Buat duit dengan Niaga2u Marketplace

File Under:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca – pembaca di gilerhackers! Kali ini gilerhackers ingin memberikan review untuk satu laman sesawang malaysia yang baru bertapak, iaitu Niaga2u.net - Pasaran Jual Beli Malaysia. Mengikut dari review kami, laman ini dimiliki sepenuhnya oleh Niaga2u Marketplace & mereka menawarkan servis jual beli kepada sesiapa sahaja rakyat malaysia yang ingin menggunakannya. Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual di Niaga2u Marketplace, tiada bayaran dikenakan.

Anda sebagai penjual boleh meletakkan produk atau servis anda di Niaga2u Marketplace dengan percuma ! Dengan permulaan harga minimum RM 10, penjual boleh menawarkan apa sahaja servis, sebagai contoh memberi perkhidmatan menaikkan LIKE Facebook, menjual E-Book, menulis artikel, menjual grafik dan lain – lain lagi. Semuanya bergantung kepada anda & mengikut kreativiti anda. Dengan sistem Rating yang dibuat khas, penjual akan lebih dipercayai oleh pengguna – pengguna lain.


jika anda berminat untuk membeli produk ataupun servis yang penjual tawarkan di sini pula, anda hanyalah perlu mempunyai akaun Niaga2u. Pentaftaran adalah percuma. Untuk membeli di Niaga2u Marketplace, terdapat 2 kaedah pembayaran. Pertama membayar terus menggunakan Paypal, kedua mengkreditkan akaun Niaga2u anda dengan cara membuat bayaran ke Niaga2u & Niaga2u akan mengkreditkan akaun anda. Senang bukan? Anda tidak perlu lagi risaukan penipuan kerana segala transaksi anda dengan penjual adalah melalui orang tengah (Niaga2u). Anda sebagai pembeli dikehendaki memberi ulasan terhadap servis yang anda beli untuk menaikkan rating kepada penjual produk / servis tersebut.


Niaga2u Marketplace juga menyediakan ruangan Request, iaitu dimana jika anda dapati servis atau produk yang anda inginkan tiada di dalam sistem, maka anda boleh membuat permintaan di bahagian ini. Staff Niaga2u Marketplace terlebih dahulu perlu menyemak permintaan anda sebelum ianya dipaparkan di halaman utama untuk mengelak SPAM. Bagi memastikan kepuasan untuk semua, pengguna yang mempunyai masalah ketika menggunakan sistem Niaga2u ini, Staff Niaga2u Marketplace yang bertugas sedia membantu.

Mengikut dari apa yang Marketing Department Niaga2u Marketplace beritahu, website mereka bakal menambahkan sistem Maybank2u Pay bagi memudahkan urusan jual beli di sana. Namun penambahan ini masih lagi dalam perbincangan.


Setakat ini sahaja review dari kami di Gilerhackers. Kami sentiasa menyokong seruan kerajaan dalam usaha memajukan lagi bisnes di atas talian ini. Terima kasih.

Layari Niaga2u Marketplace di pautan berikut:
http://niaga2u.net/

Daftar sebagai ahli (percuma):
http://niaga2u.net/wp-login.php?action=register

Author: Bukhari Malek
Buat duit dengan Niaga2u Marketplace di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif