Showing posts with label CyberSec. Show all posts
Showing posts with label CyberSec. Show all posts

Dimana b0ogle?

Assalamualaiikum dan selamat pagi,
Sejak kebelakangan ini,beberapa laman web kerjaan, blog blog politik, fanpage politik di tawan (di ambil alih ) oleh hacker hacker malaysia,apakah tujuan dan matlamat mereka? tepuk dada, tanya iman. Mungkin mereka mempunyai motif dan misi tersendiri.

Teringat kami kepada salah seorang defacer malaysia yang dulu  pernah menggegar beberapa laman sesawang malaysia. B0ogle!Kini kami di Gilerhackers tidak lagi melihat kelibat b0ogle beraksi, dimana b0ogle?


Memori,
Diantara laman web berkedudukan tinggi dan "Mahal" pernah diceroboh b0ogle

1. Laman web zouk club malaysia (www.zoukclub.com.my)
2. Laman web 1k.com.my
3. Portal Rasmi lembaga kemajuan pertanian muda (www.mada.gov.my)
4. Laman Web Touch n Go (www.touchngo.com.my)
5. Laman Putrajaya International convention center (www.picc.gov.my)
6. Laman rasmi JBA (www.jba.gov.my "top deface view" )
7. Portal rasmi university utara malaysia (uum.edu.my)
8. Jabatan kemajuan masyarakat (kemas.gov.my)
9.  Majlis perbandaran sepang ( msepang.gov.my )
10. Portal ewarga UKM (ewarga.ukm.my)

Itu adalah diantara "Janda-janda" encik b0ogle. untuk lebih banyak rekod defacement b0ogle boleh lihat di zone-h.org = b0ogle

Persoalan:
Adakah b0ogle akan kembali beraksi untuk memanaskan punggung webmaster webmaster malaysia lagi? ^_^

* Jangan lepaskan peluang untuk baju gilerhackers edisi ke -2, pre order now! sementara stock masih ada!

Senarai Penggodam Tempatan Kerap aktif! (bhg 1)

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,kali ini saya papa publo mewakili [GH] untuk entri "SENARAI PENGGODAM TEMPATAN KERAP AKTIF",terlebih dahulu.. saya ingin menyatakan disini,ini adalah pandangan peribadai kami crew crew gilerhackers. ok jum terjah!

1- Rilekscrew
Rilekscrew merupakan diantara crew yang mempunyai nama besar didalam dunia siber,mereka pernah mengemparkan malaysia ketika mengodam laman sesawang milik kerajaan satu ketika dahulu,Walaupun mereka sekarang kurang melakukan defacement keatas laman laman sesawang, tetapi mereka masih lagi kekal aktif di dalam dunia siber,

Diantara hasil kerja mereka sehingga sekarang masih disebut sebut para pencinta it dimalaysia ialah ketika Jack Sparrow rilekscrew berjaya mengodam raja LIKER, facebook hot FM yang mana mempunyai sebanayak 1,085,703 likes setakat ini! Jack sparrow rilekscrew adalah salah seorang penggodam yang sangat berminat merampas fan page artis artis dimalaysia.namun ia hanyalah sekadar ingin mengingatkan admin supaya lebih hati hati,bak kata pepatah, Pengalam mengajar kita menjadi lebih dewasa

2. VVIP
VVIP mengikut apa yang diketahui kami, mereka merupakan diantara pecahan dari rilekscrew tetapi dengan corak serangan mereka yang lebih ganas  keatas laman sesawang yang menjadi mangsa,mereka boleh diketegorikan sebagai penggodam dari kalangan bertopi hitam. seperti apa yang terpapar diatas defacement mereka:
" VVIP IS MALAYSIAN BLACK HAT TEAM"
Dengan barisan ahli ahli mereka yang berpengalaman di dalam dunia IT,ini membuatkan mereka  lebih dikenali dan disegani penggodam  pengodam lain

3.Cat devilcode
Cat devilcode merupakan penggodam yang dibaris anak anak muda yang mana umur kebanyakan dari mereka adalah diantara 16- 22 tahun,ini membuatkan mereka unik,walaupun sebegitu,mereka pernah mengodam laman kastam diraja malaysia dan mendedahkan hasil pendapatan dan cukai kastam diraja malaysia pada pertengahan tahun lepas.

Cat devilcode juga merupakan gambungan diantara Devilcode (salah satu daripada penggodam dari indonesia) dan Cat-devilcode ialah kumpulan penggodam bertopi hitam Malaysia,dengan slogan mereka, "Kami dapat,Kami Kongsi,Tiada Satu pun yang ketinggalan" sangat sesuai dengan corak ganas mereka menceroboh/menggodam sesuatu laman sesawang

4.CyberSec
Cybersec merupakan salah satu kumpulan yang gemar menguji keselamat keatas laman sesawang kerajaan malaysia,mungkin kerana maksud cybersec itu sendiri atau cybersecurity.mereka bertindak  dengan memanfaatkan kelemahan atau lubuang lubang yang terdapat pada sesuatu laman sesawang untuk mencerobohnya.Dan ini menjadikan si pemilik sedar bahawa laman sesawang mereka masih tidak selamat dan berharap dapat menampal lubang lubang yang ada.

Walaupun cara mereka berbeza,tetapi mereka sebenarnya lebih kepada mengingatkan sipemilik tentang keselamatan website mereka.apa yang menarik tentang cybersec ialah mereka pernah melakukan defacement pada halaman utama laman sesawang  rasmi justin biber..

5.Dotmy crew
Dotmy crew diantara penggodam yang sangat aktif pada waktu sekarang,Apa yang [GH] perhatikan mereka sejak kebelakangan ini banyak melakukan pencerobohan terhadap laman laman sesawang lucah atau dipanggil porn site! mereka sekaligus bertindak memadam semua fail fail,folder dan memusnahkan  data based mangsa!

Dan baru baru ini mereka telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Dotmy Crew bukanlah penggodam dari kalangan bertopi hitam,mengikut apa yang dimaklumkan,Dotmy  adalah dari pecahan H3xor crew dan beberapa tambahan ahli baru,Tujuan dotmy crew ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli ahli Hexor crew yang sedang mengalami kontrovesi.

Sampai disini sahaja ulasan dari kami [GHteam] untuk entri "Senarai Penggodam tempatan kerap aktif bahagian 1, kita sambung pada bahagian yang ke-2 nanti.sekali lagi kami dari Gilerhackers meyatakan ini adalah pandangan peribadi kami.jika ianya bercanggah dengan pendapat anda.kami memohon maaf diatas kenyataan ini,, sekian..

Your papa Pablo Santos..
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif