Shut Down, Restart & Remote Control Komputer Anda Dengan Smartphone

File Under:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Pembaca [GH].

Hari ini, [GH] akan berkongsi dengan anda semua satu aplikasi yang boleh Shut Down, Restart & Remote Control Komputer anda dengan menggunakan Smartphone atau Telefon pintar seperti iPhone, Android dan Windows Phone dengan menggunakan command bagi Shut Down, Restart, 'Kunci Komputer' anda secara jarak jauh. Apa yang menariknya, aplikasi ini boleh diinstall atau dipasang di Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Aplikasi ini diberi nama PC Monitor. Dibawah ialah kegunaan dan kelebihan menggunakan PC Monitor:
  • Boleh shut down, restart, lock, log off dan hibernate komputer anda dari jarak jauh
  • Menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux
  • Menyokong juga peranti iOS, Android, Windows Phone serta Windows RT
  • Percuma !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksa suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command promt, lihat senarai perisian komputer dan banyak lagi.

Cara menggunakan PC Monitor:

  1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda mengikut sistem operasi
  2. Download dan install PC Monitor App di peranti iPhone, Android, Windows Phone atau Windows RT anda
  3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada PC Monitor Client dan PC Monitor App
  4. ...??
  5. Selesai setup, jalankan sesi percubaan PC Monitor di komputer anda
Selamat Mencuba! 
P/S: Pengguna android yang ada masalah dengan download dari Play Store, bolehlah cuba install dengan menggunakan file apk ini ~> PC Monitor .Apk

Author: Haswan Syakier
Shut Down, Restart & Remote Control Komputer Anda Dengan Smartphone di postkan oleh: Haswan Syakier
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif