Showing posts with label download. Show all posts
Showing posts with label download. Show all posts

hilangkan bosan dengan Minion rush!

Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, sudah lama saya tidak menulis entri untuk blog [GH], terlebih dahulu saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada penyokong penyokong tegar [GH] yang sentiasa memberi kami semangat untuk terus berkarya sehingga ke hari ini.


Despicable Me atau minioun rush adalah sebuah permainan lebih kurang seperti Subway Surfer atau Temple Run dimana Pemain harus berlari mengindari rintangan-rintangan sejauh mungkin dan cuba mengumpul mata yang tinggi.

Pemain juga boleh menghubungkan ke akaun facebook dan berlumba dengan rakan rakan di facebook untuk mengetahui siapakah yang mendapat skor yang tertinggi.Permainan minion rush ini sangat seronok untuk dicuba dan boleh membawa ketagihan jika anda benar benar mendalami cara permainanya.

Untuk pengguna android, anda boleh muat turun permainan ini secara percuma di google play store.
beberapa tips dan trik juga boleh diguna pakai untuk memungut skor yang tinggi,diantaranya ialah dengan membuka gift code secara percuma yang disediakan.

ini ialah kod untuk membuka hadiah percuma anda.


trailer minion rush dari Gameloft

selamat bermain~
psst: walaupun saya tak pandai.. buat masa sekarang skor tak tinggi, tapi boleh la titik arya putra ngan qimie muhammad.. kekekkekekekekek.... wakakakka...

Shut Down, Restart & Remote Control Komputer Anda Dengan Smartphone


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Pembaca [GH].

Hari ini, [GH] akan berkongsi dengan anda semua satu aplikasi yang boleh Shut Down, Restart & Remote Control Komputer anda dengan menggunakan Smartphone atau Telefon pintar seperti iPhone, Android dan Windows Phone dengan menggunakan command bagi Shut Down, Restart, 'Kunci Komputer' anda secara jarak jauh. Apa yang menariknya, aplikasi ini boleh diinstall atau dipasang di Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Aplikasi ini diberi nama PC Monitor. Dibawah ialah kegunaan dan kelebihan menggunakan PC Monitor:
  • Boleh shut down, restart, lock, log off dan hibernate komputer anda dari jarak jauh
  • Menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux
  • Menyokong juga peranti iOS, Android, Windows Phone serta Windows RT
  • Percuma !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksa suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command promt, lihat senarai perisian komputer dan banyak lagi.

Cara menggunakan PC Monitor:

  1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda mengikut sistem operasi
  2. Download dan install PC Monitor App di peranti iPhone, Android, Windows Phone atau Windows RT anda
  3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada PC Monitor Client dan PC Monitor App
  4. ...??
  5. Selesai setup, jalankan sesi percubaan PC Monitor di komputer anda
Selamat Mencuba! 
P/S: Pengguna android yang ada masalah dengan download dari Play Store, bolehlah cuba install dengan menggunakan file apk ini ~> PC Monitor .Apk

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera pembaca di Gilerhackers.com
VPN atau nama penuh nya Virtual Private Network berfungsi sebagai 1 mesin yang menghubungkan anda ke Virtual Network ia akan menyembunyikan IP address anda di server umum dan Tidak merekod browsing history, bermaksud anda melayari internet sebagai anonymous user.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat [ SecurityKISS ] 

Security Kiss menyediakan perkhidmatan VPN percuma dan senang digunakan.Security Kiss tidak memerlukan pendafataran, anda hanya perlu muat turun dan sedia untuk diguna.Untuk Pakej percuma,Security Kiss menawarkan 300MB data transfer sehari (24jam)

Muat turun Security Kiss Secara Percuma,Lidungi data privasi anda!
SecurityKiss
  • SecurityKISS VPN memastikan kata laluan anda, nombor kad kredit dan semua data anda dijamin selamat
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada snoopers di hotspot Wireless, hotel, lapangan terbang, pejabat korporat
  • SecurityKISS VPN melindungi data anda dari dipintas oleh pelbagai sniffers rangkaian
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada kecurian identiti dalam talian

Cara Mudah Buat AntiVirus Sendiri


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Antivirus merupakan salah satu perisian yang penting pada sesebuah komputer.Ia berfungsi untuk membuang jenis jenis fail yang boleh merosakan atau melambatkan proses sistem komputer anda.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk muat turun perisian antivirus, anda mungkin boleh menggunakan tips ini untuk membuang sesetengah virus.Anda boleh membuat Antivirus anda sendiri dengan hanya menggunakan notepad.

Tutorial: copy kod dibawah pada notepad, kemudia sila rename dengan nama Antivirus.bat filetype sila pilih All file

@echo off
title GilerVirus
echo Antivirus
echo created by GilerHackers.com
:start
IF EXIST virus.bat goto infected
IF NOT EXIST virus.bat goto clean
cd C:\Windows\system32
:infected
echo WARNING VIRUS DETECTED!
del virus.bat
pause
goto start
:clean
echo System secure!
pause
exit

Anda boleh menggantikan virus.bat dengan kesemua jenis virus virus terkini, untuk lihat senarai virus terkini boleh rujuk disini

Tips ini tidak dijamin 100% bebas dari jangkitan atau serangan virus, ia adalah salah satu kaedah sahaja..selamat mencuba, Muat turun Demo Antivirus ini dibawah:

Elakan Spam Pada Komen Dengan Growmap Anti Spambot


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
SPAM? Rasanya tak perlu diterangkan lagi mengenainya..
Ia sentiasa berlaku akibat dari penyalahgunaan alamat email dan juga terjadi pada bahagian komen blog. Untuk WordPress, ada satu langkah mudah mengelakkan SPAM autobot yang menyerang pemilik blog berasaskan WordPress. Ini memastikan komen yang dihantar adalah dari manusia yang perlu menaip secara manual dan bukan dari autobot.

Kami Cadangkan anda menggunakan Plugin Growmap Anti Spambot.Ia sangat mudah digunakan dan tidak membebankan pelawat sperti Captcha.Dengan Growmap Anti Spambot, pelawat hanya perlu tick/tanda pada kotak untuk meinggalkan komen.Ia dijana melalui JavaScript yang ditetap bagi mengelakan dilihat oleh bots, ianya 99% bebas dari semua jenis bot spam.

Screenshot:


Check Box secara automatik diperiksa sebelum komen dikemukakan.Jadi tidak ada yang komen akan hilang jika ia dikemukakan oleh pengguna manusia yang sah (bukan bots).Muat turun Plugin Growmap Anti Spambot melalui button download dibawah.

Download Growmap Anti Spambot Plugin

Jika anda mempunyai masalah ketika memasang Plugin ini atau ia tidak berfungsi, sila rujuk Artikel disini: Growmap Anti Spambot Plugin Tidak Berfungsi. [GH] berharap sedikit sebanyak perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca..

We Are Legion: Dokumentari tentang Hacktivists

We Are Legion:
Dokumentari tentang Hacktivists adalah dokumentari yang membawa kita di dalam dunia Anonymous, radikal "hacktivist" kolektif yang telah ditakrifkan semula keingkaran awam untuk era digital. Filem ini meneroka akar sejarah kumpulan hacktivist awal seperti Cult of the Dead Cow dan Electronic Disturbance kemudian berikut perseorangan dari 4chan kepada pergerakan besar-besaran dengan jangkauan global, salah satu yang paling transformatif masa kita

Tonton Secara Online:

Download Movie Secara percuma dibawah:

Hide My WP! 95% selamat dari SQl injection dan Serangan Xss.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Wordpress merupakan salah satu platform yang sangat popular pada masa kini.Penggunaan wordpress sangat luas, ada yang mengunakan wordpress sebagai blog, ada juga yang mengunakan wordpress sebagai tapak untuk laman sesawang rasmi ataupun peribadi.

Pada hakikatnya, ramai pengguna ingin menyembunyikan penggunaan wordpress mereka, ini kerana terdapat pelbagai bugs pada plugin atau tema wordpress.Untuk memastikan ianya sentiasa selamat, kita mungkin tiada masa untuk menyemak atau mengemas kini plugin setiap hari.


Kini anda boleh mencuba plugin Hidemy WP sebgai salah satu cara meningkatkan keselamatan sistem wordpress anda.Baru baru ini, kita boleh lihat serangan besar besaran pengodam terhadap laman laman yang digodam adalah kebanyakannya menggunakan sistem dari wordpress. diantara botnet yang paling agresif yang pernah dilihat

Tingkatkan keselamatan anda
Hidemy WP mengawal akses WP kepada fail PHP. Ia melindungi laman web anda 95% daripada SQL Injection dan serangan XSS. Ini bermakna anda boleh memasang plugin yang tidak selamat tanpa bimbang tentang keselamatan terutama kepada ancaman penggodam, spam dan robot yang selalu menyerang pengguna WordPress.

Ketahui lebih lanjut bagaimana ia berfungsi DISINI | lihat live demo DISINI
Jika anda ingin muat turun secara percuma, sila klick pada button download dibawah:


Jangan Lupa untuk terus bersama kami untuk info info terbaru di facebook GilerHackers DISINI.

Cara Download Video Youtube Tanpa Software

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini kami kognsikan 1 tips paling mudah untuk muat turun (download) video dari youtube tanpa memerlukan software.Sangat mudah digunakan dan sangat ringkas ^_^

Pertama, anda hanya perlu ke laman web http://en.savefrom.net/ dan masukan url Link Video yang ingin di download.contoh seperti gambar dibawah.


Tunggu beberapa saat, selepas keputusan diproses, sila rujuk kotak bewarna merah, pilih jenis fail yang anda ingin dan klick sahaja pada link berkenaan. Selesai tutorial Download Video dari youtube tanpa Software.

Selain youtube, boleh juga guna untuk download fail dari rapidshare.com

kalau malas boleh paste sahaja link youtube dibawah. :p
Masukan Url Video dibawah dan klick Download

Jika artikel ini bermanfaat, sila klick button share dibawah.selamat mencuba.

Muat Turun CUDA Movie Converter Percuma 100%


Muat Turun Cuda Movie Converter secara percuma.
Cuda Movie Converter boleh menukar hampir semua format video termasuk MPEG, FLV, MP4, 3GP, MOV, AVI, dan lain-lain termasuk fail vide berdefinasi tinggin (HD video). Ia mempunyai kelajuan penukaran yang lebih tinggi dan keuntungan yang ketara dalam prestasi yang lebih baik dengan Cuda teknologi.

Ciri Ciri:
  1. 6X lebih cepat penukaran  dengan  NVIDIA CUDA
  2. Batch menukar HD dan format video umum untuk format Mainstream
  3. Ekstrak pelbagai format audio popular untuk menikmati pada pemain muzik
  4. Prestasi Terbaik untuk encoding dan decoding
  5. PKualiti output pratetap untuk mendapatkan apa yang anda mahu
  6. Sokongan 350 + format video & semua peranti popular
  7. 100% Percuma, Selamat & Mudah
Anda boleh muat turun perisian percuam CUDA Movie Converter dibawah:

Lindungi Privasi Ketika Melayari Internet Dengan Hotspot Sheild


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini [GH] perkenalkan satu software yang membantu anda melindungi privasi ketika malayari internet.Mungkin sudah ramai tahu apa itu HSS (HotSpot Sheild).Bagi anda yang pertama kali dengar tentang HotSpot Sheild, Apa itu Hotspot Sheild?

" Hotspot Shield VPN adalah penyelesaian keselamatan Internet utama yang menjamin sesi pelayaran anda, mengesan dan menghalang malware, melindungi privasi anda dan membolehkan anda mengakses laman web disekat."

Hotspot sheild membolehkan anda membuka laman web yang disekat tanpa perlu menukar dns ataupun masuk melalui proxy,selain itu HSS mampu menyembunyikan IP addres kita sehingga kita dapat mengakses semua content yang di block di jaringan gateway internet.contoh seperti laman web  porn.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan Hotspot Sheild ,anda boleh muat turun secara percuma dibawah:

Pertanyaan lanjut boleh RUJUK DISINI atau terus ke laman rasmi Hotspot Sheild.
* Dikesempatan ini juga kami ingin maklumkan kepada Rakan Rakan Digroup supaya tidak Spam dan elakan dari  post perkara yang tidak berfaedah,kepada hackers hackers pro disana anda dilarang sesekali untuk post link berkaitan defacement, jika ingin show off sila pergi ke tempat lain.Digroup kami hanya membincangkan perkara perkara berkaitan teknologi untuk kemudahan bersama.sila hormati pertauran group kami atau .......... Terima Kasih.

SopHos Free Virus Removal Tools


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Seperti yang kita tahu, virus merupakan satu masalah bagi pengguna komputer, ia bukan sahaja melambatkan sistem kerja sesebuah komputer malah kemungkinan besar boleh mencuri pelbagai data pemiliknya.

Apa yang kita perlukan ialah mecari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.Dari pengeluar Naked Security, Sophos juga mengeluarkan perisian mereka sendiri yang diberi nama Virus Removal Tools, Ia bukan sahaja percuma. malah dilengkapi dengan ciri ciri tertentu seperti mengimbas anti virus palsu ,mengenal pasti serta membersihkan jangkitan antivirus anda dan banyak lagi.

Free virus detection and removal
* Removes viruses, spyware, rootkits and fake antivirus
* 100% free! Totally, absolutely, completely
* Supports Windows XP, Vista and 7
* Works alongside your existing antivirus

1. Download (Muat turun) Free Virus removal tools.


2. Run, dan Install

3.Mengimbas Komputer anda

4. Membersihkan komputer anda dari serangan virus

5.Selesai
Muat turun Free Virus Removal Tools.

Senarai Terbesar "Wordlist" Berjuta Perkataan Untuk Password Cracking


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Salah satu koleksi terbesar dan sangat menyeluruh sebanyak 1493677782 perkataan untuk Password cracking sedia untuk dimuat turun!. Senarai perkataan ini bertujuaan terutamanya untuk Password Cracking (pemecahan kata laluan) seperti hashcat, John the Ripper dan password recovery utilities.

Defuse security telah mengeluarkan sebesar 4.2 GiB (compressed) atau 15 GiB (uncompressed) yang digunakan oleh mereka untuk Crackstation project.Senarai wordlist ini asalnya dikongsi oleh ' Stun ', salah satu dari Hacktivist Anonymous. Anda juga boleh memuat turun semua senarai wordlist ini dari Torrent .

Muat turun senarai wordlist dari torrent

Exabytes SiteLock

"Senarai ini mengandungi setiap wordlist, kamus, dan kata laluan pangkalan data yang bocor di internet (dan saya menghabiskan banyak masa untuk mencari). Ia juga mengandungi setiap perkataan dalam pangkalan data Wikipedia (halaman-artikel, diambil 2010, dalam semua bahasa) serta banyak buku-buku dari Projek Gutenberg. Ia juga termasuk kata laluan daripada beberapa pangkalan data pelanggaran berprofil rendah yang dijual pada tahun-tahun yang lalu di bawah tanah.(underground)" -Stun

Sumber Rujukan : THN

Template Mewah Untuk Pengguna Blogger dan Kelebihannya

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Hari ini [GH] nak kongsi dengan anda satu template blogspot yang sangat cool dan unik,mesti baca jika anda seorang Blogger.^_^
Pertama sekali, kenapa perlu template cantik cantik?
Ok... disini [GH] kongsikan sedikit kelebihan pengguna blogspot berbanding wordpress,walaupun ramai pengguna wordpress mengatakan wordpress merupakan satu platform yang lebih baik berbanding blogspot.

Kenapa perlu template cantik cantik? ok.. mari kami terangankan secara ringkas,tetapi ingat.. ini adalah pandangan peribadi kami.mungkin apa yang dikongsi dalam artikel ini lain dari pemikiran anda.. (peace no war)

  • 1.Template yang cantik dan kemas boleh membuatkan pengunjung/pelawat blog anda selesa ketika melawat
  • 2.Template yang nampak menarik dan kemas juga merupakan salah satu cara untuk permohonan adsence anda diluluskan, tak percaya? sila google.
  • 3.Template yang cantik dan kemas juga boleh menarik usahawan internet untuk mengiklankan produk mereka di blog anda (selain trafik yang tinggi dan stabil)


Kenapa Blogspot?

  • Bagi pengguna yang baru berjinak jinak didalam dunia blogging, Platform blogspot merupakan salah satu tempat untuk belajar asas kerana blogspot menggunakan format HTML, HyperText Markup Language (HTML) ialah bahasa asas yang digunakan untuk membina laman web sebelum bertukar kepada bahasa pengaturcaraan yang lebih sukar seperti PHP, ASP dan JavaScript.
  • Blogspot lebih mudah difahami selain menyediakan fungsi drag & Drop untuk widget
  • Blogspot juga lebih selamat dari ancaman atau risiko digodam, sudah tentu pengguna blogspot tidak risau masalah blognya digegar dengan letupan DDOS. hahahahaha
  • Kebanyak template wordpress juga tersedia didalam versi blogspot,jika anda berminat untuk menggunakan template wordpress ke blogspot, anda hanya perlu memahami sedikit asas css untuk mencuri pinjam template wordpress dan pasang di blog anda.
  • SEO, blogspot juga mesra seo, selain boleh mengguna domain berbayar seperti .com .net .org. my
  • Jimat: Blogspot adalah satu perkhidmatan percuma, jadi anda tidak perlu risau untuk membeli hosting untuk mula berblogging,walaupun percuma.. google telah menaik taraf perkhidmatan mereka,selagi anda tidak melanggar syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu risau masalah blog anda diremove oleh google.
  • Unlimited bandwith, sudah tentu tidak perlu risau walaupun ribuan hit sehari masuk ke blog anda.. hahaha
  • Walaupun blogspot tidak mempunya sokongan plugin, tetapi terlalu banyak laman web laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti widget dan sebagainya.
Dibawah mungkin satu template yang cool untuk anda.Ya.. ia seakan akan kelihatan seperti template dari Wordpress.. dan semestinya percuma untuk diguna!


Screenshoot:
Download link 1
Download link 2
Ciri ciri yang sangat kemas dan sesuai untuk blog blog berkaitan berita, informasi, teknologi dan yang berkaitan, tetapi tidak sesuai untuk blog yang lebih bersifat peribada. (personal blog).

[GH] sekali lagi tidak menafikan penggunaan platform wordpress jauh lebih baik dengan fungsi fungsi tertentu,Untuk project [GH] yang lain,kami menggunakan wordpress dan joomla.namun ada juga sesetengah pihak yang menyatakan blogger.com / blogspot bukan lah satu platform yang bagus untuk blogger, bagi pandangan [GH], setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tertentu. jadi kepada pro pro blogger diluar sana cubalah membantu mereka yang baru berjinak jinak dengan dunia blog, bukan menghentam mereka... jadikan lah blogger satu komuniti yang boleh mengeratkan silaturahim sesama kita.
 (GilerHackers??? Peace Yow...)

*Setuju atau tidak jika [GH] kongsikan artikel berkaitan tutorial blog dan lain lain? kalau setuju komen kat bawah...

Ciri Baru PHP Config File Killer dan Mannu Shell


Muat turun shell script yang dikodkan oleh "Indishell Team" beberapa ciri baru di tambah.
Indishell merupakan sebuah kumpulan penggodam dari india sebelum ini mengikut apa yang [GH] tahu,mereka pernah melakukan serangan siber keatas beberapa laman sesawang pakistan satu ketika dahulu, sekurang kurangnya 370 laman web digodam, dan beberapa laman web kerajaan pakistan juga turut diceroboh.

Dibawah adalah  shell yang ditambah dengan beberapa ciri baru:

Configration File Killer
Fungsi terbaru:
- Genrate php.ini
- Mannual Symlinking
- Automated Mass Symlink
- perl Based Symlink

Muat turun | Download
Link 1

link 2


Mannu Shell
Ciri ciri baru:
- command execution
- CGI Telnet
- CMS based symlink,
- VBulletin,wordpress and Joomla admin panel password changer
- PERL Back connect
- Python Back connect
- Can't read /etc/named.conf" bypasser+auto symlink public_html directory
- username (ls /etc/valiases)

Muat Turun | Download
Link1

link2


Sumber: DevilsCafe.

#Ops Bangladesh!. Malumat dan data peribadi kerajaan dilepaskan kepada umum

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Sebuah kumpulan penggodam dari bangladesh, Phr0zenMys Hacker yang sebelum ini pernah menggodam laman web Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendakwa telah melakukan serangan terhadap beberapa laman sesawang kerajaan bangladesh, (gov.bd).


Kenyataan yang dikeluarkan pada laman twitter mereka menjelaskan, serangan yang dilakukan bertujuan untuk memprotest kezaliman terhadap rakyat, penindasan, pembunuhan tanpa undang undang perhakiman , dan penyeksaan.

Laman yang diceroboh: www.rab.gov.bd
Maklumat kebocoran data boleh didapati di:  http://pastebin.com/UCmLkGxS

Tindakan Batalion Rapid atau RAB adalah sebuah unit elit anti-jenayah dan anti-keganasan Bangladesh. Tentera Batalion Polis Ordinan 1979.
Di bawah perintah Ketua Polis Negara (KPN), ia terdiri daripada anggota Polis Bangladesh,Tentera,Tentera Laut, Tentera Udara Bangladesh,Border Guard Bangladesh and Bangladesh Ansar.

Mulakan perkhidmatan Images hosting anda sendiri


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Hari ini [GH] kongsikan 1 script kepada anda yang ingin memilik Images Hosting sendiri,Apa yang menarik, Script ini adalah percuma dengan hanya bersaiz sebesar 50kb.

Paparan yang disediakan sangat ringkas dan menarik.ia juga tidak membebankan pengguna. Jika anda berminat untuk mencuba,boleh muat turun pada button Download dibawah.

Download images hosting script
Caranya sangat mudah, tanpa perlu setup database, anda cuma perlu upload kesemua file yang disediakan pada hosting.

Kawal Komputer Orang Lain dengan TeamViewer


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Hari ini [GH] nak cerita sedikit tentang satu software, TeamViewer

Kepada yang belum tahu , TeamViewer ialah satu aplikasi (sofware) yang membolehkan pengguna mengendali atau mengawal komputer yang lain dari jarak jauh, (menggunakan fasilitas internet). Dengan software ini, kita boleh remote (kawal) komputer lain dimana sahaja. ia seperti komputer itu berada betul betul di depan kita, dengan syarat komputer target juga mesti mempunya TeamViewer dan internet.

Banyak kelebihan Teamviewer ini,contoh anda boleh membantu rakan rakan anda untuk install sesuatu software pada komputernya dengan menggunakan aplikasi ini.Jika anda ingin mencuba, boleh download pada pautan dibawah.

Download TeamViewer (Official site)

Teamviewer merupakan software percuma yang boleh mengawal komputer lain dengan sambungan internet, syarat utama,komputer yang ingin dikawal juga mestilah mempunyai aplikasi ini walaupun ia berada dari jarak yang jauh.

Kepentingan Winzip Dan kegunaannya


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Mari kenali apa itu winzip dan kegunaannya.
Winzip secara umum memiliki 4 fungsi utama, archive, compress, membuka extract dan decompress. Fungsi archive yang dimaksud di sini adalah untuk menyimpan file-file yang terdapat di komputer menjadi satu file. Sedangkan fungsi compressi untuk memperkecilkan ukuran sesuatu file dengan mengubah kod-kod file menjadi lebih efisien.

Kebiasaanya kedua fungsi ini digabungkan menjadi satu sehingga file yang archive akan compress juga sehingga seluruh file tersebut menjadi lebih kecil. Fungsi extract dan decompress merupakan proses fail kembali ke asal dari archive dan compress. Extract akan membuka file archive dan akan memasukkan files ke dalam sistem hardisk.

Fungsi decompress untuk mengubah daripada file compress menjadi kod normal. Kedua-dua fungsi ini kebiassanya berfungsi serentak Selain itu Winzip juga menyediakan fungsi security untuk fail daripada dibuka oleh pengguna lain dengan menggunakan password.

Muat turun Winzip Percuma

Muat turun WinRar (32-bit) Percuma

Muat turun WinRar (64-bit) Percuma

Muat Turun Koleksi Shell

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
[GH] sangat tertarik dengan usaha seorang kawan kami dengan mengumpul koleksi shell,Lepas ini mungkin mudah untuk mencari shell

Apa itu shell?
Shell ialah sebuah file kebanyakan didalam bentuk PHP yang digunakan penggodam untuk melakukan kerja kerja menggodam.
Shell juga beroperasi sebagai satu "jambatan" kepada user dan sistem operasi.didalam hal ini,apabila shell berjaya di muat naik (Upload) pada sesebuah laman web, ia membolehkan kerja kerja mengubah suai laman,mencuri maklumat sensitif seperti password dan banyak lagi.



Diantara shell yang dikumpul dan sedia untuk dimuat turun pada laman shell archive:
1- B374k m1n1 1.01
2- B374k m1n1 2.1(Login)
3- B374k NEC V2
4- B374K NEC V3
5- B374K 1n73ction (404 Login)
6- TBD Shell
7- Madspot
8- Madspot v2
9- WSO 2.3
10- Bangladesh Cyber Army
11- TeaM HacKer EgypT
12- Minang Cyber
13- Symlink_Sa v3
14- INDISHELL cPanel Brute Forcer
15- Domains & Users
16- PHP Uploader
17- MySQL Interface
18- ASP SHELL
19- Umer Rock
20- Zehir
21- ASPYDrvsInfo
ia mungkin akan ditambah dari masa ke semasa
Kredit kepada admin reaperz.net:

Anda boleh Muat Turun DISINI :
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif