Showing posts with label bump. iphone. Show all posts
Showing posts with label bump. iphone. Show all posts

Smishing Vulnerability dilaporkan pada Samsung S4


Kelemahan serius telah dilaporkan ditemui pada Samsung S4 yang didakwa boleh menyebabkan penyerang menggunakan peranti tersebut untuk menghantar mesej secara senyap.

Qihoo 360 Technology, syarikat antivirus yang terletak di China, menyatakan kelemahan ini terletak pada satu kemudahan yang ada di peranti iaitu cloud backup, dimana ia tidak mempunyai keselamatan dan mudah untuk dicerobohi.

Kelemahan ini telah dijumpai sejak 17 Jun lagi, dan pihak Samsung  telah mengambil tindakan atas isu ini dan  dalam proses untuk membaik pulih sistem keselamatan pada peranti tersebut.

Sesetengah alat untuk pencerobohan bagi aplikasi mobil mengandungi kod penceroboh dimana penyerang dapat menghantar pesanan palsu pada setiap direktori talian yang ada pada peranti.

Dengan mencerobohi fungsi cloud backup, penyerang dapat mengguna segala informasi yang ada pada peranti seperti maklumat direktori telefon dan mengguna informasi tersebut untuk menyamar dengan menghantar pesanan menggunakan nama yang ada pada direktori supaya mangsa tertipu dan membalas pesanan dihantar. Pengguna kemungkinan akan kebocoran maklumat peribadi kepada penyerang.

Pesanan ringkas daripada Qihoo 360 Technology, pengguna Samsung S4 digalakkan berhenti menggunakan cloud backup sementara waktu hingga isu ini diselesaikan.


Memindahkan FIle Dari Komputer ke Telefon Bimbit Dengan "BUMP"



Aplikasi telefon bimbit popular "Bump" mengumumkan kemaskini yang membuatkan ia mudah untuk memindahkan fail, presentauin, atau bahkan senarai kenalan anda dari telefon bimbit ke komputer anda.

Dengan kemas kini, anda boleh "bump" gambar, video, fail dan kenalan dari telefon anda ke komputer anda dengan mengarahkan pelayar anda ke URL khas dan menekan bar ruang pada komputer. Fail yang dipilih akan dipindahkan dari telefon anda ke komputer anda di mana mereka kemudian disimpan.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif