Kerentanan Pada Apple ID Membolehkan Pengodam Mengubah Kata Laluan Dengan Mudah

File Under:

Nampaknya kini pengguna Apple menghadapi masalah serius apabila sebuah masalah kerentanan baru ditemui, membolehkan kata laluan sesuatu akaun Apple ID itu ditetapkan semula oleh sesiapa sahaja yang mengetahui emel dan juga tarikh lahir seseorang pemilik Apple ID.

Masalah ini dilaporkan hari ini, selepas semalam Apple mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk pengguna mereka.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan melalui penggunaan sebuah URL, kemudian pengguna akan dibawa ke sebuah halaman khas yang meminta menjawab tarikh lahir pengguna. Dengan laman sosial yang digunakan dengan meluas, penggunaan tarikh lahir merupakan salah satu perkara yang tidak lagi rahsia, dan mungkin boleh diketahui oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Memandangkan sokongan pengesahan dwi-faktor Apple masih belum diperkenalkan untuk semua buat masa ini, mungkin cara untuk mengatasi masalah kerentanan ini untuk sementara waktu adalah dengan mengubah tarikh lahir secara manual pada akaun tetapan.

Sumber Rujukan: Amanz.my

Author: Bukhari Malek
Kerentanan Pada Apple ID Membolehkan Pengodam Mengubah Kata Laluan Dengan Mudah di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif