Google melancarkan wajah baru untuk Google Play kemarin (Selasa). Dilancarkan khas untuk telefon Android dan tablet, yang direka semula untuk kelihatan lebih teratur dan menjadikan lebih mudah untuk anda mencari apa yang hendak dicari.
Paling ketara, rekaan bentuk semula menggantikan tema dari warna yang gelap ke warna yang lebih cerah.
Kandungan yang mempunyai ciri-ciri yang sama digabungkan bersama-sama pada skrin dan pengguna hanya perlu "scroll" kebawah sahaja.
Proses pembelian aplikasi juga dikemas kini dalam versi baru yang akam membuatkan proses pembelian menjadi lebih mudah
Google Play dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac tahun lepas, yang menggantikan "Android Market." Perubahan yang terdapat dalam Google Play yang terbaru lebih fokus kepada fungsi untuk menarik pengguna untuk menggunakan aplikasi yang ditawarkan oleh Google contohnya seperti filem, dan buku-buku.
Update yang terdapat pada Google Play ini boleh digunakan dari versi android 2.1 dan dijangka akan digunakan ke semua peranti android dalam beberapa minggu lagi.
Sumber: Mashable dan Google