Hacktivist Anonymous berikrar untuk menyokong penunjuk perasaan di Turki dengan menyerang setiap aset komunikasi dan internet kerajaan Turki. Kini mereka telah menyertai perjuangan dengan satu lagi kumpulan penggodam terkenal, Syirian Electronic Army
Pada hari Rabu, kedua-dua kumpulan menjaringkan kemenangan besar pertama mereka apabila berjaya menggodam rangkaian dua kerajaan yang berbeza, dan mendapat akses kepada data sensitif yang berkaitan dengan pegawai-pegawai Turki.
Melalui serangan phishing, Anonymous telah mendapat akaun e-mel, kata laluan dan nombor telefon Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan kakitangannya dengan menggodam basbakanlik.gov.tr laman web rasmi menurut siaran akhbar hacktivists.
Para penggodam bagaimanapun, hanya memutuskan untuk meyiarkan senarai akuan nama pengguna yang terjejas, tetapi tidak menyiarkan kata laluan atau maklumat sensitif yang lain.
Selain itu, Syirian Electronic Army juga menggodam laman web Kementerian Dalam Negeri Turki, dan telah mendapati lebih daripada 60 alamat e-mel dan kata laluan sama dan kemudian menyebarkan data tersebut secara terbuka di internet.
Syirian Electronic Army juga mendakwa telah 'defaceed' subdomain laman web, menggantikannya dengan logo hactivists dengan mesej: "Rise against the injustice of Erdogan's Tyranny."
Godaman ini semua telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kempen Anonymous dalam talian untuk menyokong penunjuk perasaan di Turki, yang digelar "OpTurkey." Operasi itu dilancarkan pada Ahad, berikutan pertempuran antara polis dan penduduk di Istanbul dan bandar-bandar lain di seluruh negara, dan telah menjatuhkan beberapa laman web melalui serangan DDoS.