malaysia
*Jom berhenti merokok | vapus.com.my

HackerSkill Game

Assalamualaikum kepada semua pembaca GilerHackers.net!

Tajuk untuk hari ini ialah tentang 1 aplikasi yang agak menarik buat semua orang untuk menguji kemampuan masing-masing dalam dunia siber. Aplikasi ini yang berbentuk laman web mempunyai pelbagai jenis tahap, dari Tahap 1 hinggalah ke Tahap 20, iaitu tahap terakhir untuk melihat kemampuan yang ada dalam diri setiap orang melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini juga bertujuan untuk orang yang ingin menambah lagi ilmu pengetahuan dan belajar bagaimana susahnya untuk menjadi penggodam tanpa usaha. Aplikasi ini memang agak susah dan rumit bagi yang baru menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi HackerSkill ini, ia hanya banyak menggunakan Open Source atau hanya dengan menekan papan kekunci ( CTRL + U ). Perkara yang mesti dilakukan adalah dengan memerhati setiap kod yang ada di Source laman web aplikasi tersebut.



Ini contoh tampilan utama di Tahap 1

(Klik untuk paparan yang lebih jelas)

Apa yang saya ingin katakan, HackerSkill ini sangat menarik dan sangat mencabar. Bagi yang minat dan sukakan cabaran, anda semua boleh pergi ke laman web aplikasi tersebut dengan menekan perkataan ini: HackerSkill

Sekian sahaja tajuk pada hari ini.
Assalamualaikum.

Hacker Typer

Assalamualaikum semua!

Entri untuk kali ini pula akan memperlihatkan satu aplikasi berbentuk laman web yang telah dicipta oleh seorang penggodam yang menggelarkan dirnya sebagai Duiker 101. Aplikasi dalam talian ini bertujuan sebagai jenaka sahaja pada awalnya. Namun, tidak lama kemudian laman web tersebut telah mencapai lebih satu juta pelawat dan juga telah menjadi semakin terkenal!

Aplikasi ini sesuai untuk orang yang berjiwa pernggodam tetapi tidak tahu 'programming' atau 'coding'. Anda cuma diperlukan untuk menekan beberapa butang di atas papan kekunci anda dan ayat-ayat tertentu akan dipaparkan.

             
Contoh 'ayat-ayat' yang dipaparkan selepas menekan beberapa huruf di atas papan kekunci 
(Klik untuk paparan yang lebih jelas)

Hacker Typer ini sangat menarik dan seronok bagi Lumi sendiri kerana secara tidak langsung, kita boleh mempelajari banyak perkara melalui 'source code' dan ayat yang dipaparkan.

Walaubagaimanapun, Lumi juga telah menjumpai satu aplikasi online yang sama iaitu hackertyper.com yang membolehkan seseorang itu terus pergi paparan aplikasi tersebut berbanding hackertyper.net yang memerlukan anda untuk 'login' terlebih dahulu di laman utama dan membolehkan orang ramai menderma untuk mengekalkan aplikasi dalam talian ini terus beroperasi.

Adakah kedua-dua laman ini mempunyai pemilik yang sama atau ada unsur-unsur plagiat di sini? Persoalan ini belum dapat Lumi selesaikan dan belum ada informasi yang tepat mengenainya.

Itu sahaja untuk kali ini, sekian!
Selamat menjalani ibadah puasa kepada yang berpuasa!
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif