Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Tapisan Internet: NGO seru kaji semula jaminan MSC


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara.

"Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Hari ini, satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal.

Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini.

"Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.

"Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya.

Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya.

"Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya.

Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam.

Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM akan melancarkan satu blog sebagai medan perkongsian berkaitan Islam, termasuk soal jawab berhubung kekeliruan dan salah anggapan terhadap agama suci ini.

"Antara usaha kita ambil ialah pendekatan teknologi bagi menangkis serangan yang dibangkitkan bertujuan menjejaskan kedudukan agama Islam.

"Jika mereka boleh gunakan teknologi sebagai senjata, maka kita perbetulkan semula dengan cara berdakwah melalui teknologi juga," katanya.

Beliau berkata blog yang bakal dilancar dalam masa terdekat itu akan mengumpul segala maklumat sahih berkaitan Islam dan menerima soalan serta perbincangan dengan pengguna berhubung agama berkenaan.

- Bernama

Red Bean Army Jejaskan Keselamatan Dan Kestabilan Negara

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar pembaca di [GH].Kami menerima pelbagai pertanyaan berkenaan sebuah kumpulan penggodam bergelar " Red bean Army " atau tentera kacang merah.Ramai dikalangan blogger blogger politik mula memainakan isu ini.namun kami di [GH] hanya mengulas secara peribadi apa yang kami tahu tentang Red Bean Army mengikut sumber kajian di alam maya.

screen shot dari fanpage Red Bean Army: www.facebook.com/rba.gov.my

Secara Umumnya, Red Bean Army adalah kumpulan penggodam yang lebih kepada Dunia Politik,kewujudan mereka katanya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara berkaitan beberapa aktiviti mereka di alam siber yang menentang kerajaan BN (barisan nasional).

Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube.


Sementara Itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Kesimpulannya? Apa itu Red Bean Army?

Bantah Sekatan Facebook Dimalaysia, Laman RTM Di Ceroboh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan [GH] yang sentiasa menyokong [GH] . Terbaru berita yang kami terima dari seorang rakan di facebook berkenaan laman rtm yang digodam oleh "HAMBA ALLAH" . Seperti yang anda tahu Malaysia bakal sekat laman social facebook mungkin disebab kan itu penggodam ini bantah dengan kenyataan Hamidzun Khairuddin iaitu Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) . [ Malaysia Bakal Sekat Laman Social Facebook ]

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement::



 UNDANG UNDANG DUNIA TAKUT UNTUK DILANGAR ,
UNDANG UNDANG AKHIRAT BERANI DI LANGAR , 

DUNIA SUDAH TUA , TABUR DUIT DI SEJADAH BUKAN TABUR DUIT DI DUNIA . 
JANGAN SEKAT FACEBOOK ,
KALAU TIDAK KAMI RAMAI RAMAI TURUN JALAN RAYA :D

GRATZ BY : ALL MUSLIM IN THE WORLD :D 

PAWN BY : HAMBA ALLAH 


Link : http://www.rtm.gov.my/robots.txt
Mirror : http://www.hack-db.com/485568.html


Kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami .

Malaysia bakal sekat laman Social Facebook

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, betul ke malaysia bakal menyekat penggunaan facebook di negara ini? mengikut apa yang di laporkan pada laman sinar harian.
Apa kata anda? cuba bincangkan.


Laporan Dari Sinar Harian:
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.



Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.

Senarai Wifi Percuma Di Negeri Selangor

Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada PRU13 lalu, kerajaan Negeri Selangor kini maju setapak lagi apabila melancarkan Wifi Percuma Selangorku di sekitar kawasan negeri Selangor.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan mendapat liputan Wifi Selangorku di Negeri Selangor.


  1. Kawasan Kedai Selva, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  2. Kawasan Kedai Jalan 2/5. Taman Pinggiran Delima Batu 14, 48100 Hulu Langat
  3. Kawasan Kedai Jalan Amaniah Mulia 3, Taman Maniah Mulia, 68100 Batu Caves
  4. Kawasan Kedai Jalan Taman Gombak, 68100 Gombak
  5. Kawasan Kedai Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu 48000 Rawang
  6. Kawasan Kedai Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang
  7. Kawasan Kedai Jalan Besar Pandaraman, 42000 Pelabuhan Klang
  8. Surau Haji Abas Kampung Delek, Klang
  9. Balai Penghulu Mukim Batu, Batu Caves
  10. Transit Az-Zahrah Teluk Gadong Kecil, Klang
  11. Restaurant Mekar Sri Bakso, No50/G-11 Plaza Sri Muda, Sek 25, 40400 Shah Alam
  12. Dewan Sungai Pinang, Majlis Perbandaran Klang, Jalan Labis 100, 41400 Klang
  13. Kawasan Kedai, Jalan Mohd Tahir 8, Tmn Sri Mewah 4, Off Jalan Sg. Jati, Seri Andalas
  14. SJK (C) Pandamaran A, Jln Besar Pandamaran, 41200 Klang
  15. Pusat Komuniti Sg.Kantan, 43000 Kajang
  16. Pusat Khidmat Adun Kajang, Kawasan Sungai Chua, Kajang
  17. Pusat Komuniti Dun Bangi, No.22 Jln 7/1C Sek 7, 43650 Bangi
  18. Pusat Khidmat Masyarakat, Kg. Batu Laut, 42700 Tanjong Sepat
  19. Kampung Sg.Sendu & Pekan Banting
  20. Kawasan Kedai A77, Jln Besar, 45600 Bestari Jaya
  21. Pejabat JKK Kampung Meru @ Sebelah Dewan Orang Ramai MPK Jln Meru Tambahan, 41050, Meru
  22. Kawasan Kedai Makan, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang
  23. Kg.Meru, 41050, Meru
  24. Pejabat Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2, Jln Mahkota 1/ku2, Mutiara Bukit Raja 2, Klang
  25. Masjid Al-Azhariah, Jln Kepau 18/4 Shah Alam
  26. Pangsapuri Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
  27. Pangsapuri Kos Rendah SS19, Jln SS19/7, Subang Jaya
  28. Balai Raya Taman Cuepacs, Jln Koop Cuepacs 5A, Taman Cuepacs Fasa 2, Batu 9, 43200, Cheras
  29. Medan Selera Pandan Indah 2/3 Jln Pandan, Ilmu Pandan Indah 2/3
  30. Flat Permai Court 2, Jln 13D Taman Dato Ahmad Razali 68000 Ampang
  31. Dewan Kampung Melayu Ampang Tambahan, Jln 4 Kg. Melayu Ampang Tambahan, Ampang
  32. Pusat Komuniti Rakyat Sri Pangsa AU3/1, Ulu Kelang
  33. Bazaar MPAJ Taman Melawati, Ulu Kelang
  34. No 8 Jln 1/4 Pusat Khidmat Masyarakat 43650 Bdr Baru Bangi
  35. Masjid Ar-Raudah Kg. Hulu Teris, Sg Pelek
  36. Pusat Penjaja Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi

Mangsa Politik! kesemua laman Umno Perak digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera...
walaupun Pru 13 sudah lama berlalu. namun ada lagi segelintir yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dinyatakan.sesetengah pihak nampaknya cuba memprotest degan melalui defacement.

Terbaru [GH] menerima laporan mengatakan laman umnoperak.my digodam.Penggodam menembus masuk dan menukar laman utama kepada defacement tertentu dengan meninggalkan mesej seperti dibawah.

Suara Rakyat

Mula Adam Adli Sekarang Nie Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim Kenapa Mahu Tangkap Orang2 Ini . ? Apa Kelsalahan Mereka ? Kenapa Nak Cari Bala . Wahai Umnporno Korang Dah Nak Pupus Dah Kan

Kenapa Membuat GST ? Orang Miskin Nak Cari Makan Pun Korang Nak GST Jugak ? . Eh Umprono/Be End . Korang Ingat Korang Yang Berkuasa Kat Bumi Nie ? Korang x ingat siapa yang berkuasa . Korang hanya ingat duit dan harta sahaja yang berkuasa..

Kepada Umporno Dan Be End . Sudah2 Lah Nak Menfitnah Orang Yang Menginginkan Kebebasan Rakyat . Sudah Lah Buat Cerita Macam Budak2 Tadika . Ingat Tuh . Dan Ingat Hanya Yang Atas Sahaja Yang Maha Berkuasa Di Bumi Ini . Bukan Nya Umnporno / Be End Zionis

Rakyat Mahu Bertanya . Polis Ini Menjaga Negara Ker ? Atau Memusnahkan Negara Dan Rakyat nya ? Umporno/Be End Sila Jawab

Sila Jangan Masukan Politik Di Dalam Sekolah . Kepada Cikgu2 Yang Tegar Umno Sila Tutup Mulut Anda . Buat Kerja Anda Seperti Biasa . Jangan menyabitkan Sekolah Dengan Politik ! UmnoPorno / Be End

Bebaskan Rakyat Dari Cengkaman Orang Yang Melakukan Kezaliman Kepada Rakyatnya

Rakyat Tidak Takut Kepada Kerajaan Yang Zalim Kepada RakyatNya . Dan Meragut . Melakukan Fitnah Menggunakan Media Television . Dan Rakyat Akan Bangkit Untuk Melawan Kerajaan Yang zalim . Say No To Racis .

Greet:-AL-,-ManSykez-,-ML-

selain dari laman utama umnoperak.my, beberapa laman penting yang berkaitan juga turut terjejas. diantara yang disenaraikan mengikut laman zone-H.

http://umnoperak.my/components/
http://blog.umnoperak.my/2009/10/26/umpornobanglanasional/
http://umnoberuas.umnoperak.my/
http://umnobaganserai.umnoperak.my/
http://umnotambun.umnoperak.my/
http://umnotaiping.umnoperak.my/
http://umnosungaisiput.umnoperak.my/
http://umnopasirsalak.umnoperak.my/
http://umnoparit.umnoperak.my/
http://umnopadangrengas.umnoperak.my/
http://umnolumut.umnoperak.my/
http://umnolenggong.umnoperak.my/
http://umnokampar.umnoperak.my/
http://umnoipohbarat.umnoperak.my/
http://umnokualakangsar.umnoperak.my/
http://umnobukitgantang.umnoperak.my/
http://umnogopeng.umnoperak.my/
http://umnobatugajah.umnoperak.my/
http://umnogerik.umnoperak.my/
http://umnobagandatok.umnoperak.my/
http://umnotapah.umnoperak.my/
 mirror:
http://zone-h.org/mirror/id/19809168
http://zone-h.org/mirror/id/19808981
http://zone-h.org/mirror/id/19808980
http://zone-h.org/mirror/id/19808983
http://zone-h.org/mirror/id/19808975
http://zone-h.org/mirror/id/19808979
http://zone-h.org/mirror/id/19808971
http://zone-h.org/mirror/id/19808977
http://zone-h.org/mirror/id/19808972
http://zone-h.org/mirror/id/19809116
http://zone-h.org/mirror/id/19809117
http://zone-h.org/mirror/id/19809118
http://zone-h.org/mirror/id/19809119
http://zone-h.org/mirror/id/19809120
http://zone-h.org/mirror/id/19809121
http://zone-h.org/mirror/id/19809122
http://zone-h.org/mirror/id/19809123
http://zone-h.org/mirror/id/19808973
http://zone-h.org/mirror/id/19808974
http://zone-h.org/mirror/id/19808853

Motif serangan mungkin melibatkan tidak puas hati sesetengah pihak berkaitan Pilihan Raya Umum yang ke 13 baru baru ini. untuk melaporkan berita atau menghantar artikel, kini anda juga boleh terus menghubungi kami difacebook.

LulzSec Dihukum kerana serangan keatas CIA dan Pentagon


Empat lelaki dituduh melancarkan serangan dibawah panji " LulzSec" muncul di mahkamah landon untuk dijatuhkan hukuman, Ryan Ackroyd, Jake Davis, Mustafa Al Bassam, dan Ryan Cleary. kesemuanya telah mengaku bersalah dengan aktiviti Hacking (godam)

"LulzSec" atau " Ketawa diatas keselamatan Anda" merupakan salah satu kumpulan penggodam yang terkuat berkaitan dengan aktiviti godam besar Anonymous.


Mereka telah mengakibatkan kerosakan berjuta juta pounds diatas serangan terhadap NHS, CIA dan laman web tentera AS.Mereka juga mencuri sejumlah besar data peribadi seperti email, kad kredit, dan kata laluan beratus ribu orang di london.

Untuk melakukannya, mereka menggunakan rangkaian jauh dikawal komputer zombi, yang dikenali sebagai botnet yang mampu diprogramkan untuk melakukan serangan. Kod botnet ditulis oleh Cleary dan mahkamah mendapati ia mungkin telah menggunakan sehingga satu juta komputer untuk melakukan serangan melalui Internet tanpa pengetahuan pemiliknya.

Selain dari Kesalahan Hacking,Cleary juga mengaku bersalah diatas kesalah memuat turun gambar lucah bayi dan kanak kanak..

berita penuh di THN

Anonymous Allert! Ops Spr! Ops Malaysia!


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Walaupun tamat sudah pilihan raya umum malaysia yang ke-13 namun terdapat banyak ura ura atau berita berita yang mendakwa sesetengah pihak terlibat dengan penipuan dalam proses PRU 13 kali ini.Berita ini bukan sahaja tersebar diseluruh malaysia, namun di seluruh Negara juga!

Kami di beritatahu oleh seorang rakan melalui email bahawa, Kumpulan besar penggodam Anonymous, telah melancarkan 1 operasi khas semperna PRU 13 ini yang diberi nama OPS SPR # OPS MALAYSIA.

dibawah adalah video yang dimuat naik di youtube.

kami dari pihak [GH] masih lagi ragu ragu dengan tindakan tersebut,kami juga tidak menerima apa apa lagi berita dari mana mana kumpulan penggodam malaysia.jika ingin menghantar komen, sila pastikan anda menjaga adab adab yang sepatutnya bagi mengelakan mana mana isu yang tidak menyenangkan sesetengah pihak.

Lagi Laman Rasmi Umno Digodam


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan yang sentiasa menjadikan [GH] sebagai sumber informasi siber anda!Semalam kami menerima lagi berita berkaitan sofea hana, Seperti yang anda ketahui, Sofea hana kebanyakannya melakukan sesi hijack keatas laman web tertentu yang berunsur politik sahaja.dan ini menunjukan beliau mempunyai tujuan dan matlamat sendiri kenapa sesuatu serangan itu dilakukan.

Mengikut laporan, beberapa laman rasmi UMNO digodam oleh sofea hana.
dibawah adalah senarai yang digodam.
http://www.watanharian.my/
http://www.wanitaumno.my/
http://www.kelab-umno.com/
http://www.umno-online.my/wp-content/gallery/fea.html
http://pemudaumno.org.my/wp-content/gallery/fea.html
Mirror:
http://zone-hc.com/archive/mirror/e0cf4b5_pemudaumno.org.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/fadb955_umno-online.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/05f1207_kelab-umno.com_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/575fa17_wanitaumno.my_mirror_.html
http://zone-hc.com/archive/mirror/95d28d8_watanharian.my_mirror_.html

Pada tahun 2012 kenahack.com juga pernah melaporkan tentang laman web UMNO digodam dan data kesemua ahli dicuri.

Kami di [GH] akan cuba mencari lebih banyak berita pada masa akan datang untuk disajikan kepada anda.dan kami juga akan membuat pengambilan beberapa ahli rasmi sebagai crew khasnya untuk berita berita berkaitan jenayah siber.

Teruskan bersama kami di facebook GilerHackers untuk lebih infomasi.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif