Sistem komputer Bank dan TV selatan korea digodam

File Under:

Seoul: Rangkaian komputer di dua bank terbesar Korea Selatan dan tiga televisyen terkemuka terganggu semalam, melumpuhkan mesin bank di seluruh negara itu dan mencetuskan spekulasi serangan siber oleh Korea Utara.

Layar gelap pada jam 2.00 petang waktu tempatan dengan gambar tengkorak muncul pada skrin sebahagian komputer petunjuk ketara penyerang meletakkan kod berniat jahat dalam sistem Korea Selatan, kata Agensi Keselamatan Maklumat Korea. Sebahagian komputer mula pulih lebih dua jam setengah kemudian.
Polis dan pegawai Korea Selatan yang menyiasat gangguan itu berkata puncanya belum diketahui. Namun spekulasi berpusat pada Korea Utara, dengan pakar berkata serangan siber yang diatur Pyongyang berkemungkinan dipersalahkan.

Gangguan berlaku di tengah peningkatan retorik dan ancaman serangan dari Pyongyang sebagai reaksi kepada hukuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelancaran roket rejim komunis berkenaan Disember lalu dan ujian nuklear Februari lalu. Washington turut meluaskan sekatan bulan ini dalam usaha melumpuhkan kemampuan rejim itu membangunkan program nuklearnya.

Ancam balas dendam

Korea Utara mengancam membalas dendam bagi sekatan dan rutin berterusan latihan tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang dianggapnya sebagai persediaan menceroboh.

Tuduhan serangan siber ke atas Semenanjung Korea bukan perkara baru. Seoul percaya Pyongyang adalah dalang di sebalik dua serangan siber ke atas syarikat tempatan pada 2011 dan 2012.
Kelumpuhan rangkaian komputer terbaru berlaku beberapa hari selepas Korea Utara menuduh Korea Selatan dan Amerika melancarkan serangan siber yang mengganggu laman webnya selama dua hari minggu lalu. Pembekal perkhidmatan beribu pejabat di Thailand mengesahkan gangguan itu, tetapi tidak menyebut punca masalah itu.

“Ia pasti serangan komputer. Gangguan serentak itu tidak mungkin disebabkan masalah teknikal,” kata Dekan Graduan Sekolah Keselamatan Maklumat Universiti Korea, Lim Jong-in, mengenai kejadian semalam.

Bank peminjam kumpulan perbankan keempat terbesar Korea Selatan, Shinhan Bank, melaporkan gangguan sistem, termasuk perbankan online dan mesin pengeluar automatik (ATM).

Author: Bukhari Malek
Sistem komputer Bank dan TV selatan korea digodam di postkan oleh: Bukhari Malek
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif