Showing posts with label download. Show all posts
Showing posts with label download. Show all posts

hilangkan bosan dengan Minion rush!

Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, sudah lama saya tidak menulis entri untuk blog [GH], terlebih dahulu saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada penyokong penyokong tegar [GH] yang sentiasa memberi kami semangat untuk terus berkarya sehingga ke hari ini.


Despicable Me atau minioun rush adalah sebuah permainan lebih kurang seperti Subway Surfer atau Temple Run dimana Pemain harus berlari mengindari rintangan-rintangan sejauh mungkin dan cuba mengumpul mata yang tinggi.

Pemain juga boleh menghubungkan ke akaun facebook dan berlumba dengan rakan rakan di facebook untuk mengetahui siapakah yang mendapat skor yang tertinggi.Permainan minion rush ini sangat seronok untuk dicuba dan boleh membawa ketagihan jika anda benar benar mendalami cara permainanya.

Untuk pengguna android, anda boleh muat turun permainan ini secara percuma di google play store.
beberapa tips dan trik juga boleh diguna pakai untuk memungut skor yang tinggi,diantaranya ialah dengan membuka gift code secara percuma yang disediakan.

ini ialah kod untuk membuka hadiah percuma anda.


trailer minion rush dari Gameloft

selamat bermain~
psst: walaupun saya tak pandai.. buat masa sekarang skor tak tinggi, tapi boleh la titik arya putra ngan qimie muhammad.. kekekkekekekekek.... wakakakka...

Shut Down, Restart & Remote Control Komputer Anda Dengan Smartphone


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Pembaca [GH].

Hari ini, [GH] akan berkongsi dengan anda semua satu aplikasi yang boleh Shut Down, Restart & Remote Control Komputer anda dengan menggunakan Smartphone atau Telefon pintar seperti iPhone, Android dan Windows Phone dengan menggunakan command bagi Shut Down, Restart, 'Kunci Komputer' anda secara jarak jauh. Apa yang menariknya, aplikasi ini boleh diinstall atau dipasang di Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Aplikasi ini diberi nama PC Monitor. Dibawah ialah kegunaan dan kelebihan menggunakan PC Monitor:
  • Boleh shut down, restart, lock, log off dan hibernate komputer anda dari jarak jauh
  • Menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux
  • Menyokong juga peranti iOS, Android, Windows Phone serta Windows RT
  • Percuma !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksa suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command promt, lihat senarai perisian komputer dan banyak lagi.

Cara menggunakan PC Monitor:

  1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda mengikut sistem operasi
  2. Download dan install PC Monitor App di peranti iPhone, Android, Windows Phone atau Windows RT anda
  3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada PC Monitor Client dan PC Monitor App
  4. ...??
  5. Selesai setup, jalankan sesi percubaan PC Monitor di komputer anda
Selamat Mencuba! 
P/S: Pengguna android yang ada masalah dengan download dari Play Store, bolehlah cuba install dengan menggunakan file apk ini ~> PC Monitor .Apk

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera pembaca di Gilerhackers.com
VPN atau nama penuh nya Virtual Private Network berfungsi sebagai 1 mesin yang menghubungkan anda ke Virtual Network ia akan menyembunyikan IP address anda di server umum dan Tidak merekod browsing history, bermaksud anda melayari internet sebagai anonymous user.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat [ SecurityKISS ] 

Security Kiss menyediakan perkhidmatan VPN percuma dan senang digunakan.Security Kiss tidak memerlukan pendafataran, anda hanya perlu muat turun dan sedia untuk diguna.Untuk Pakej percuma,Security Kiss menawarkan 300MB data transfer sehari (24jam)

Muat turun Security Kiss Secara Percuma,Lidungi data privasi anda!
SecurityKiss
  • SecurityKISS VPN memastikan kata laluan anda, nombor kad kredit dan semua data anda dijamin selamat
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada snoopers di hotspot Wireless, hotel, lapangan terbang, pejabat korporat
  • SecurityKISS VPN melindungi data anda dari dipintas oleh pelbagai sniffers rangkaian
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada kecurian identiti dalam talian

Cara Mudah Buat AntiVirus Sendiri


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Antivirus merupakan salah satu perisian yang penting pada sesebuah komputer.Ia berfungsi untuk membuang jenis jenis fail yang boleh merosakan atau melambatkan proses sistem komputer anda.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk muat turun perisian antivirus, anda mungkin boleh menggunakan tips ini untuk membuang sesetengah virus.Anda boleh membuat Antivirus anda sendiri dengan hanya menggunakan notepad.

Tutorial: copy kod dibawah pada notepad, kemudia sila rename dengan nama Antivirus.bat filetype sila pilih All file

@echo off
title GilerVirus
echo Antivirus
echo created by GilerHackers.com
:start
IF EXIST virus.bat goto infected
IF NOT EXIST virus.bat goto clean
cd C:\Windows\system32
:infected
echo WARNING VIRUS DETECTED!
del virus.bat
pause
goto start
:clean
echo System secure!
pause
exit

Anda boleh menggantikan virus.bat dengan kesemua jenis virus virus terkini, untuk lihat senarai virus terkini boleh rujuk disini

Tips ini tidak dijamin 100% bebas dari jangkitan atau serangan virus, ia adalah salah satu kaedah sahaja..selamat mencuba, Muat turun Demo Antivirus ini dibawah:

Elakan Spam Pada Komen Dengan Growmap Anti Spambot


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
SPAM? Rasanya tak perlu diterangkan lagi mengenainya..
Ia sentiasa berlaku akibat dari penyalahgunaan alamat email dan juga terjadi pada bahagian komen blog. Untuk WordPress, ada satu langkah mudah mengelakkan SPAM autobot yang menyerang pemilik blog berasaskan WordPress. Ini memastikan komen yang dihantar adalah dari manusia yang perlu menaip secara manual dan bukan dari autobot.

Kami Cadangkan anda menggunakan Plugin Growmap Anti Spambot.Ia sangat mudah digunakan dan tidak membebankan pelawat sperti Captcha.Dengan Growmap Anti Spambot, pelawat hanya perlu tick/tanda pada kotak untuk meinggalkan komen.Ia dijana melalui JavaScript yang ditetap bagi mengelakan dilihat oleh bots, ianya 99% bebas dari semua jenis bot spam.

Screenshot:


Check Box secara automatik diperiksa sebelum komen dikemukakan.Jadi tidak ada yang komen akan hilang jika ia dikemukakan oleh pengguna manusia yang sah (bukan bots).Muat turun Plugin Growmap Anti Spambot melalui button download dibawah.

Download Growmap Anti Spambot Plugin

Jika anda mempunyai masalah ketika memasang Plugin ini atau ia tidak berfungsi, sila rujuk Artikel disini: Growmap Anti Spambot Plugin Tidak Berfungsi. [GH] berharap sedikit sebanyak perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca..

We Are Legion: Dokumentari tentang Hacktivists

We Are Legion:
Dokumentari tentang Hacktivists adalah dokumentari yang membawa kita di dalam dunia Anonymous, radikal "hacktivist" kolektif yang telah ditakrifkan semula keingkaran awam untuk era digital. Filem ini meneroka akar sejarah kumpulan hacktivist awal seperti Cult of the Dead Cow dan Electronic Disturbance kemudian berikut perseorangan dari 4chan kepada pergerakan besar-besaran dengan jangkauan global, salah satu yang paling transformatif masa kita

Tonton Secara Online:

Download Movie Secara percuma dibawah:

Hide My WP! 95% selamat dari SQl injection dan Serangan Xss.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Wordpress merupakan salah satu platform yang sangat popular pada masa kini.Penggunaan wordpress sangat luas, ada yang mengunakan wordpress sebagai blog, ada juga yang mengunakan wordpress sebagai tapak untuk laman sesawang rasmi ataupun peribadi.

Pada hakikatnya, ramai pengguna ingin menyembunyikan penggunaan wordpress mereka, ini kerana terdapat pelbagai bugs pada plugin atau tema wordpress.Untuk memastikan ianya sentiasa selamat, kita mungkin tiada masa untuk menyemak atau mengemas kini plugin setiap hari.


Kini anda boleh mencuba plugin Hidemy WP sebgai salah satu cara meningkatkan keselamatan sistem wordpress anda.Baru baru ini, kita boleh lihat serangan besar besaran pengodam terhadap laman laman yang digodam adalah kebanyakannya menggunakan sistem dari wordpress. diantara botnet yang paling agresif yang pernah dilihat

Tingkatkan keselamatan anda
Hidemy WP mengawal akses WP kepada fail PHP. Ia melindungi laman web anda 95% daripada SQL Injection dan serangan XSS. Ini bermakna anda boleh memasang plugin yang tidak selamat tanpa bimbang tentang keselamatan terutama kepada ancaman penggodam, spam dan robot yang selalu menyerang pengguna WordPress.

Ketahui lebih lanjut bagaimana ia berfungsi DISINI | lihat live demo DISINI
Jika anda ingin muat turun secara percuma, sila klick pada button download dibawah:


Jangan Lupa untuk terus bersama kami untuk info info terbaru di facebook GilerHackers DISINI.

Cara Download Video Youtube Tanpa Software

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini kami kognsikan 1 tips paling mudah untuk muat turun (download) video dari youtube tanpa memerlukan software.Sangat mudah digunakan dan sangat ringkas ^_^

Pertama, anda hanya perlu ke laman web http://en.savefrom.net/ dan masukan url Link Video yang ingin di download.contoh seperti gambar dibawah.


Tunggu beberapa saat, selepas keputusan diproses, sila rujuk kotak bewarna merah, pilih jenis fail yang anda ingin dan klick sahaja pada link berkenaan. Selesai tutorial Download Video dari youtube tanpa Software.

Selain youtube, boleh juga guna untuk download fail dari rapidshare.com

kalau malas boleh paste sahaja link youtube dibawah. :p
Masukan Url Video dibawah dan klick Download

Jika artikel ini bermanfaat, sila klick button share dibawah.selamat mencuba.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif