Kumpulan DragonForce yang merupakan sebuah kumpulan penggodam terkenal tanah air. Pelbagai sejarah telah dicipta kumpulan mereka. Tidak kurang juga hebatnya kumpulan penggodam MachoCyberSec yang telah berjaya melumpuhkan kumpulan murtad tahun ini.
Namun, ada beberapa berita yang kurang enak didengar oleh kami sejak beberapa hari ini. Ketika umat Islam sedang berhari raya bermaaf-maafan, timbul pula pergaduhan dan permusuhan antara dua kumpulan penggodam Malaysia tersebut.
Kejadian yang menimpa kumpulan DragonForce itu dianggap tersangatlah malang kerana Page Facebook mereka "Dragon Force" telah digodam oleh penggodam China. Tidak cukup dengan kejadian berkenaan, blog terkenal Dragon Force sehingga menjadi rujukan utama pihak akhbar yang dikendalikan oleh MyDF Network, MyDefacer yang beralamat www.mydefacer.df.my digodam oleh kumpulan MachoCyberSec. Masih tidak cukup lagi malang yang menimpa DragonForce, subdomain www.myscammer.df.my juga telah digodam oleh kumpulan sama.
Untuk tidak menampakkan media kami bersifat berat sebelah, kami cuba untuk dapatkan respon kumpulan DragonForce dan MachoCyberSec. Kami akhirnya berjaya mendapat respon daripada wakil kumpulan masing-masing.
Menurut wakil daripada MachoCyberSec, Dragon Force dianggap sungguh menyakitkan. Beliau mahu semua rakyat Malaysia memikirkan semula apa yang telah dilakukan oleh DragonForce. MachoCyberSec mendakwa bahawa Dragon Force melakukan penipuan yang bodoh katanya. Tambahnya, perkara tersebut telah terbongkar, (pada laman sesawang mereka) . Macho CyberSec juga menyarankan Dragon Force membuang moto "Hak Milik Rakyat Malaysia" kerana melakukan penipuan terhadap rakyat Malaysia sendiri.
Beliau juga menyatakan bahawa Dragon Force terlampau gilakan publisiti. Ketika ditanya adakah kedua-dua kumpulan tersebut akan berdamai. Pihak Macho CyberSec memberi jawapannya sebagai tidak akan berdamai dengan kumpulan yang gilakan publisiti.
Mereka mengulas bahawa, selepas mereka telah popular, mereka akan tinggalkan(melupakan) rakan-rakan seperjuangan mereka. Ditanya tentang hubungan PhantomCrews dan DragonForce , Macho CyberSec tidak akan memusuhi PhantomCrews kerana kami tidak mengacau mereka dan sekiranya berlaku mereka akan mulakan 'peperangan'.
Macho CyberSec juga meninggalkan pesanan supaya amalan seseorang itu disertai dengan niat dan akan dibalas berdasarkan niatnya sendiri dan sekiranya niat untuk godam sesuatu laman ke arah kebaikan maka seseorang itu akan dapat ganjarannya (pahala).
Kami juga mendapatkan respon daripada DragonForce dan disambut baik oleh seorang wakil mereka. Apabila ditanya tentang laman MyDefacer digodam, wakil DragonForce tersebut yang mengendalikan MyDF Network pada mulanya agak terkejut. Menurutnya, beliau belum dapat keputusan rasmi daripada pentadbir yang merupakan pihak atasan Dragon Force sama ada ia benar digodam atau tidak.
Buat masa kini, tiada komen dapat diberikan tentang perkara itu katanya. Beliau juga masih ragu-ragu terhadap penggodaman terhadap laman MyDefacer kerana tiada kata putus diberikan. Menurut beliau lagi, sekiranya benar laman MyDefacer digodam oleh Macho CyberSec, berkemungkinan salah seorang penulis di MyDefacer adalah palsu kerana laman MyDefacer mempunyai ramai penulis.
Tambahnya lagi, beberapa hari sebelum MyDefacer digodam, beliau tidak mengakses sebagai pentadbir ke laman tersebut. Kami juga menanyakan tentang dakwaan Macho CyberSec yang Dragon Force gilakan populariti. Beliau memberitahu bahawa Dragon Force tidak gilakan publisiti dan mereka hanya sekadar berkongsi informasi untuk pengetahuan bersama kerana Dragon Force hak milik rakyat Malaysia.
Menurut Dragon Force , mereka tidak memulakan sebarang isu pergaduhan sebaliknya Macho CyberSec yang memulakan isu tersebut katanya. Beliau juga mengulas tentang moto kumpulan Macho CyberSec ,"No System Is Secure" (Tiada Sistem Yang Selamat) supaya berhati-hati dengan keselamatan (siber) Macho CyberSec kerana Dragon Force tidak akan menyerah kalah. Dragon Force juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Macho CyberSec dan tidak lupa untuk meminta ampun atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap Dragon Force katanya. Beliau juga menggelarkan ketua CyberSec sebagai "Macho Gayies" supaya bertaubat.
Sedikit info yang GH peroleh dari blog media PHC (phantom Crew)
Info lajut sila rujuk : Susulan DF digodam: Respon Dragon Force dan macho Cyber Sec