KL Gangster 2 Keluar Lebih Awal Dari Pawagam?

File Under:


Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada pembaca dan terima kasih kepada mereka yang masih setia bersama kami hingga sekarang.

29 Ogos 2013, Khamis - Sebuah filem yang telah dibuat oleh seorang pengarah yang hebat juga orangnya iaitu Syamsul Yusof yang bekerjasama dengan Grand Brilliance dan juga Skop Production yang diberi nama KL Gangster 2 telah bocor didalam internet sebelum sempat ditayangkan dipawagam iaitu pada 3 Oktober 2013.

Filem yang dibuat dengan kos RM4.5 juta bocor begitu sahaja didalam internet dipelbagai laman sesawang yang menyediakan pelbagai jenis movie untuk ditonton secara percuma. Bukan itu sahaja, malah URL untuk muat turun pun turut tersebar dengan luas sekali!

Ini telah menyebabkan pengarah tersebut mengeluarkan 1 statement bahawa beliau dan pihak Skop Production serta Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mereka yang download dan sebarkan URL untuk muat turun filem ini. Mula-mula, [GH] pun tidak percaya adakah benar URL yang dikongsikan itu.

Selepas muat turun dan lihat sehingga habis, rupanya memang benar itu filem KL Gangster 2 yang sebenar. Tapi, siapakah dalang disebalik kebocoran ini? Adakah dari orang-orang yang terlibat berlakon dalam KL Gangster 2? Atau orang lain? [GH] berasa kesian kepada pengarah tersebut kerana filemnya keluar sebelum tayangan yang sepatutnya. Hal ini mungkin akan merugikan pengarah tersebut kerana pendapatan yang diterimanya lebih sedikit dari kos yang digunakan untuk membuat filem ini.

Apa-apa pun, [GH] harap perkara ini tidak berlaku lagi. Kalau nak cetak rompakkan filem orang pun, tunggulah lepas tayangan. Ye dok? By the way, filem lu memang best lah 'Shark'. Gua kasi tabit sama lu. Hahah. Apa? Nak URL download? Tunggu lepas tayangannya :P

Author: Haswan Syakier
KL Gangster 2 Keluar Lebih Awal Dari Pawagam? di postkan oleh: Haswan Syakier
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif