Showing posts with label Malaysia Hackers. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Hackers. Show all posts

Berita Baik Untuk Belajar Di Putera Army


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers.com!
Kami di panggil sekali lagi oleh pihak Pengurusan RileksCrew berkaitan kelas putera army seperti yang dinyatakan sebelum ini. (boleh rujuk artikel artikel yang lepas)

Mengikut apa yang dimaklumkan kepada kami, Pihak pengurusan RileksCrew telah membuat beberapa perubahan baru sebagai langkah mudah proses pembelajaran,Kelas Putera Army terbahagi kepada 3 pecahan kumpulan diantaranya:

Level1 (Server & Networking)
https://www.facebook.com/groups/527464037291678/

Level2 (Web, Blog, cpanel, scripting)
https://www.facebook.com/groups/482160001875338/

Level 3 (Basic Computering & internet)
https://www.facebook.com/groups/480189935392854/

jika anda berminat untuk menyertai, sila buat pilihan yang bijak.. saya cadangkan anda agar memilih salah satu sahaja bagi menunjukan minat yang mendalam untuk belajar di sana.Apa yang terbaik... kemasukan masih lagi terbuka dan akan ditutup pada waktu yang terdekat... selamat mencuba!

Baju RileksCrew! Bantu rumah kebajikan anak anak yatim!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca di gilerhackers! dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin.Kami warga warga [GH] sangat sibuk sejak kebelakangan ini. dan memohon maaf diatas kekurangan masa untuk update blog ini.Apa pun kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana masih singgah ke blog ini.


Disemperna bulan ramadhan yang mulia ini. Pihak RileksCrew telah membuka jualan tshirt Putera Army Edisi Pertama mereka dengan Harga RM40.00 sehelai.sebahagian dari Setiap pembelian anda akan disalurkan kepada rumah kebajikan Anak anak yatim dan warga emas " Abunur "


Untuk pembelian, sila nyatakan:
NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
QUANTITI:
SIZE:
bank in at 114067212746 Maybank Muhammad Hanafi bin reduan.. dah bank in sila nyatakan resit sebagai bukti pembayaran...

ke Facebook RileksCrew! tinggal 17 tempat kosong sahaja lagi!

Arbitrary file uploader


Author: NoEntry and Tazme
Title : Arbitrary file uploader
Date : 26/6/2013
Home : Blog.phc.my
Tested: Windows 7, vista, 8 , XP

//PhcTeam 2011-2013\\

1- Tool ini berupaya mengupload file/shell anda jika website yang ditarget adalah vuln
2- Tool ini mempunyai mass uploader, single uploader , zone-h mass poster
3- Google dork sudah disetkan didalam tool
4- Untuk maklumat lanjut PM page Phc : https://www.facebook.com/pages/Phantom-Crews/205703072814125
5- Google.com boleh membantu anda dan video tutorial coming soon ...


Greetz: Ahli PhantomCrews aka PhcTeam 2011-2013

Lagi Group Syiah Di Godam!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar pembaca di Gilerhackers? kami doakan anda didalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Berbicara mengenai topik syiah, kita boleh lihat semakin banyak post post di facebook berkenaan Syiah ini.
Apa itu syiah? kami cadangkan anda bertanya kepada para ilmuan islam yang arif.

Beberapa hari yang lepas, kami ada menulis berkaitan berita kumpulan syiah difacebook digodam oleh abang RileksCrew kita,hari ini [GH] dimaklumkan sekali lagi Group syiah digodam,Logo pada banner yang ditampal mungkin ada yang sudah tahu, mereka adalah dari Dragon Force Malaysia, Sudah lama [GH] tidak nampak Dragon Force beraksi,mereka yang panas dengan berita menyerang laman kerajaan malaysia satu ketika dahulu,sekali lagi Dragon Force tidak terkecuali mengenalkan diri mereka kepada umum.

2 group yang dipercayai menjadi tapak perhimpunan aktiviti syiah di alam maya:
1. dialog Ilmiyah Akidah Ahlu sunnah Vs syiah
2. Agama.com

Masing masing mempunyai bilangan sekitar 1,857 dan 24,804 berjaya digodam.Jika semua bilangan ini adalah pengikut tegar syiah, berapa lagikah yang masih belum diketahui bilangannya? fokus kepada Negara kita malaysia.bagi anda bagaimana?
Ingin hubungi kami? silalah hantarkan email ke gilerhackers@gmail.com

Bantah! Godam 2 Kumplan Syiah Aktif Di Facebook

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera kepada Semua pembaca di GilerHackers.
Aktiviti Syiah sejak kebelakangan ini menjadi perhatian banyak media.Kegiatan mereka sangat meluas, tidak terkecuali juga di laman social seperti facebook.

Apa yang ingin [GH] maklumkan disini mengenai 2 Group Syiah difacebook yang aktif  menimbulkan isu panas semenjak kebelakangan ini digodam!

Screenshot group yang telah di ambil alih:


Sebelum akaun pemilik Group di rampas, mereka melakukan aktiviti spaming untuk melumpuhkan Group tersebut.


Mengikut sumber maklumat yang dilaporkan pada kami.Rampasan dibuat bertujuan membantah aktiviti syiah di Malaysia.Sebelum ini kumpulan yang sama juga pernah menggodam Group Murtad in Malaysia & Singapore. Barisan Pentadbir Group  tersebut juga ditukar bertujuan melenyapkan terus akaun mereka dari laman facebook.

Ketika artikel ini ditulis, mereka sedang bertungkus lumus memadam semua ahli ahli didalam group tersebut.
Link group yang digodam:
1- Syiah Sebenar-Benarnya Ahlussunnah Rasulullah Saw
2- Mengapa saya Syiah? Why I became Shi'a?

Reaksi dari pentadbir asal Group Syiah, GilerHackers..... Peace Yow!


Anonghost Serang Portal Edu.my


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Kami di maklumkan dengan berita beberapa laman edu.my Malaysia diserang kumpulan Anonghost! Sebelum ini [GH] pernah menulis beberapa artikel berkaitan mereka.Pada serangan kali ini,portal rasmi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) juga turut terjejas.

Dibawah adalah screen shot Shell (fail php) yang dimuat naik pada laman yang digodam:


Ke semua laman yang digodam dipercayai terletak dibawah 1 server yang sama.diantaranya ialah:
http://allianceunicollege.edu.my/
http://allianceuniversity.edu.my/
http://allianzecollege.com.my/
http://allianzecollege.edu.my/
http://allianzeucollege.edu.my/
http://allianzeunicollege.edu.my/
http://allianzeunivcollege.edu.my/
http://allianzeuniversity.com.my/
Mirror: http://zone-h.org/archive/notifier=ManSyk3z


Mesej yang sama disampaikan pada lampiran defacement:
To All Governments of the World,We are watching you , we can see what you're doing , we control you , we are everywhere.
Rememeber this, The people you're trying to step on, we are everyone you depend on. We are the
people who do your laundry and cook your food and serve your dinner. We make your bed. We guard
you while you are sleeping. We drive the ambulances. We direct your calls. We are cooks and taxi
drivers, we are everyone you come into contact with on a daily basis. We know everything aboutyou.
We process your insurance claims and credit card charges. We control every part of your life.
Together we stand against the injustice of corrupt Governments.
We are anonymous. We are Legion.United as ONE. Divided by zero.
We do not forgive Injustice.We do not forget Oppression.
Governments of the World...
"We are AnonGhost, We are legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us."

Ketika dihubungi, mereka mengatakan kelemahan pada salah satu components joomla yang membuatkan ianya terjejas sambil memberi peringatan terhadap keselamatan laman sesawang di malaysia.

Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar pembaca di [GH].Kami menerima pelbagai pertanyaan berkenaan sebuah kumpulan penggodam bergelar " Red bean Army " atau tentera kacang merah.Ramai dikalangan blogger blogger politik mula memainakan isu ini.namun kami di [GH] hanya mengulas secara peribadi apa yang kami tahu tentang Red Bean Army mengikut sumber kajian di alam maya.

screen shot dari fanpage Red Bean Army: www.facebook.com/rba.gov.my

Secara Umumnya, Red Bean Army adalah kumpulan penggodam yang lebih kepada Dunia Politik,kewujudan mereka katanya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara berkaitan beberapa aktiviti mereka di alam siber yang menentang kerajaan BN (barisan nasional).

Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube.


Sementara Itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Kesimpulannya? Apa itu Red Bean Army?

#Op islam VS #Op israel reloaded! Hacker Israel mula Tunjuk Taring!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Terima kasih kerana memilih [GH] sebagai blog informasi anda.Baru baru ini, sebuah operasi (op) dilancarkan secara besar besaran oleh beberapa kumpulan pengodam dunia.Ini adalah lain dari yang lain kerana pengodam pengodam israel mula tunjuk taring dengan melakukan #Op terhadap penggodam islam!
Ini adalah peperangan Pengodam menentang Pengodam.

Video rasmi untuk # OpIslam dikeluarkan di youtube di mana penggodam menyatakan bahawa mereka akan melancarkan serangan siber di Web Islam pada 26 Julai 2013.Selepas itu Salah satu kumpulan penggodam islam "Anonghost" melancarkan operasi #OpIsrael-Reloaded bertujuan menyerang laman web israel.

Israel mengalami banyak kerugian kerana serangan yang dilakukan penggodam seluruh dunia baru baru ini mungkin menyebabkan barisan Askar siber israel mula tunjuk taring untuk membalas serangan .

Diantara sasaran awal yang dituju keatas beberapa kumpulan penggodam islam ialah:
  • Anonymous
  • AnonGhost
  • Pasukan Hacker Mauritania
  • Ajax Team
  • MLA
  • Maghribi Hackerz
  • Gaza Hacker Team & Gaza Pasukan Keselamatan
  • Anonymous Syria
  • ZHC
  • Tentera Hacker
  • X-Blackerz Inc
  • Anonymous Algeria



Kumpulan Anonghost turut menyampaikan amaran kepada penggodam israel yang dimuat naik di laman youtube:


Ini Pula video #Ops islam yang dilancarkan oleh penggodam israel:


Ia menjadi lebih huru hara selepas Kumpulan Anonghost menyerang beberapa laman web israel,kami akan cuba menghubungi ahli kumpulan Anonghost dari malaysia untuk berita terkini.Pastikan anda like facebook GilerHackers untuk maklumat lanjut.

Rujukan Tambahan: hackers News Bulletin

Update:
#Op israel reloded
192 email account hacked by Anonghost! lihat semua senarai yang bocor disini [+link]

Daftar Masuk Akedemi Putera Army RileksCrew


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Di facebook [GH] ramai menunggu dan bertanya bilakah pengambilan sesi Putera Army RileksCrew yang seterusnya di adakan? ini mungkin berita baik kepada anda yang tertunggu tunggu, Pengambilan ke akedemi putera army rilekscrew yang ke-2 secara rasminya telah dibuka.


Kepada mereka yang belum tahu apa itu Putera Army Rilekscrew?
Pertama boleh rujuk DISINI, atau DISINI, Secara ringkasnya, Putera Army adalah sebuah kelas pembelajaran IT  percuma secara online dari Rilekscrew, didalam Putera Army, anda diajar asas berkaitan dunia komputer seperti, Asas membina website dengan wordpress, cara membuat laman web beserta tetapan databased, cara mencari kelemahan laman web, cara tembus keselamatan laman web, cara menjaga keselamatan identiti didalam talian, dan banyak lagi.

Seperti yang sebelum ini, diantara syarat syarat yang ditetapkan sebelum anda mendaftar masuk adalah seperti:
Peraturan jika sudah berada didalam Group.Sila ambil perhatian.
1- Ada dilarang mengguna sebarang jenis auto like, auto komen, auto post dan semua jenis aplikasi SPAM!
2- Ada Tidak digalakan komen dengan komen komen yang tidak mendatangkan Faedah atau jenis Sia-Sia kerana ini hanya akan memenuhkan ruangan komen.
3- Hormati Rakan rakan yang lain.Sila abaikan pertanyaan rakan yang mungkin tidak kena pada selera anda
4- Tidak boleh menimbulkan isu isu yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama rakan didalam komuniti
5- Anda dilarang post LINK didalam group, sama ada link berkaitan promosi, iklan seperti link Says,Churp2 dan sebagainya,
5- Anda bebas atau bersih dari Mana Mana kumpulan Penggodam
6- Jangan Riak atau berlagak jika pertanyaan salah seorang ahli didalam group mungkin di anggap NOOB.Putera Army mewujudkan komuniti untuk berkongsi ilmu, bukan tunjuk pandai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda dibawah, atau terus bertanya mereka di facebook " RileksCrew " di https://www.facebook.com/HackingCorps


TIPS
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi mereka yang berkaitan sebelum mengisi apa apa borang, kadang kadang kesilapan kecil boleh membuat permohonan anda tidak diterima
jangan lupa like [GH] di facebook juga!
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif