Showing posts with label email and password. Show all posts
Showing posts with label email and password. Show all posts

Smishing Vulnerability dilaporkan pada Samsung S4


Kelemahan serius telah dilaporkan ditemui pada Samsung S4 yang didakwa boleh menyebabkan penyerang menggunakan peranti tersebut untuk menghantar mesej secara senyap.

Qihoo 360 Technology, syarikat antivirus yang terletak di China, menyatakan kelemahan ini terletak pada satu kemudahan yang ada di peranti iaitu cloud backup, dimana ia tidak mempunyai keselamatan dan mudah untuk dicerobohi.

Kelemahan ini telah dijumpai sejak 17 Jun lagi, dan pihak Samsung  telah mengambil tindakan atas isu ini dan  dalam proses untuk membaik pulih sistem keselamatan pada peranti tersebut.

Sesetengah alat untuk pencerobohan bagi aplikasi mobil mengandungi kod penceroboh dimana penyerang dapat menghantar pesanan palsu pada setiap direktori talian yang ada pada peranti.

Dengan mencerobohi fungsi cloud backup, penyerang dapat mengguna segala informasi yang ada pada peranti seperti maklumat direktori telefon dan mengguna informasi tersebut untuk menyamar dengan menghantar pesanan menggunakan nama yang ada pada direktori supaya mangsa tertipu dan membalas pesanan dihantar. Pengguna kemungkinan akan kebocoran maklumat peribadi kepada penyerang.

Pesanan ringkas daripada Qihoo 360 Technology, pengguna Samsung S4 digalakkan berhenti menggunakan cloud backup sementara waktu hingga isu ini diselesaikan.


Tips Mencipta Password Yang Selamat Dan Berkualiti

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Terima kasih kerana sudi mengikuti setiap perkembangan di [GH].
Untuk artikel ini, kami akan berkongsi tips bagaimana untuk anda membuat pemilihan kata laluan (Password) yang selamat dan berkualiti.

Password bertindak sebagai kunci untuk membuka akaun peribadi seperti email,facebook,twitter dan sebagainya.Bagaimana untuk mengelakan ianya dari dicuri atau digodam? Khasnya untuk mereka yang berniat jahat! (black hat hackers)

Tahukah pelbagai cara digunakan penggodam untuk menembus atau menceroboh sesuatu akaun , termasuk cuba meneka kata laluan mangsanya.

"Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Computer Crime Research Center, 21% menggunakan nickname mereka sendiri ataupun rakan-rakan, 15% menggunakan tarikh lahir ataupun tarikh ulangtahun mereka dan 15% lagi menggunakan nama binatang peliharaan mereka sebagai password. Kira-kira 14% menggunakan nama keluarga rakan, 7% menggunakan tarikh yang sukar dilupakan bagi mereka, dan 2% lagi menggunakan perkataan “password” sebagai kata laluan mereka."

TIPS UNTUK MEMBINA PASSWORD YANG SELAMAT DAN BERKUALITI
1- Password mestilah tidak kurang dari 8 karakter
2- Masukkan nombor, simbol dan juga huruf.
3- Gunakan huruf besar diselang-selikan dengan huruf kecil.
4- Gunakan password yang berlainan di akaun yang berlainan.
5- Tukar password anda selalu ataupun buat perubahan kecil pada password anda
6- JANGAN buat password yg sama dengan username, ic, no telefon, nama,

Cuba semak artikel lepas bertajuk  "Cara Phising Facebook berfungsi (live demo dengan tutorial Step by Step)" perasan atau tidak, terang terang kami sudah nyatakan dilaman utama . Ini adalah live demo, dan jangan masukan sebarang email dan password yang betul!. tapi apa yang hairan.. ada juga yang masukan email dan password mereka. tapi tidak hairan kerana semua yang menjadi mangsa bukanlah dari malaysia, mungkin mereka tidak faham bahasa Malaysia.. hahahah ^_^ . Lihat Password mereka disini [Link+]  (*jadi kan sebagai contoh sahaja)

Sejauh mana tahap keselamatan kata laluan atau password anda? Jom Uji DISINI atau klick pada banner dibawah.

Laman Indah Water Diceroboh 2494 email dan katalaluan dilepaskan kepada umum.


Assalamualaiikum dan selamat sejahatera.Apa khabar pembaca di [GH].Pagi ini kami menerima email dari sekumpulan penggodam (malaysia) yang berjaya menceroboh laman web indahwater (www.iwk.com.my).Apa yang menjadi topik ialah ketika mereka melepaskan beberapa maklumat peribadi seperti email dan password (katalaluan) kepada Umum.

Mereka yang hanya ingin dikenali dengan nama Falcon Legion dikatakan berjaya menceroboh  dengan mengunakan teknik suntikan SQL  pada salah satu alamat:http://iwk.com.my/v/news/pop-out-audio?iframe=true&width=390&height=80&id=%&#39. setakat ini tiada apa apa kerosakan pada sistem laman tersebut. tetapi sebanyak 2494 maklumat telah dilepaskan kepada umum.

Lihat semua email dan kata laluan yang didedahkan DISINI
atau muat turun kesemua log dibawah:

.
Kepada pemilik akaun anda dinasihati agar menukar katalaluan kepada yang baru.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di facebook www.fb.com/myGilerHackers atau emailkan kepada gilerhackers@gmail.com

*Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan RM999?
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif