Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers!
Terima kasih diatas sokongan anda kepada kami selama ini.Seperti yang anda tahu,
[GH] merupakan sebuah blog yang mengupas isu isu semasa berkenaan jenayah siber, perkembangan teknologi terkini dan yang berkaitan.
Terbaru, di
utusan malaysia mengeluarkan artikel berkaitan Azhar Sulaiman, Nampaknya Azhar Sulaiman menjadi perhatiaan media baru baru ini,Kepada anda yang baru mengikuti perkembangan ini,boleh rujuk artikel sebelumnya di gilerhackers atau gunakan sahaja search box pada bahagian sidebar ini dan masukan keyword "
Azhar Sulaiman"
petikan dari Utusan Malaysia:
Azhar Sulaiman tidak mahu ambil tindakan lanjut
KUALA LUMPUR 1 Mei - Tiada tindakan susulan, hanya laporan polis untuk langkah-langkah keselamatan saya dan keluarga," kata pelakon Azhar Sulaiman, 42.
Pelakon filem Abang 92 itu memberitahu Utusan Online, dia tidak berhasrat mengambil tindakan susulan selepas membuat laporan polis ekoran diugut di laman sosial Facebook.
Menurut pelakon itu, laporan polis itu dibuat sebagai tindakan yang perlu dilakukan selepas merasakan dirinya dan keluarganya diancam.
"Saya tidak berfikir untuk mengambil tindakan lebih lanjut selepas membuat laporan polis. Saya tahu perbuatan mengancam dan mengugut keselamatan diri saya dan keluarga itu perbuatan askar siber pembangkang. Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya pendapat saya kini telah didengari kedua-dua belah pihak dan itu adalah sesuatu yang baik," katanya.
Tambah Azhar, dia tahu askar siber pembangkang sentiasa memerhatikan tindakannya di laman sosial dan akan membuat tindakan berani tanpa mengira kesan kepada orang lain.
"
Bila saya buat semula akaun baru di laman sosial Facebook, terus ada beberapa orang yang tidak dikenali 'add' saya. Ini bermakna mereka sentiasa memerhatikan tindakan saya," jelasnya.
Azhar telah mengeluarkan kenyataan yang agak berani di laman sosial apabila mengkritik kepimpinan dalam parti pembangkang baru-baru ini.
Keberanian Azhar telah menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh penyokong pembangkang, termasuklah beberapa komen yang berbaur ugutan, sehingga menyebabkan pelakon itu mengambil keputusan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Laporan polis oleh Azhar telah dibuat pada Selasa lalu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. -
UTUSAN ONLINE.
INI PULA PANDANGAN PERIBADI KAMI.
Terlebih dahulu,
[GH] ingin menyatakan disini, pandangan ini adalah bersifat peribadi,Jika ia bercanggah dengan pendapat anda,Sebagai rakyat malaysia,sila bincangkan secara berhemah dan profesional.
Pertama, Sebelum anda menggunakan mana mana perkhidmatan rangkaian social seperti facebook,twitter,myspace dan sebagainya. mari kita ketahui serba sedikit apakah jenis kesalahan diketegorikan dalam
Media Social:
1. Aktiviti penipuan melibatkan laman web perbankan dan dan pelaburan palsu
2. Pelanggaran Hakcipta dengan mengedar atau berkongsi kandungan berbentuk imej,video, audio, visual tanpa kebenaran pemilik.
3. Memfitnah Seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruah, Imej dan nama baik orang tersebut dimata masyarakat.
4. Penyebaran kandungan Pornografi, lucah dan sumbang
Jadi bagi
[GH] sebelum anda menghukum atau mengeluarkan satu satu kenyataan,Sila tanya pada diri anda sendiri, adakah sudah cukup menjaga beberapa tatatertib penggunaan Social Media?. Oh sebelum itu kami juga ingin memberitahu, Malaysia juga mempunyai
Cyber Security .Berkenaan aduan atau jenayah siber, anda boleh rujuk pada laman rasmi mereka di
www.cybersecurity.my