Virus Android Trojan Yang Mustahil Untuk Dihapus


  Firma keselamatan IT Kaspersky mendakwa telah menemui virus Android trojan yang paling canggih. 

 Dikenalpasti oleh Kaspersky sebagai "Backdoor.AndroidOS.Obad.a", ancaman virus tersebut membolehkan mangsa untuk menghantar SMS ke nombor kadar premium dan memuat turun Malware lain kepada mangsa. Virus ini juga mempunyai kebolehan menghantar malware ke peranti lain melalui Bluetooth, dan mengawal peranti secara "remote" dengan menggunakan "console".


  "Obad" amat mudah disembunyikan dengan cara mengelirukan pengguna, dan ia menggunakan beberapa kelemahan keselamatan yang sebelum ini dengan tanpa memerlukan "permission" dari sistem operasi Android. 

  Apabila trojan tersebut telah dilaksanakan pada peranti, ia dengan segera cuba untuk mendapatkan keistimewaan kawalan sebagai "administraor".


 "One feature of this Trojan is that the malicious application cannot be deleted once it has gained administrator privileges: by exploiting a previously unknown Android vulnerability, the malicious application enjoys extended privileges, but is not listed as an application with Device Administrator privileges," - Kaspersky Lab Expert Roman Unuchek.

Wakil Kaspersky berkata mereka telah dimaklumkan Google tentang kelemahan yang berkenaan.

   Menurut Kaspersky, Penyebaran virus ini tidak meluas dan ia cuma berjumlah tidak lebih daripada 0.15% daripada semua jangkitan malware di telefon bimbbit.

Klik disini untuk maklumat lanjut bekeknaan dengan Trojan Backdoor.AndroidOS.Obad.a 



Author: obe gemok
Virus Android Trojan Yang Mustahil Untuk Dihapus di postkan oleh: obe gemok
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif