HackerSkill Game

File Under:
Assalamualaikum kepada semua pembaca GilerHackers.net!

Tajuk untuk hari ini ialah tentang 1 aplikasi yang agak menarik buat semua orang untuk menguji kemampuan masing-masing dalam dunia siber. Aplikasi ini yang berbentuk laman web mempunyai pelbagai jenis tahap, dari Tahap 1 hinggalah ke Tahap 20, iaitu tahap terakhir untuk melihat kemampuan yang ada dalam diri setiap orang melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini juga bertujuan untuk orang yang ingin menambah lagi ilmu pengetahuan dan belajar bagaimana susahnya untuk menjadi penggodam tanpa usaha. Aplikasi ini memang agak susah dan rumit bagi yang baru menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi HackerSkill ini, ia hanya banyak menggunakan Open Source atau hanya dengan menekan papan kekunci ( CTRL + U ). Perkara yang mesti dilakukan adalah dengan memerhati setiap kod yang ada di Source laman web aplikasi tersebut.



Ini contoh tampilan utama di Tahap 1

(Klik untuk paparan yang lebih jelas)

Apa yang saya ingin katakan, HackerSkill ini sangat menarik dan sangat mencabar. Bagi yang minat dan sukakan cabaran, anda semua boleh pergi ke laman web aplikasi tersebut dengan menekan perkataan ini: HackerSkill

Sekian sahaja tajuk pada hari ini.
Assalamualaikum.

Author: Test
HackerSkill Game di postkan oleh: Test
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif