Periksa Tahap Keselamatan Bateri laptop

File Under:

Performance bateri laptop akan menurun dalam masa ke semasa. Sampai satu tahap, bateri laptop akan gagal berfungsi dengan baik seperti waktu mula-mula beli dan anda terpaksa tukar bateri laptop baru. Kalau mula-mula beli bateri tahan 3-4 jam, tetapi 3 atau 4 tahun kemudian bateri boleh guna 10-20 minit sahaja. Sedih kan?

Jika anda ingin memeriksa tahap kesihatan bateri laptop anda, ikut tutorial ringkas (tetapi penuh teknikal) ini.
Masuk command prompt; type CMD pada start menu.
Taip powercfg – energy dan tekan enter.
Selepas itu, command prompt akan memberitahu jumlah error (jika ada), jumlah warnings dan maklumat mengenai bateri laptop anda. Report akan disimpan di dalam folder USER pada windows anda.

Report yang diberikan menggunakan banyak term2 yang teknikal dan sukar difahami. Contoh bateri laptop saya, capacity asal ialah 48840 namun last full charge capacity hanya 31768 bermakna capacity bateri laptop saya telah degrade selepas bertahun digunakan.

Kalau bateri laptop anda banyak sangat error dan warning, serta capacity makin berkurang ada baiknya tukar bateri laptop baru atau gunakan power cable sahaja. Tak pasal-pasal bateri meletup ke, motherboard rosak ke nanti. Cegah sebelum parah.

Sumber

Author: Perantau Senja
Periksa Tahap Keselamatan Bateri laptop di postkan oleh: Perantau Senja
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif