Showing posts with label Phone. Show all posts
Showing posts with label Phone. Show all posts

Kerentanan Pada Apple ID Membolehkan Pengodam Mengubah Kata Laluan Dengan Mudah


Nampaknya kini pengguna Apple menghadapi masalah serius apabila sebuah masalah kerentanan baru ditemui, membolehkan kata laluan sesuatu akaun Apple ID itu ditetapkan semula oleh sesiapa sahaja yang mengetahui emel dan juga tarikh lahir seseorang pemilik Apple ID.

Masalah ini dilaporkan hari ini, selepas semalam Apple mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk pengguna mereka.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan melalui penggunaan sebuah URL, kemudian pengguna akan dibawa ke sebuah halaman khas yang meminta menjawab tarikh lahir pengguna. Dengan laman sosial yang digunakan dengan meluas, penggunaan tarikh lahir merupakan salah satu perkara yang tidak lagi rahsia, dan mungkin boleh diketahui oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Memandangkan sokongan pengesahan dwi-faktor Apple masih belum diperkenalkan untuk semua buat masa ini, mungkin cara untuk mengatasi masalah kerentanan ini untuk sementara waktu adalah dengan mengubah tarikh lahir secara manual pada akaun tetapan.

Sumber Rujukan: Amanz.my

Penggunaan Android Jelly Bean Terus Meningkat Sepanjang Bulan Lepas

Bermulanya bulan Mac, Google telah mengeluarkan angka penggunaan versi Android mereka. Kali ini, penggunaan Android memperlihatkan penggunaan Android Jelly Bean terus meningkat, tetapi masih lagi didominasikan oleh Gingerbread, versi Android keempat mereka.

Gambar diatas menunjukkan Jelly Bean meliputi 16.5% dan Ice Cream Sandwich meliputi 28.6%. Manakala Android Gingerbread masih menjadi pilihan pengguna yang menguasai 44.2% daripada keseluruhan versi Android.

Salah satu masalah utama Android ialah semasa mengemaskini, dimana berlaku penangguhan, disamping pengeluar peranti yang mengambil masa agak lama untuk mengoptimasikan sesuatu versi untuk peranti mereka.

Google juga dijangka akan mengumumkan Android versi 5.0 yang disebut-sebut sebagai Key Lime Pie yang akan disertakan dengan fungsi-fungsi baru.

*sumber: Amanz.my

Samsung Mengeluarkan Video Teaser untuk Galaxy S IV

Seperti yang kita tahu ada desas-desus bahawa Samsung akan mengeluarkan Samsung Galaxy S IV dan ia memang benar. Samsung telah mengeluarkan video teaser Galaxy S IV di laman Youtube rasmi mereka pada 4 Mac 2013.





Ini adalah model yang dikatakan sebagai Galaxy S IV


Nampaknya video teaser untuk Samsung Galaxy S IV akan dikeluarkan lebih dari satu video. Jadi tunggukan video seterusnya untuk informasi terkini tentang Galaxy S IV. Insya-Allah saya akan meng-update maklumat terkini tentang telefon ini.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif