Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Info Solat dan Lain Lain dengan Aplikasi Muslim Pro


Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat (IT) hari ini yang dilihat semakin berkembang dari hari ke hari, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat.

Hari ini, masyarakat dilihat menjalani proses kehidupan lebih efisien dengan kemudahan mobiliti yang kian rancak dibangunkan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan aplikasi rangkaian sensor.

Muslim Pro adalah antara aplikasi yang komprehensif untuk penganut agama Islam.

Aplikasi tersebut menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia, berhubung dengan aplikasi lokasi popular, Foursquare, untuk pencarian restoran halal serta masjid, dan tidak ketinggalan bacaan serta mempelajari al-Quran.

Aplikasi berkenaan boleh digunakan di telefon pintar yang mempunyai platform iOS (produk Apple) dan Android bahkan ia juga dapat digunakan di laman sesawang (www.muslimpro.com) untuk mendapatkan waktu solat serta penunjuk arah kiblat.

Sehingga saat ini, aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih daripada lima juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Perancis, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat serta Singapura.

"Ini adalah aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung di dalam iPhone saya dan sudah pasti ia merupakan aplikasi yang sering digunakan.

"Arah kiblatnya sangat tepat malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Aplikasi ini sangat bagus dan berguna", kata seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom.

Pada masa yang sama, Muslim Pro telah terbukti merupakan satu aplikasi yang amat berguna bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Aplikasi ini memiliki semua yang diperlukan dan telah dibangunkan dengan teliti.

Inilah teman perjalanan yang sempurna, melalui berbagai zon waktu yang berbeza, dari China ke Asia Tenggara seterusnya ke UK. Mulai dari waktu solat hingga penunjuk arah kiblat, aplikasi ini turut memiliki bacaan al-Quran yang dapat dimuat turun dalam bentuk audio (suara).

Bagi mereka yang melancong juga dapat melihat senarai masjid serta restoran halal di mana sahaja anda berada. Ia sangat bermanfaat.

Sebelum ini, Muslim Pro banyak digunakan pada bulan Ramadan. Untuk itu tidak hairan sekiranya jumlah penggunaan aplikasi ini akan melonjak pada bulan tersebut.

Untuk memenuhi keperluan bagi pengguna yang tidak menggunakan telefon pintar dan iOS, pemaju aplikasi ini, Bitsmedia, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini telah melancarkan versi laman sesawang daripada aplikasi ini.

Boleh dilayari di www.muslimpro.com, laman sesawang ini mesra pengguna malah dengan penggunaan teknologi moden di samping pengkomputeran awanan Google ia mampu dimuat turun dengan lebih cepat berbanding format biasa yang ditawarkan di komputer meja, tablet dan juga telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bitsmedia Erwan Mace berkata, pihaknya sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima dari umat Islam seluruh dunia.

''Ini adalah motivasi kepada kami untuk membangunkan Muslim Pro menjadi aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Kini dalam perancangan, Bitsmedia akan membangunkan aplikasi Muslim Pro untuk pelbagai platform dalam usaha memenuhi ciri-ciri telefon terkini.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serta perusahaan untuk membangunkan pangkalan data masjid dan juga restoran halal sehingga tidak lagi perlu bergantung pada Foursquare.

''Tahun ini merupakan tahun yang menarik.

''Penglibatan dalam perniagaan yang berasaskan teknologi bermakna harus menghasilkan produk serta inovasi yang tidak berubah dan semestinya produk yang dihasilkan amat berguna dan berkaitan dengan teman-teman kami yang beragama Islam," jelas Mace.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap agar produk serta perkhidmatan yang diberikan akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam dalam usaha untuk menghasilkan teknologi yang berkaitan dengan keperluan agama mereka.

Aplikasi Disqus terbaik untuk pengurusan komen blog


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Jika anda perhatikan pada kotak komentar. [GH] menggunakan sistem disqus.dahulu kami menggunakan facebook komen,kenapa beralih kepada sistem komentar Dari Disqus?

Walaupun ada yang tidak menyukai penggunaan sistem disqus,tetapi disqus mempunyai banyak kelebihan.selain hanya dari log masuk menggunakan akaun social seperti facebook,twitter, google+ dan sebagainya. Disqus mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menjimatkan masa
Ini merupakan perkara pertama yang akan diberi perhatian oleh sesiapa sahaja -- kelebihan penggunaan aplikasi Disqus. Sekiranya anda membina laman web dinamik (tidak melibatkan penggunaan CMS), penggunaan Disqus boleh menjimatkan masa untuk penghasilan sistem komen. Setiap kod fungsi untuk satu-satu komen diselesaikan oleh pihak Disqus dan bukan anda.

Multi-rangkaian dengan laman sosial
Selain itu, Disqus juga menyediakan kolaborasi dan gabungan rangkaian dengan laman-laman sosial seperti Google, Facebook dan Twitter. Setiap pengguna boleh mengesahkan identiti mereka hanya dengan satu klik pada butang pilihan. Bagi laman binaan sendiri, anda tidak perlu menyediakan fungsi pendaftaran untuk mendapatkan fungsi komen yang lebih selamat. Atau penggunaan sistem CMS juga boleh dinyahaktifkan sistem komen bagi digantikan sepenuhnya dengan Disqus.

Keselamatan terjamin
Disqus juga menyediakan sistem keselamatan berperingkat termasuklah penapisan kepada serangan injeksi SQL, XSS dan skrip-skrip berbahaya. Selain itu, cubaan mengodam laman tidak boleh dilakukan menerusi Disqus kerana kod yang anda gunakan hanyalah kod HTML yang biasa. Adalah mustahil untuk menggodam menerusi kod HTML.

Moderator berbilang
Disqus juga menyediakan fungsi moderator berbilang. Maknanya setiap komen yang dihantar boleh diuruskan oleh berbilang pengguna. Dan yang penting, ianya berpusat. Sekiranya anda menggunakan Disqus pada lebih 50 laman, semua komen ini dikawal dan diuruskan di laman web Disqus.com sendiri.

Perkongsian data-data komen
Fungsi untuk menarik maklumat komen dari laman-laman lain boleh dilakukan dengan mudah. Dengan satu kod pengesahan, anda boleh berkongsi data-data komen dari lebih dua laman web berlainan (yang menggunakan sistem berlainan) pada laman web yang lain. Berbanding secara tradisional, data-data komen hanya terhad kepada laman web tersebut sahaja kecuali proses integrasi dan API digunakan.

Data disimpan selamanya
Perkara yang paling penting -- data-data komen anda selamat selama-lamanya. Disebabkan oleh Disqus menggunakan pangkalan datanya tersendiri, seandainya laman tersebut ditamatkan perkhidmatan atau anda beralih kepada sistem yang lain, ke semua data-data komen ini boleh dikembalikan dan dipaparkan semula.

Kredit

Muat Turun CUDA Movie Converter Percuma 100%


Muat Turun Cuda Movie Converter secara percuma.
Cuda Movie Converter boleh menukar hampir semua format video termasuk MPEG, FLV, MP4, 3GP, MOV, AVI, dan lain-lain termasuk fail vide berdefinasi tinggin (HD video). Ia mempunyai kelajuan penukaran yang lebih tinggi dan keuntungan yang ketara dalam prestasi yang lebih baik dengan Cuda teknologi.

Ciri Ciri:
  1. 6X lebih cepat penukaran  dengan  NVIDIA CUDA
  2. Batch menukar HD dan format video umum untuk format Mainstream
  3. Ekstrak pelbagai format audio popular untuk menikmati pada pemain muzik
  4. Prestasi Terbaik untuk encoding dan decoding
  5. PKualiti output pratetap untuk mendapatkan apa yang anda mahu
  6. Sokongan 350 + format video & semua peranti popular
  7. 100% Percuma, Selamat & Mudah
Anda boleh muat turun perisian percuam CUDA Movie Converter dibawah:

Buat duit dengan Niaga2u Marketplace

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca – pembaca di gilerhackers! Kali ini gilerhackers ingin memberikan review untuk satu laman sesawang malaysia yang baru bertapak, iaitu Niaga2u.net - Pasaran Jual Beli Malaysia. Mengikut dari review kami, laman ini dimiliki sepenuhnya oleh Niaga2u Marketplace & mereka menawarkan servis jual beli kepada sesiapa sahaja rakyat malaysia yang ingin menggunakannya. Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual di Niaga2u Marketplace, tiada bayaran dikenakan.

Anda sebagai penjual boleh meletakkan produk atau servis anda di Niaga2u Marketplace dengan percuma ! Dengan permulaan harga minimum RM 10, penjual boleh menawarkan apa sahaja servis, sebagai contoh memberi perkhidmatan menaikkan LIKE Facebook, menjual E-Book, menulis artikel, menjual grafik dan lain – lain lagi. Semuanya bergantung kepada anda & mengikut kreativiti anda. Dengan sistem Rating yang dibuat khas, penjual akan lebih dipercayai oleh pengguna – pengguna lain.


jika anda berminat untuk membeli produk ataupun servis yang penjual tawarkan di sini pula, anda hanyalah perlu mempunyai akaun Niaga2u. Pentaftaran adalah percuma. Untuk membeli di Niaga2u Marketplace, terdapat 2 kaedah pembayaran. Pertama membayar terus menggunakan Paypal, kedua mengkreditkan akaun Niaga2u anda dengan cara membuat bayaran ke Niaga2u & Niaga2u akan mengkreditkan akaun anda. Senang bukan? Anda tidak perlu lagi risaukan penipuan kerana segala transaksi anda dengan penjual adalah melalui orang tengah (Niaga2u). Anda sebagai pembeli dikehendaki memberi ulasan terhadap servis yang anda beli untuk menaikkan rating kepada penjual produk / servis tersebut.


Niaga2u Marketplace juga menyediakan ruangan Request, iaitu dimana jika anda dapati servis atau produk yang anda inginkan tiada di dalam sistem, maka anda boleh membuat permintaan di bahagian ini. Staff Niaga2u Marketplace terlebih dahulu perlu menyemak permintaan anda sebelum ianya dipaparkan di halaman utama untuk mengelak SPAM. Bagi memastikan kepuasan untuk semua, pengguna yang mempunyai masalah ketika menggunakan sistem Niaga2u ini, Staff Niaga2u Marketplace yang bertugas sedia membantu.

Mengikut dari apa yang Marketing Department Niaga2u Marketplace beritahu, website mereka bakal menambahkan sistem Maybank2u Pay bagi memudahkan urusan jual beli di sana. Namun penambahan ini masih lagi dalam perbincangan.


Setakat ini sahaja review dari kami di Gilerhackers. Kami sentiasa menyokong seruan kerajaan dalam usaha memajukan lagi bisnes di atas talian ini. Terima kasih.

Layari Niaga2u Marketplace di pautan berikut:
http://niaga2u.net/

Daftar sebagai ahli (percuma):
http://niaga2u.net/wp-login.php?action=register

RileksHost! Hosting Like A Boss Percuma


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Selepas melancarkan program Putera Army RileksCrew..Kini Rilekscrew mengeluarkan 1 lagi produk jenama mereka sendiri, RileksHost.com Free Hosting.

RileksHost.com merupakan 1 perkhidmatan hosting percuma untuk kegunaan semua.Apa yang menarik tentang RileksHost.com ialah dimana perkhidmatan hosting percuma ini dibangun kan oleh kumpulan Rilekscrew sendiri.dengan slogan kata "Hosting Like A Boss" mengambarkan betapa ianya begitu mesra pengguna.

Dibawah adalah salah satu website/blog yang menggunakan perkhidmatan RileksHost dan juga merupakan hasil pembelajaran mereka di Putera Army RileksCrew.


Terus ke blog : http://ichigo.pa-rc.org

Jika anda tidak mempunyai domain sendiri,rilekshost menyediakan sub-domain pa-rc.org secara percuma untuk pengguna yang mendaftar di RileksHost.jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan RileksHost,Hubungi RileksCrew di Facebook mereka Disini.

Panduan Membina Blog Sendiri Dengan Wordpress


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada pembaca pembaca di GilerHackers.com! Apa khabar? mulakan hari anda dengan senyuman.Sebagai sebuah blog informasi didalam bahasa melayu,berkongsi tips dan informasi informasi yang menarik sudah menjadi amalan kami ^_^

Dalam artikel ini, [GH] ingin memperkenalkan anda 1 blog yang banyak mengajar dan berkongsi tips kepada mereka yang ingin membina blog sendiri.Apa yang menarik tentang laman binablogdotcomsendiri.com ini ialah semua artikel yang ditulis didalam bahasa melayu, Jadi ianya lebih mudah untuk anda faham bukan?

Jika ilmu itu untuk dikongsi, jadi manfaatkan semua yang ada dengan sebaiknya. di blog Bina Blog Dot Com Sendiri, banyak kaedah kaedah dan tips tips asas berkenaan wordpress.Selain berkongsi tips, Bina Blog Dot Com Sendiri juga memberi  ruangan akses vip dan e-book yang bernilai rm479 secara percuma.Jadi gunakan kelebihan ini untuk mengutip semua ilmu mereka disana!

[GH] juga ada menyertai Bina Blog Dot Com Sendiri, setiap hari kami ada menerima email dari admin Bina Blog Dot Com Sendiri, Secara peribadi, kami sangat berpuas hati dengan setiap perkongsian yang diberikan.Tidak rugi jika anda ingin mencuba.


Jika anda ingin mengetahui info lanjut, jangan segan untuk menghubungi mereka di facebook Bina Blog Dot Com Sendiri Disini.
Semoga artikel yang dikongsi disini mampu memberi manfaat kepada pembaca khasnya rakyat malaysia sendiri...

Lindungi Privasi Ketika Melayari Internet Dengan Hotspot Sheild


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini [GH] perkenalkan satu software yang membantu anda melindungi privasi ketika malayari internet.Mungkin sudah ramai tahu apa itu HSS (HotSpot Sheild).Bagi anda yang pertama kali dengar tentang HotSpot Sheild, Apa itu Hotspot Sheild?

" Hotspot Shield VPN adalah penyelesaian keselamatan Internet utama yang menjamin sesi pelayaran anda, mengesan dan menghalang malware, melindungi privasi anda dan membolehkan anda mengakses laman web disekat."

Hotspot sheild membolehkan anda membuka laman web yang disekat tanpa perlu menukar dns ataupun masuk melalui proxy,selain itu HSS mampu menyembunyikan IP addres kita sehingga kita dapat mengakses semua content yang di block di jaringan gateway internet.contoh seperti laman web  porn.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan Hotspot Sheild ,anda boleh muat turun secara percuma dibawah:

Pertanyaan lanjut boleh RUJUK DISINI atau terus ke laman rasmi Hotspot Sheild.
* Dikesempatan ini juga kami ingin maklumkan kepada Rakan Rakan Digroup supaya tidak Spam dan elakan dari  post perkara yang tidak berfaedah,kepada hackers hackers pro disana anda dilarang sesekali untuk post link berkaitan defacement, jika ingin show off sila pergi ke tempat lain.Digroup kami hanya membincangkan perkara perkara berkaitan teknologi untuk kemudahan bersama.sila hormati pertauran group kami atau .......... Terima Kasih.

Domain .MY Murah Giler? Biar betul!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di GilerHackers!
Sudah menjadi misi kami untuk berkongsi semua informasi yang terbaik untuk anda di GilerHackers!.
Dalam kehidupan kita zaman sekarang, Boleh dikatakan semua orang mempunyai laman blog mereka sendiri, tidak kira ianya secara percuma (blogger.com / wordpress.com etc) atau yang berbayar.

Begitu juga dengan Nama Domain. Ia adalah penting untuk jenama dan identiti sesebuah blog. Ia juga melambangkan kesungguhan seorang blogger untuk bergerak selangkah ke hadapan ke arah sebuah blog yang lebih professional.

Tetapi hari ini GH bukan ingin mengulas mengenai nama domain dan blogger, tetapi mengenai satu tawaran harga yang sangat murah berkenaan domain .MY.Apa uniknya domain .my?

Selain memaparkan identiti Malaysia untuk blog anda,malah domain dot my (.my) lebih mudah untuk anda mengejar rangkin didalam malaysia, di carian google juga adalah diantara laman yang mudah untuk pengguna malaysia mencari blog anda ( google pun dah tak pandang rendah domain.my)

Berapa kebiasaan harga domain dot my?
kebiasaan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM80-RM120 ( harga biasa dijual dijual webhosting malaysia) Ya hanya syarikat berdaftar sahaja boleh menjual domain dot.my (anda boleh semak pada mana mana laman yang menjual hosting di malaysia) . tetapi apa yang sangat mengembirakan bagi anda yang ingin memiliki domain .my dengan harga paling murah, [GH] cadangkan anda membeli di kacanghost.com!

Selain dari menawarkan perkhidmatan semurah RM6.00 untuk hosting. KacangHost juga menawarkan Harga Serendah RM40.00 sahaja untuk domain .MY .Jika anda ingin membeli  domain dot my semurah ini, layari laman rasmi kacanghost di www.kacanghost.com untuk lebih perkhidmatan yang menarik!

Semak Nama Domain Anda disini

Jangan lupa kongsi artikel ini dengan menekan button share dibawah supaya kita sama sama mendapat informasi bersama ^_^

Kawal Komputer Orang Lain dengan TeamViewer


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Hari ini [GH] nak cerita sedikit tentang satu software, TeamViewer

Kepada yang belum tahu , TeamViewer ialah satu aplikasi (sofware) yang membolehkan pengguna mengendali atau mengawal komputer yang lain dari jarak jauh, (menggunakan fasilitas internet). Dengan software ini, kita boleh remote (kawal) komputer lain dimana sahaja. ia seperti komputer itu berada betul betul di depan kita, dengan syarat komputer target juga mesti mempunya TeamViewer dan internet.

Banyak kelebihan Teamviewer ini,contoh anda boleh membantu rakan rakan anda untuk install sesuatu software pada komputernya dengan menggunakan aplikasi ini.Jika anda ingin mencuba, boleh download pada pautan dibawah.

Download TeamViewer (Official site)

Teamviewer merupakan software percuma yang boleh mengawal komputer lain dengan sambungan internet, syarat utama,komputer yang ingin dikawal juga mestilah mempunyai aplikasi ini walaupun ia berada dari jarak yang jauh.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif