Kembali Beraksi, laman sesawang malaysia dijadikan ujian - Lone Ranger VVIP

File Under:
Assalamualaiikum dan selamat sejahtera! kali ini [GH] cuba mendekati salah seorang kumpulan Black Hat malaysia, (VVIP)Ketika kami sedang menjeguk group defacer terminal, terbaca 1 post seperti screen shot dibawah:
Laman Sesawang Malaysia yang digodam oleh Lone ranger VVIP,
Website: http://westernelevators.com.my/
Mirror: http://zone-h.org/mirror/id/18238181

Dikesempatan ini,[GH] cuba mengambil peluang untuk mendekati Lone ranger,bagi pengemar dunia it,Lone ranger bukan lah nama baru di persadar dunia it,boleh dikatakan, mengikut pengalaman [GH] sepanjang mendekati  dunia  para pengodam malaysia, Lone ranger di antara orang orang lama, cuma kebelakangan ini lone ranger agak sunyi sedikit mungkin kerana sibuk atau mempunyai sebab sebab  tertentu.

Tanpa membuang masa, [GH] mengambil kesempatan ini untuk menemu bual Lone ranger, ikuti perbualan kami dibawah:

[GH]: Assalamualaiikum

Lone Ranger VVIP: Waalaiikummussalam

[GH]: Begini.. saya ternamapak post awak di satu group facebook yang mengatakan awak telah menggodam salah satu laman sesawang milik malaysia.. http://westernelevators.com.my/
apa tujuan laman itu digodam?

Lone Ranger VVIP: Haha well penggodaman bagi saya cuma lah satu tempat di mana saya belajar untuk mencari kelemahan di sesuatu website dengan menggunakan teknik yang berbeza sehingga la terjumpa sesuatu bug yang membolehkan saya menembusi site tersebut.

[GH]: Apa tujuan anda menggodam sesuatu laman sesawang?

Lone Ranger VVIP: Setiap defacer mesti mmpunyai tujuan yg berbeza.. begitu juga dgn saya.. security reminder suda menjadi salah satu sebab kenapa saya menggodam tetapi saya amat lebihkan kepada "self study" kerana saya juga mempunyai domain sendiri. "joomla" dan "wordpress" adalah menjadi target utama saya.

[GH]: Diperhatikan dari nama anda, terdapat tredmark VVIP,mengikut pengetahuan kami,VVIP merupakan salah satu penggodam malaysia dari kalangan topi hitam (black hat),adakah vvip juga kumpulan pengodam seperti Rilekscrew,Dotmy,kelantan Hacking Crew,cat devilcode dan lain lain?

Lone Ranger VVIP: Yeah memang kami asalnya bertopi hitam. Tetapi kita hendaklah tau "black hat" juga mempunyai tujuan yang berbeza, kita hendaklah lebih peka dan agresif jika ingin mempelajari sesuatu. seperti contoh white hat kenalah tahu bagaimana blackhat menyerang dan cara ingin mengetahuinya adalah menjadi BLACKHAT. InsyaAllah sekarang ni kami lebihkan kepada penetration tester atau lebih dikenali dgn pentester. Btw, rilekscrew,catdevilcodes,dotmy dan etc adalah anggota sebumbung kami.

[GH]: Adakah anda hanya menguji keselamatan laman sesawang malaysia atau luar dari malaysia?

Lone Ranger VVIP: Tidak. kami menguji secara random mengikut target yang ditentukan atas perbincangan dalam conference VVIP.

[GH]: Di malaysia.. apa yang GH perhatikan,terlalu banyak kumpulan pengodam di malaysia. apa pendapat anda?

Lone Ranger VVIP: Maklumlah semakin ramai yang meminati dalam bidang teknologi dan kita patut bersyukur kerana mereka lah golongan buta it semakin berkurangan dan menjadi lebih peka. Dan kumpulan penggodam haruslah mempunyai matlamat dan tujuan yang positif.

[GH]: Apakah motif VVIP ditubuhkan dan berapa jumlah keseluruhan ahli rasmi VVIP?

Lone Ranger VVIP: Dulu kami cuma kawan biasa yang sering berkongsi pendapat. Vvip ditubuhkan kerana kami mempunyai minat yg sama dan ingin terus berjuang dalam bidang cyber. Ahli rasmi kami adalah saya LONERANGER, DBOYZ, LOD, BAYAM, CAK, AFNUM, FAKHRU, SYKES AZRAEL DAN SPY

[GH]: Kesemua ahli vvip bekerja atau masih belajar?

Lone Ranger VVIP: Kami adalah pekerja dan pelajar :p

[GH]: Apakah teknik yang anda gunakan untuk mengodam sesuatu laman sesawang? contoh seperti anda mengodam laman http://westernelevators.com.my/ Tadi?

Lone Ranger VVIP: Secara terus terang teknik yang saya gunakan utk menggodam http://westernelevators.com.my/ adalah dengan cara file uploader n temper data

[GH]: Apakah pandangan anda tentang keselamatan laman sesawang yang terdapat di malaysia?

Lone Ranger VVIP: Bagi saya laman sesawang Malaysia adalah antara laman yang mudah digodam berbanding negara lain. Bukan nak menjatuhkan nama negara sendiri tetapi ini adalah kebenaran yang harus dipandang positif

[GH]: Pesanan anda kepada webmaster di malaysia?

Lone Ranger VVIP: Sentiasa lah berfikiran positif dan jangan lah bersedih kerana kami tidak akan pergi.(tersenyum)

[GH]: Sebelum saya mengakhiri perbualan ini, apakah ucapan anda kepada semua peminat it dimalaysia?

Lone Ranger VVIP: Teruslah berjuang didalam dunia siber yang tiada penghujungnya. dan hhe selamat hari raya kepada semua rakan2 yang mengenali diri ku. Minta maaf jika ada salah dan silap. from VVIP TEAM

Setakat itu sahaja perbualan ringkas kami bersama salah seorang ahli VVIP,diaharap artikel ini dapat memberi sedikit maklumat berguna untuk anda dan terima kasih kepada VVIP kerana sudi meluangkan masa bersama [GH]

Author: Unknown
Kembali Beraksi, laman sesawang malaysia dijadikan ujian - Lone Ranger VVIP di postkan oleh: Unknown
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif