Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Portal Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia Digodam!


As'salamualaikum dan salam jumaat kepada semua pembaca. Hari ini, [GH] dikejutkan dengan defacement yang dilakukan oleh Man Sykez iaitu Leader kepada AnonGhost!

Man Sykez sekali lagi menggodam laman sesawang milik Malaysia iaitu Portal Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Defacement dilakukan pada jam 1:00 petang pada tarikh 1/3/2013. Man Sykez meninggalkan mesej pada defacement beliau iaitu "Patch your website Or I will come back".

Defacement yang ada pada Portal TLDM sekarang ini sudah dibaik pulih. Jadi, pembaca boleh melihat mirror yang diletakkan oleh Man Sykez di Th3Mirror DISINI. [GH] merasakan bahawa tujuan Man Sykez menggodam laman sesawang milik Malaysia iaitu TLDM adalah untuk memberitahu 'web master' bahawa laman sesawang mereka masih dalam keadaan yang 'vulnerability'. Pembaca boleh lihat defacement yang dilakukan oleh AnonGhost DISINI.

Terbukti bahawa Hacker Malaysia bukanlah penggodam yang jahat malah membantu Malaysia untuk menaik tarafkan security laman sesawang milik Malaysia. Ikuti berita dari [GH] dilain hari. Majulah Hacking Untuk Malaysia! =D


 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif