Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Tapisan Internet: NGO seru kaji semula jaminan MSC


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara.

"Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Hari ini, satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal.

Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini.

"Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.

"Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya.

Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya.

"Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya.

Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam.

Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM akan melancarkan satu blog sebagai medan perkongsian berkaitan Islam, termasuk soal jawab berhubung kekeliruan dan salah anggapan terhadap agama suci ini.

"Antara usaha kita ambil ialah pendekatan teknologi bagi menangkis serangan yang dibangkitkan bertujuan menjejaskan kedudukan agama Islam.

"Jika mereka boleh gunakan teknologi sebagai senjata, maka kita perbetulkan semula dengan cara berdakwah melalui teknologi juga," katanya.

Beliau berkata blog yang bakal dilancar dalam masa terdekat itu akan mengumpul segala maklumat sahih berkaitan Islam dan menerima soalan serta perbincangan dengan pengguna berhubung agama berkenaan.

- Bernama

Pencerobohan domain Internet tempatan sedang disiasat


CYBERJAYA 2 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah nama domain ‘.com.my ’ (dot com dot my) telah dikompromi.

SKMM telah berhubung dengan MYNIC dan setakat ini siasatan awal telah menunjukkan bahawa kompromi tersebut adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain ‘.com.my’.

SKMM juga telah dimaklumkan bahawa beberapa laman web yang terkenal telah terjejas.

“Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan, tetapi mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki. Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," kata Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Beliau juga mengesahkan bahawa SKMM dan polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut. - BERNAMA

Vpn Percuma Pantas dan Selamat


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera pembaca di Gilerhackers.com
VPN atau nama penuh nya Virtual Private Network berfungsi sebagai 1 mesin yang menghubungkan anda ke Virtual Network ia akan menyembunyikan IP address anda di server umum dan Tidak merekod browsing history, bermaksud anda melayari internet sebagai anonymous user.

Vpn Percuma Pantas dan Selamat [ SecurityKISS ] 

Security Kiss menyediakan perkhidmatan VPN percuma dan senang digunakan.Security Kiss tidak memerlukan pendafataran, anda hanya perlu muat turun dan sedia untuk diguna.Untuk Pakej percuma,Security Kiss menawarkan 300MB data transfer sehari (24jam)

Muat turun Security Kiss Secara Percuma,Lidungi data privasi anda!
SecurityKiss
  • SecurityKISS VPN memastikan kata laluan anda, nombor kad kredit dan semua data anda dijamin selamat
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada snoopers di hotspot Wireless, hotel, lapangan terbang, pejabat korporat
  • SecurityKISS VPN melindungi data anda dari dipintas oleh pelbagai sniffers rangkaian
  • SecurityKISS VPN melindungi diri anda daripada kecurian identiti dalam talian

Sejarah Internet

Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung menerusi talian telefon, gentian optik, teknologi tanpa wayar seperti 3G,WIMAX,EDGE dan WIFI.

Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.

Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.

Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.


Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.

Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.

Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan.

Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.

Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.

Di Malaysia internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990.

Senarai Wifi Percuma Di Negeri Selangor

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada PRU13 lalu, kerajaan Negeri Selangor kini maju setapak lagi apabila melancarkan Wifi Percuma Selangorku di sekitar kawasan negeri Selangor.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan mendapat liputan Wifi Selangorku di Negeri Selangor.


  1. Kawasan Kedai Selva, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  2. Kawasan Kedai Jalan 2/5. Taman Pinggiran Delima Batu 14, 48100 Hulu Langat
  3. Kawasan Kedai Jalan Amaniah Mulia 3, Taman Maniah Mulia, 68100 Batu Caves
  4. Kawasan Kedai Jalan Taman Gombak, 68100 Gombak
  5. Kawasan Kedai Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu 48000 Rawang
  6. Kawasan Kedai Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang
  7. Kawasan Kedai Jalan Besar Pandaraman, 42000 Pelabuhan Klang
  8. Surau Haji Abas Kampung Delek, Klang
  9. Balai Penghulu Mukim Batu, Batu Caves
  10. Transit Az-Zahrah Teluk Gadong Kecil, Klang
  11. Restaurant Mekar Sri Bakso, No50/G-11 Plaza Sri Muda, Sek 25, 40400 Shah Alam
  12. Dewan Sungai Pinang, Majlis Perbandaran Klang, Jalan Labis 100, 41400 Klang
  13. Kawasan Kedai, Jalan Mohd Tahir 8, Tmn Sri Mewah 4, Off Jalan Sg. Jati, Seri Andalas
  14. SJK (C) Pandamaran A, Jln Besar Pandamaran, 41200 Klang
  15. Pusat Komuniti Sg.Kantan, 43000 Kajang
  16. Pusat Khidmat Adun Kajang, Kawasan Sungai Chua, Kajang
  17. Pusat Komuniti Dun Bangi, No.22 Jln 7/1C Sek 7, 43650 Bangi
  18. Pusat Khidmat Masyarakat, Kg. Batu Laut, 42700 Tanjong Sepat
  19. Kampung Sg.Sendu & Pekan Banting
  20. Kawasan Kedai A77, Jln Besar, 45600 Bestari Jaya
  21. Pejabat JKK Kampung Meru @ Sebelah Dewan Orang Ramai MPK Jln Meru Tambahan, 41050, Meru
  22. Kawasan Kedai Makan, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  23. Kg.Meru, 41050, Meru
  24. Pejabat Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2, Jln Mahkota 1/ku2, Mutiara Bukit Raja 2, Klang
  25. Masjid Al-Azhariah, Jln Kepau 18/4 Shah Alam
  26. Pangsapuri Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
  27. Pangsapuri Kos Rendah SS19, Jln SS19/7, Subang Jaya
  28. Balai Raya Taman Cuepacs, Jln Koop Cuepacs 5A, Taman Cuepacs Fasa 2, Batu 9, 43200, Cheras
  29. Medan Selera Pandan Indah 2/3 Jln Pandan, Ilmu Pandan Indah 2/3
  30. Flat Permai Court 2, Jln 13D Taman Dato Ahmad Razali 68000 Ampang
  31. Dewan Kampung Melayu Ampang Tambahan, Jln 4 Kg. Melayu Ampang Tambahan, Ampang
  32. Pusat Komuniti Rakyat Sri Pangsa AU3/1, Ulu Kelang
  33. Bazaar MPAJ Taman Melawati, Ulu Kelang
  34. No 8 Jln 1/4 Pusat Khidmat Masyarakat 43650 Bdr Baru Bangi
  35. Masjid Ar-Raudah Kg. Hulu Teris, Sg Pelek
  36. Pusat Penjaja Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi

Laman Kerajaan Nepal Digodam Muslim Cyber Sh3ll'z


Sekumpulan penggodam yang mengelar nama kumpulan mereka Muslim Cyber Sh3llz telah melakukan beberapa pelanggaran terhadap laman web kerjaan nepal.Sebelum ini, kumpulan tersebut juga pernah melakukan kerosakan yang sama pada laman web kerajaan Bangladesh dan Vietnam.

Senarai laman web yang terjejas:
Nepal Suruhanjaya Undang-undang (lawcommission.gov.np), deonuwakot.gov.np, www.dadokanchanpur.gov.np, Jabatan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar (dnpwc.gov.np), Ramgram Perbandaran (ramgram . gov.np), nidmc.gov.np.

Semua laman web yang digodam ditinggalkan sebuah mesej yang ringkas:
"Box owned by shockwave Khan! This time nepal Government Boxed xd. No comments".

Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror disini:
http://zone-h.com/mirror/id/19664452
http://zone-h.com/mirror/id/19664453

Malicious Software atau Malware! Jom Kenali Mereka.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Anda pernah mendengar perkataan Malware? Malware atau nama asalnya ialah 'malicious software' merupakan sejenis program yang dibina untuk tujuan jahat.Terdapat banyak yang di ketegorikan sebagai malware,Setiap jenis mempunyai nama  dengan corak kerja mereka yang tersendiri.

Diantaranya ialah:
Worm
Program yang mempunyai kebolehan untuk menjangkiti komputer lain dengan sendirinya apabila dijalankan, melalui email dengan menggunakan alamat email yang dijumpai pada komputer yang dijangkiti, atau melalui internet dengan mengeksploitasi kelemahan sekuriti.

Virus
Program yang apabila dijalankan, mempunyai kebolehan untuk menggandakan dirinya(self replicate) dengan menjangkiti program lain atau fail yang ada dalam komputer. Program ini boleh mendatangkan pelbagai kesan (bergantung kepada pembinanya) seperti memadamkan semua data dari cakera keras, menayangkan tetingkap mesej dari pembinanya, atau hanya menggandakan dirinya dan memberatkan komputer anda. Berbeza dengan worm, virus tidak boleh merebak dengan sendiri ke komputer lain. Cara paling biasa bagi virus untuk merebak ialah melalui removable drive.

Trojan
Program yang direka untuk kelihatan seperti program yang tidak merbahaya tetapi sebenarnya dicipta dengan tujuan jahat seperti membuka jalan(backdoor) untuk mendedahkan komputer anda kepada ancaman

Backdoor
Program yang membolehkan pembinanya mengawal komputer anda untuk menjalakan arahan dan tugasan tanpa kebenaran anda.

Spyware
Program yang memantau aktiviti atau maklumat komputer anda dan menghantar maklumat tersebut kepada pembinanya tanpa pengetahuan anda(spy software).

Adware
Advertisement software, iaitu program yang menghasilkan popups atau menayangkan iklan pada komputer anda. Tidak semua adware boleh dianggap malware kerana banyak program atau aplikasi terutamanya aplikasi percuma yang menayangkan iklan dalam program mereka untuk memberikan pulangan kepada pembinanya. Ia biasanya tidak akan dianggap malware selagi maklumat yang disampaikan itu boleh dipercayai.

Hijacker
Program yang berfungsi untuk mengambil-alih sesetengah fungsi internet seperti, menukarkan home page pengguna kepada laman pembinanya atau menukarkan hasil carian dari enjin carian kepada apa yang dikehendaki pembina hijacker tersebut.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif