Showing posts with label Macho Cyber Crime. Show all posts
Showing posts with label Macho Cyber Crime. Show all posts

72 laman IPT termasuk laman Politeknik Metro JB digodam!

   


Assalamualaikum dah Salam 1 Malaysia kepada semua peminat tegar [GH]. sebelum ini kita dikhabarkan melalui laman KenaHack [KH] yang laman rasmi Universiti Malaysia Pahang telah digodam oleh seorang pengodam yang menggelarkan dirinya sebagai Sofea Hana. Kini kami dimaklumkan oleh rakan laman social facebook berkenaan laman rasmi Politeknik Metro JB sekali lagi digodam oleh Sofea Hana dari kumpulan LanunHitamCrew (LHC) dan Newbie3vilCod3s (NEC)






    Berikut adalah Screenshot yang sempat kami ambil hasil defacement dan mesej yang ditinggalkan oleh pengodam tersebut.

    pautan ke laman Politeknik Metro JB http://portal.politeknikmetrojb.edu.my/v2/

    kami juga difahamkan terdapat 2 lagi laman sesawang turut diceroboh oleh Kumpulan yang yang sama. Motif serangan tidak dikenal pasti.

    Fan Page Macho cyber crime Pawned By Tiada Otak?

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.. Lagi berita Macho cyber crime?  Sebelum ini [GH] pernah mengeluarkan artikel berkaitan Macho cyber crime mengodam blog dragon force dan beberapa berita mengenai macho cyber crime disini.

    Siapa tidak kenal dengan gosip hangat macho cyber crime didalam dunia pengodam malaysia,walaupun ramai yang kemungkinan tidak berpuas hati dengan sikap macho cyber crime,kali ini [GH] menerima satu berita yang sangat mengejutkan kami. " No System Is Secure!"

    Fan Page Macho cyber crime (MCC) digodam Tiada Otak! lihat screen shot yang sempat [GH] save:
    Lihat facebook Macho cyber crime disini: http://www.facebook.com/www.machocyb3rcrim3.net

    Kemunculan Tiada Otak ini menimbulkan banyak persoalan,Siapa mereka? sebelum ini Tiada Otak pernah juga mengodam laman Rileks Comunity (rc.my) dan Dragon Force (df.my).
    Masej yang disampaikan Tiada Otak di fan page Macho cyber crime:

    Adakah ini troll dari macho cyber crime atau ianya betul betul digodam Tiada Otak? [GH] kini cuba mencari sumber sumber yang boleh dipercayai untuk pengesahan mengenai berita ini..

    Berita Mengenai Blog Macho CyberCrime Digodam Adalah Penipuan Semata-Mata

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia bagi yang masih sudi bersama kami di blog Giler Hackers! ini. Beberapa jam yang lalu, kami mendapat berita mengenai blog milik Macho CyberCrime telah digodam oleh E-Cyberz Crime. Tetapi, dalam beberapa minit selepas berita mengenai blog itu tersebar, ada 1 penjelasan dari Admin blog tersebut yang hanya menggunakan nama Tok Imam.


    Penjelasan yang diberi oleh Tok Imam boleh lihat di paparan dibawah:


    [+] Klik untuk paparan yang lebih jelas 

    Memang betul apa yang dikatakan oleh Tok Imam, hanya mahukan publisiti murahan. Kepada pembaca Giler Hackers! jangan jadi seperti orang tersebut sebab memang tak bagus perangai macam tuh.

    Sekian sahaja tajuk pada hari ini. Assalamualaikum.

    Macho CyberCrime Di Godam?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Giler Hackers! Entri pada kali ini ialah mengenai blog milik Macho CyberCrime dikatakan digodam oleh E-Cyberz Crime. Semestinya yang menjadi persoalan di fikiran ialah, sama ada mereka hanya mencari publisiti murahan, atau memang Macho CyberCrime ini tidak menjaga sistem keamanan blog mereka dengan betul?

    Blog ini juga telah pun menjadi sumber para pengguna Facebook untuk mengetahui maklumat-maklumat di situ. Dibawah adalah paparan blog tersebut apabila dijumpai oleh Giler Hackers! :

    [+] Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

    Memang patut ia menjadi pertanyaan semua orang mengenai blog ini bagaimana ia digodam? Dan apa sebabnya? Itu kami masih tidak dapat memberi penjelasan yang jelas mengenai blog ini. Jangan lupa untuk terus bersama kami tentunya hanya memamparkan berita-berita siber.

    Sekian entri pada hari ini, Assalamualaikum.

    Link: http://www.machocyb3rcrim3.net/

    Dragon Force VS Macho Cyber Crime | Penjelasan atau Pendapat

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca setia GH, Disini kami cuba mengupas isu berkenaan mydefacer yang didakwa digodam Macho cyber crime.Maklumat yang kami perolehi dari Blog Phantom crews.
    Diantara penjelasan 2 pihak..

    Kumpulan DragonForce yang merupakan sebuah kumpulan penggodam terkenal tanah air. Pelbagai sejarah telah dicipta kumpulan mereka. Tidak kurang juga hebatnya kumpulan penggodam MachoCyberSec yang telah berjaya melumpuhkan kumpulan murtad tahun ini.

    Namun, ada beberapa berita yang kurang enak didengar oleh kami sejak beberapa hari ini. Ketika umat Islam sedang berhari raya bermaaf-maafan, timbul pula pergaduhan dan permusuhan antara dua kumpulan penggodam Malaysia tersebut.

    Kejadian yang menimpa kumpulan DragonForce itu dianggap tersangatlah malang kerana Page Facebook mereka "Dragon Force" telah digodam oleh penggodam China. Tidak cukup dengan kejadian berkenaan, blog terkenal Dragon Force sehingga menjadi rujukan utama pihak akhbar yang dikendalikan oleh MyDF Network, MyDefacer yang beralamat www.mydefacer.df.my digodam oleh kumpulan MachoCyberSec. Masih tidak cukup lagi malang yang menimpa DragonForce, subdomain www.myscammer.df.my juga telah digodam oleh kumpulan sama.

    Untuk tidak menampakkan media kami bersifat berat sebelah, kami cuba untuk dapatkan respon kumpulan DragonForce dan MachoCyberSec. Kami akhirnya berjaya mendapat respon daripada wakil kumpulan masing-masing.

    Menurut wakil daripada MachoCyberSec, Dragon Force dianggap sungguh menyakitkan. Beliau mahu semua rakyat Malaysia memikirkan semula apa yang telah dilakukan oleh DragonForce. MachoCyberSec mendakwa bahawa Dragon Force melakukan penipuan yang bodoh katanya. Tambahnya, perkara tersebut telah terbongkar, (pada laman sesawang mereka) . Macho CyberSec juga menyarankan Dragon Force membuang moto "Hak Milik Rakyat Malaysia" kerana melakukan penipuan terhadap rakyat Malaysia sendiri.

    Beliau juga menyatakan bahawa Dragon Force terlampau gilakan publisiti. Ketika ditanya adakah kedua-dua kumpulan tersebut akan berdamai. Pihak Macho CyberSec memberi jawapannya sebagai tidak akan berdamai dengan kumpulan yang gilakan publisiti.

    Mereka mengulas bahawa, selepas mereka telah popular, mereka akan tinggalkan(melupakan) rakan-rakan seperjuangan mereka. Ditanya tentang hubungan PhantomCrews dan DragonForce , Macho CyberSec tidak akan memusuhi PhantomCrews kerana kami tidak mengacau mereka dan sekiranya berlaku mereka akan mulakan 'peperangan'.

    Macho CyberSec juga meninggalkan pesanan supaya amalan seseorang itu disertai dengan niat dan akan dibalas berdasarkan niatnya sendiri dan sekiranya niat untuk godam sesuatu laman ke arah kebaikan maka seseorang itu akan dapat ganjarannya (pahala).

    Kami juga mendapatkan respon daripada DragonForce dan disambut baik oleh seorang wakil mereka. Apabila ditanya tentang laman MyDefacer digodam, wakil DragonForce tersebut yang mengendalikan MyDF Network pada mulanya agak terkejut. Menurutnya, beliau belum dapat keputusan rasmi daripada pentadbir yang merupakan pihak atasan Dragon Force sama ada ia benar digodam atau tidak.

    Buat masa kini, tiada komen dapat diberikan tentang perkara itu katanya. Beliau juga masih ragu-ragu terhadap penggodaman terhadap laman MyDefacer kerana tiada kata putus diberikan. Menurut beliau lagi, sekiranya benar laman MyDefacer digodam oleh Macho CyberSec, berkemungkinan salah seorang penulis di MyDefacer adalah palsu kerana laman MyDefacer mempunyai ramai penulis.

    Tambahnya lagi, beberapa hari sebelum MyDefacer digodam, beliau tidak mengakses sebagai pentadbir ke laman tersebut. Kami juga menanyakan tentang dakwaan Macho CyberSec yang Dragon Force gilakan populariti. Beliau memberitahu bahawa Dragon Force tidak gilakan publisiti dan mereka hanya sekadar berkongsi informasi untuk pengetahuan bersama kerana Dragon Force hak milik rakyat Malaysia.

    Menurut Dragon Force , mereka tidak memulakan sebarang isu pergaduhan sebaliknya Macho CyberSec yang memulakan isu tersebut katanya. Beliau juga mengulas tentang moto kumpulan Macho CyberSec ,"No System Is Secure" (Tiada Sistem Yang Selamat) supaya berhati-hati dengan keselamatan (siber) Macho CyberSec kerana Dragon Force tidak akan menyerah kalah. Dragon Force juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Macho CyberSec dan tidak lupa untuk meminta ampun atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap Dragon Force katanya. Beliau juga menggelarkan ketua CyberSec sebagai "Macho Gayies" supaya bertaubat.

    Sedikit info yang GH peroleh dari blog media PHC (phantom Crew)
    Info lajut sila rujuk : Susulan DF digodam: Respon Dragon Force dan macho Cyber Sec


    Giler! Mydefacer kene godam dengan Macho Cyber Crime!

    Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,Kali ini agak mengejutkan pihak kami [GH] dimana salah satu blog penggodam malaysia (Dragon Force) digodam machoCyberCrime! www.mydefacer.df.my digodam machocybercrime!

    Baru semalam kita digemparkan dengan berita bahawa Page Dragon Force digodam Penggodam china!Hari ini blog rasmi DF pula di hijack oleh macho cyber crime! mengikut apa yang [GH] ketahui selama ini, memang sejak dari  dulu perbalahan diantara 2 kumpulan ini menjadi isu hangat dikalangan penggodam penggodam malaysia

    Punca perbalahan ini masih belum kami ketahui,Kami akan cuba menghubungi mana mana pihak, sama ada Dragon Force atau Macho cyber crime untuk mengesahkan apa yang berlaku diatara 2 crew ini.Diantara screen shot yang sempat [GH] ambil:


    diantara artikel di mydefacer dengan tajuk : DRAGON FORCE SEKALI LAGI KENA HACK A.K.A FUCK!

    " Hello you guys siniem tok imam dan Abam Macho ayie nak cakap sikit selamat HARI RAYA yerr...korang GEMBIRA KE TAK erhh..kalau site niem kena HACKED? wkkakakak nah ambik jari tengah dripa Macho,,wkakaka,,
    kaalau nak tahu rahsia tekan ini knpa page ini kena HACK tekan sini -->> T EKAN

    NO ONE CAN STOP UP,WHEN TOK AND AYIE IN THE JOB!
    RESPECT US,
    NO SYSTEM IS PERFECT,

    sila like kejap page kitoorang TEKAN DAN LIKE SAPER TAK LIKE ABAM WAK KETARI SEPAK!!

    WAKAKKAKA....wak ketari..ku seruu kamu untuk rehacked semula yer,,,dan kepada seth erry dan KHC,

    jika ilmu didada tak cukup jngn BERANI MENGATA Macho Cyb3rcrim3,
    jikalau baru reti CRACK IDM,jngn perasaan nak HINA KAMI!"

    Jika artikel ini masih belum dipadam, anda boleh rujuk disini

    Kepada macho cybercrime dan Dragon force, disini kami dari [GH] ingin berpesan supaya marilah kita sama sama bermaaf maafan di bulan yang mulia ini,heheh [GH] pesan je.. jangan hack blog [GH] pulak ye.. hihihi...

    dan adakah ini juga Troll dari Dragon Force? diharap King Alexander dapat memberi penjelasan mengenai isu ini.
     

    © Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
    Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif