Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers.Kebelakangan ini [GH] banyak menerima aduan berkenaan aktiviti godam laman laman berkaitan politik,ini mungkin juga kerana kehangatan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Terima kasih yang banyak membantu kami di dalam mencari maklumat.Kepada anda yang menghantar email kepada kami,tetapi tidak menerima respon, kami ingin meminta maaf kerana pada masa ini, begitu banyak email yang masuk ke dalam inbox kami.Insyaallah, jika mempunyai kesempatan kami akan membalas kesemua email yang dihantar.
Laporan terbaru:
Satu Lagi Laman web politik digodam.kali ini laman web Umno pula menjadi sasaran aktiviti keganasan siber.Penggodam tidak membuat apa apa perubahan besar,mereka hanya meletakan sekeping gambar dan beberapa mesej ringkas beserta video.
Gambar yang diletak pada laman web yang digodam:
Mesej Yang Dipaparkan pada laman yang digodam:
" Umno dan Be Ending . Tidak Boleh Pisah dengan duit !!
Gunakan Media Dengan baik . Jangan membuat fitnah kepada semua rakyat yang tidak bersalah . dan BR1M jangan merasuah Kepada rakyat . rakyat akan sengara .Umno Mengayakan kroni2 yang makan duit rakyat .SPR Juga suka duit yer . rasuah sana rasuah sini . Umno owh umno . Be end owh owh Be End "
Video yang diletakan pada laman yang digodam..
Link Laman web yang digodam: http://umnopekan.com/
Jika laman berkenaan sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror di Zone-H: http://www.zone-h.org/mirror/id/19711918
[GH]: Untuk berita segera,Selain dari menghantar email, Anda juga boleh menghubungi kami di facebook rasmi GilerHackers Di Sini.