Showing posts with label Social Network. Show all posts
Showing posts with label Social Network. Show all posts

Berita Baik Untuk Belajar Di Putera Army


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.com!
Kami di panggil sekali lagi oleh pihak Pengurusan RileksCrew berkaitan kelas putera army seperti yang dinyatakan sebelum ini. (boleh rujuk artikel artikel yang lepas)

Mengikut apa yang dimaklumkan kepada kami, Pihak pengurusan RileksCrew telah membuat beberapa perubahan baru sebagai langkah mudah proses pembelajaran,Kelas Putera Army terbahagi kepada 3 pecahan kumpulan diantaranya:

Level1 (Server & Networking)
https://www.facebook.com/groups/527464037291678/

Level2 (Web, Blog, cpanel, scripting)
https://www.facebook.com/groups/482160001875338/

Level 3 (Basic Computering & internet)
https://www.facebook.com/groups/480189935392854/

jika anda berminat untuk menyertai, sila buat pilihan yang bijak.. saya cadangkan anda agar memilih salah satu sahaja bagi menunjukan minat yang mendalam untuk belajar di sana.Apa yang terbaik... kemasukan masih lagi terbuka dan akan ditutup pada waktu yang terdekat... selamat mencuba!

Subdomain Laman Web Viber Digodam

Kepada pengguna aplikasi Viber, ini ada satu berita ekslusif untuk anda.


Subdomain http://support.viber.com digodam oleh penggodam PRO-Assad iaitu Syrian Electronic Army (SEA) yang mengatakan bahawa sistem yang digunakan oleh syarikat berpangkalan di Israel tersebut digunakan untuk mengintip dan mengesan setiap maklumat pengguna Viber.


Jadi, amat digalakkan untuk korang delete aplikasi Viber tersebut dari Smartphone dan Tablet. Bukti Viber menggunakan sistem tersebut adalah seperti di bawah (klik untuk pembesaran tulang temulang pada laman web flickr)

UPDATE (1:37 - 24 JULAI 2013 GMT+8 )
Server bagi subdomain http://support.viber.com ditutup sementara selepas pengumuman bahawa laman web tersebut digodam.

Sumber

Red Bean Army Semakin Berani!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers!
Masih ingatkah lagi isu red bean army yang kini menjadi hangat dan mendapat perhatian media media tempatan khasnya berita di televsion!

Semenjak isu ini mendapat perhatian masyarakat di alam siber khasnya, kini lebih ramai ahli ahli red bean army berkeliaran difacebook dan memainkan isu isu berbaur politik yang menentang kerjaan! kami di [GH] ada juga memantau beberapa pergerakan mereka, nampaknya kebanyakan dari ahli ahli mereka dari bangsa melayu dan bukan dari bangsa china seperti yang di gembar gemburkan media baru baru ini.

Mereka ( red bean army ) menggunakan gambar profile gelap yang dilkarakan dengan logo kacang mereh beserta tulisan "RED BEAN ARMY - Pertahankan Dap Sehingga Quata Internet Yang Terakhir!" diantara ahli mereka yang aktif di facebook setakat ini:

JAHAR JD:
https://www.facebook.com/janji.dicapati.73

EKEY:
https://www.facebook.com/ekeypunyeMukaBuku

MILO AIS SUAM:
https://www.facebook.com/miloais.suam.9

SYED SAIFULLAH:
https://www.facebook.com/syed.saifullah.395

MUHAMMAD ASYRAF:
https://www.facebook.com/muhammad.asyraf.739978

PUTERA BANGLA:
https://www.facebook.com/penutup

QASEH LAILA:
https://www.facebook.com/lailatulsyafiqah

DAUS PEOH:
https://www.facebook.com/daussrezemen

JENAHAK LIAR:
https://www.facebook.com/jenahakliar

dan banyak lagi yang tidak dinyatakan disini, apa lagi red bean army mahu? sebarang info boleh hantarkan ke gilerhackers@gmail.com

Lagi Group Syiah Di Godam!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar pembaca di Gilerhackers? kami doakan anda didalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Berbicara mengenai topik syiah, kita boleh lihat semakin banyak post post di facebook berkenaan Syiah ini.
Apa itu syiah? kami cadangkan anda bertanya kepada para ilmuan islam yang arif.

Beberapa hari yang lepas, kami ada menulis berkaitan berita kumpulan syiah difacebook digodam oleh abang RileksCrew kita,hari ini [GH] dimaklumkan sekali lagi Group syiah digodam,Logo pada banner yang ditampal mungkin ada yang sudah tahu, mereka adalah dari Dragon Force Malaysia, Sudah lama [GH] tidak nampak Dragon Force beraksi,mereka yang panas dengan berita menyerang laman kerajaan malaysia satu ketika dahulu,sekali lagi Dragon Force tidak terkecuali mengenalkan diri mereka kepada umum.

2 group yang dipercayai menjadi tapak perhimpunan aktiviti syiah di alam maya:
1. dialog Ilmiyah Akidah Ahlu sunnah Vs syiah
2. Agama.com

Masing masing mempunyai bilangan sekitar 1,857 dan 24,804 berjaya digodam.Jika semua bilangan ini adalah pengikut tegar syiah, berapa lagikah yang masih belum diketahui bilangannya? fokus kepada Negara kita malaysia.bagi anda bagaimana?
Ingin hubungi kami? silalah hantarkan email ke gilerhackers@gmail.com

Bantah! Godam 2 Kumplan Syiah Aktif Di Facebook

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada Semua pembaca di GilerHackers.
Aktiviti Syiah sejak kebelakangan ini menjadi perhatian banyak media.Kegiatan mereka sangat meluas, tidak terkecuali juga di laman social seperti facebook.

Apa yang ingin [GH] maklumkan disini mengenai 2 Group Syiah difacebook yang aktif  menimbulkan isu panas semenjak kebelakangan ini digodam!

Screenshot group yang telah di ambil alih:


Sebelum akaun pemilik Group di rampas, mereka melakukan aktiviti spaming untuk melumpuhkan Group tersebut.


Mengikut sumber maklumat yang dilaporkan pada kami.Rampasan dibuat bertujuan membantah aktiviti syiah di Malaysia.Sebelum ini kumpulan yang sama juga pernah menggodam Group Murtad in Malaysia & Singapore. Barisan Pentadbir Group  tersebut juga ditukar bertujuan melenyapkan terus akaun mereka dari laman facebook.

Ketika artikel ini ditulis, mereka sedang bertungkus lumus memadam semua ahli ahli didalam group tersebut.
Link group yang digodam:
1- Syiah Sebenar-Benarnya Ahlussunnah Rasulullah Saw
2- Mengapa saya Syiah? Why I became Shi'a?

Reaksi dari pentadbir asal Group Syiah, GilerHackers..... Peace Yow!


Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar pembaca di [GH].Kami menerima pelbagai pertanyaan berkenaan sebuah kumpulan penggodam bergelar " Red bean Army " atau tentera kacang merah.Ramai dikalangan blogger blogger politik mula memainakan isu ini.namun kami di [GH] hanya mengulas secara peribadi apa yang kami tahu tentang Red Bean Army mengikut sumber kajian di alam maya.

screen shot dari fanpage Red Bean Army: www.facebook.com/rba.gov.my

Secara Umumnya, Red Bean Army adalah kumpulan penggodam yang lebih kepada Dunia Politik,kewujudan mereka katanya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara berkaitan beberapa aktiviti mereka di alam siber yang menentang kerajaan BN (barisan nasional).

Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube.


Sementara Itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Kesimpulannya? Apa itu Red Bean Army?

Hide My WP! 95% selamat dari SQl injection dan Serangan Xss.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Wordpress merupakan salah satu platform yang sangat popular pada masa kini.Penggunaan wordpress sangat luas, ada yang mengunakan wordpress sebagai blog, ada juga yang mengunakan wordpress sebagai tapak untuk laman sesawang rasmi ataupun peribadi.

Pada hakikatnya, ramai pengguna ingin menyembunyikan penggunaan wordpress mereka, ini kerana terdapat pelbagai bugs pada plugin atau tema wordpress.Untuk memastikan ianya sentiasa selamat, kita mungkin tiada masa untuk menyemak atau mengemas kini plugin setiap hari.


Kini anda boleh mencuba plugin Hidemy WP sebgai salah satu cara meningkatkan keselamatan sistem wordpress anda.Baru baru ini, kita boleh lihat serangan besar besaran pengodam terhadap laman laman yang digodam adalah kebanyakannya menggunakan sistem dari wordpress. diantara botnet yang paling agresif yang pernah dilihat

Tingkatkan keselamatan anda
Hidemy WP mengawal akses WP kepada fail PHP. Ia melindungi laman web anda 95% daripada SQL Injection dan serangan XSS. Ini bermakna anda boleh memasang plugin yang tidak selamat tanpa bimbang tentang keselamatan terutama kepada ancaman penggodam, spam dan robot yang selalu menyerang pengguna WordPress.

Ketahui lebih lanjut bagaimana ia berfungsi DISINI | lihat live demo DISINI
Jika anda ingin muat turun secara percuma, sila klick pada button download dibawah:


Jangan Lupa untuk terus bersama kami untuk info info terbaru di facebook GilerHackers DISINI.

Kelemahan XSS pada Facebook Login Page

Assalamualaiikum dan selamat Sejahtera.
Terbaru: Salah Seorang kumpulan penggodam dari Anonghost, Mauritania Attacker menemui kelemahan XSS Vulnerability di Facebook.com.

Apa Itu Xss?
Cross Site Scripting atau XSS ialah satu kaedah serangan menghantar malicious code yang disuntik (inject) pada URL laman web, dengan kelihatan seolah-olah datang dari sumber yang boleh dipercayai integritinya. Melalui cara ini, penggodam akan dapat memperolehi maklumat-maklumat sulit atau peribadi sasaran, juga dapat melancarkan aplikasi berbahaya. [ Baca info lanjut berkenaan XSS Disini ]

Dibawah adalah screen shot menunjukkan beberapa kod yang berjaya disuntik pada Url Facebook.com


Link Poc: https://www.facebook.com/r.php?locale=en_us&possible_fb_user=+display=&email=HACKED%20BY%20MAURITANIA%20ATTACKER%20see%20more%20news%20on%20www.gilerhackers.com


Sebelum ini, Mauritania Attacker juga pernah menjumpai beberapa bugs bugs yang terdapat pada laman facebook, kebanyakan kelemahan kelemahan ini masih belum diperbaiki lagi.

Kelantan Tawan Johor

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
baru baru ini,Video penyokong bola sepak kelantan dibelasah penyokong Johor tersebar luas di youtube dan facebook.Sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan bagi sesetengah penyokong tegar bola sepak kelantan.

Namun begitu, bukan berkenaan video pukul memukul yang ingin dijadikan topik pada kali ini.Tetapi berkenaan laman facebook penyokong Johor DT football Club dirampas penggodam tempatan dari kumpulan Kelantan Hacking Crew.

Dibawah Adalah ScreenShot yang di hantar kepada kami:


terpapar satu post di fanpage tersebut menandakan penggodam tersebut berjaya merampas kawasan:
"hacked by Iqkage blacklist
maaf ganggu tuan rumah. saje datang jenguk. salam perkenalan semua warga johor. luaskan kuasamu"
- Kelantan Hacking Crew -

Kami di [GH] tidak mempunyai apa apa maklumat lanjut setakat ini.walaubagaimanapun, kami di [GH]  berpendapat supaya kita rakyat malaysia lebih bersatupadu dalam mencorak warna keharmonian Malaysia pada hari ini.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif