Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar pembaca di [GH].Kami menerima pelbagai pertanyaan berkenaan sebuah kumpulan penggodam bergelar " Red bean Army " atau tentera kacang merah.Ramai dikalangan blogger blogger politik mula memainakan isu ini.namun kami di [GH] hanya mengulas secara peribadi apa yang kami tahu tentang Red Bean Army mengikut sumber kajian di alam maya.

screen shot dari fanpage Red Bean Army: www.facebook.com/rba.gov.my

Secara Umumnya, Red Bean Army adalah kumpulan penggodam yang lebih kepada Dunia Politik,kewujudan mereka katanya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara berkaitan beberapa aktiviti mereka di alam siber yang menentang kerajaan BN (barisan nasional).

Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube.


Sementara Itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Kesimpulannya? Apa itu Red Bean Army?

Author: Bukhari Malek
Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif