Showing posts with label Godam. Show all posts
Showing posts with label Godam. Show all posts

Akuan Twitter BBC Weather digodam Syrian Electronic Army


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Laporan: Syrian Electronic Army dikatakan telah menceroboh akaun twitter milik sebuah organisasi media BBC,dan melakukan beberapa pembohongan atau berita palsu, sasaran terbaru mereka ialah akaun twitter BBC weather.Mereka juga dipercayai sebuah kumpulan penggodam yang menyokong kerajaan Syiria.

Akaun twitter @bbcweather telah dirampas penggodam dan mereka juga melakukan beberapa tweet palsu.Pihak BBC juga telah diberitahu "Sophos" firma keselamatan bahawa mereka sedang menyiasat isu pelanggaran tersebut.

Ini adalah beberapa tweet palsu yang dipostkan pada laman twitter yang diceroboh:
“Forecast for Tel Aviv on Saturday - 5000 degrees Kelvin with northern fog and eastern high pressure front” 
“Chaotic weather forecast for Lebanon as the government decides to distance itself from the Milky Way”
“Saudi weather station down due to head on-collision with camel.”“Hazardous fog warning for North Syria: Erdogan orders terrorists to launch chemical weapons at civilian areas.” 
“Scandal: Edinburgh storm warning station decommissioned after maintenance fund diverted to arming Syrian opposition.”

Selain BBC, laman Sky News, France24, AFP, Human Rights Watch, dan Yayasan Qatar juga menjadi sasaran kumpulan mereka.
Selain BBC weather,akaun twitter BBC Arabic Online dan BBC Radio Ulster juga digodam,kemungkinan ketiga tiga akaun berkongsi katalaluan yang sama atau email reset pada katalaluan yang sama.

Sistem komputer Bank dan TV selatan korea digodam


Seoul: Rangkaian komputer di dua bank terbesar Korea Selatan dan tiga televisyen terkemuka terganggu semalam, melumpuhkan mesin bank di seluruh negara itu dan mencetuskan spekulasi serangan siber oleh Korea Utara.

Layar gelap pada jam 2.00 petang waktu tempatan dengan gambar tengkorak muncul pada skrin sebahagian komputer petunjuk ketara penyerang meletakkan kod berniat jahat dalam sistem Korea Selatan, kata Agensi Keselamatan Maklumat Korea. Sebahagian komputer mula pulih lebih dua jam setengah kemudian.
Polis dan pegawai Korea Selatan yang menyiasat gangguan itu berkata puncanya belum diketahui. Namun spekulasi berpusat pada Korea Utara, dengan pakar berkata serangan siber yang diatur Pyongyang berkemungkinan dipersalahkan.

Gangguan berlaku di tengah peningkatan retorik dan ancaman serangan dari Pyongyang sebagai reaksi kepada hukuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelancaran roket rejim komunis berkenaan Disember lalu dan ujian nuklear Februari lalu. Washington turut meluaskan sekatan bulan ini dalam usaha melumpuhkan kemampuan rejim itu membangunkan program nuklearnya.

Ancam balas dendam

Korea Utara mengancam membalas dendam bagi sekatan dan rutin berterusan latihan tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang dianggapnya sebagai persediaan menceroboh.

Tuduhan serangan siber ke atas Semenanjung Korea bukan perkara baru. Seoul percaya Pyongyang adalah dalang di sebalik dua serangan siber ke atas syarikat tempatan pada 2011 dan 2012.
Kelumpuhan rangkaian komputer terbaru berlaku beberapa hari selepas Korea Utara menuduh Korea Selatan dan Amerika melancarkan serangan siber yang mengganggu laman webnya selama dua hari minggu lalu. Pembekal perkhidmatan beribu pejabat di Thailand mengesahkan gangguan itu, tetapi tidak menyebut punca masalah itu.

“Ia pasti serangan komputer. Gangguan serentak itu tidak mungkin disebabkan masalah teknikal,” kata Dekan Graduan Sekolah Keselamatan Maklumat Universiti Korea, Lim Jong-in, mengenai kejadian semalam.

Bank peminjam kumpulan perbankan keempat terbesar Korea Selatan, Shinhan Bank, melaporkan gangguan sistem, termasuk perbankan online dan mesin pengeluar automatik (ATM).

Laman FAM Digodam Sekali lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami di GH telah difahamkan laman sesawang FAM Sekali Lagi Telah digodam oleh Hackers Indonesia yang menggelarkan dirinya sebagai Tripple Hacker.
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif