Showing posts with label Dragon Foce. Show all posts
Showing posts with label Dragon Foce. Show all posts

Lagi Group Syiah Di Godam!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar pembaca di Gilerhackers? kami doakan anda didalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Berbicara mengenai topik syiah, kita boleh lihat semakin banyak post post di facebook berkenaan Syiah ini.
Apa itu syiah? kami cadangkan anda bertanya kepada para ilmuan islam yang arif.

Beberapa hari yang lepas, kami ada menulis berkaitan berita kumpulan syiah difacebook digodam oleh abang RileksCrew kita,hari ini [GH] dimaklumkan sekali lagi Group syiah digodam,Logo pada banner yang ditampal mungkin ada yang sudah tahu, mereka adalah dari Dragon Force Malaysia, Sudah lama [GH] tidak nampak Dragon Force beraksi,mereka yang panas dengan berita menyerang laman kerajaan malaysia satu ketika dahulu,sekali lagi Dragon Force tidak terkecuali mengenalkan diri mereka kepada umum.

2 group yang dipercayai menjadi tapak perhimpunan aktiviti syiah di alam maya:
1. dialog Ilmiyah Akidah Ahlu sunnah Vs syiah
2. Agama.com

Masing masing mempunyai bilangan sekitar 1,857 dan 24,804 berjaya digodam.Jika semua bilangan ini adalah pengikut tegar syiah, berapa lagikah yang masih belum diketahui bilangannya? fokus kepada Negara kita malaysia.bagi anda bagaimana?
Ingin hubungi kami? silalah hantarkan email ke gilerhackers@gmail.com

Daftar Masuk Akedemi Putera Army RileksCrew


Assalamualaiikum dan Selamat Sejahtera.
Di facebook [GH] ramai menunggu dan bertanya bilakah pengambilan sesi Putera Army RileksCrew yang seterusnya di adakan? ini mungkin berita baik kepada anda yang tertunggu tunggu, Pengambilan ke akedemi putera army rilekscrew yang ke-2 secara rasminya telah dibuka.


Kepada mereka yang belum tahu apa itu Putera Army Rilekscrew?
Pertama boleh rujuk DISINI, atau DISINI, Secara ringkasnya, Putera Army adalah sebuah kelas pembelajaran IT  percuma secara online dari Rilekscrew, didalam Putera Army, anda diajar asas berkaitan dunia komputer seperti, Asas membina website dengan wordpress, cara membuat laman web beserta tetapan databased, cara mencari kelemahan laman web, cara tembus keselamatan laman web, cara menjaga keselamatan identiti didalam talian, dan banyak lagi.

Seperti yang sebelum ini, diantara syarat syarat yang ditetapkan sebelum anda mendaftar masuk adalah seperti:
Peraturan jika sudah berada didalam Group.Sila ambil perhatian.
1- Ada dilarang mengguna sebarang jenis auto like, auto komen, auto post dan semua jenis aplikasi SPAM!
2- Ada Tidak digalakan komen dengan komen komen yang tidak mendatangkan Faedah atau jenis Sia-Sia kerana ini hanya akan memenuhkan ruangan komen.
3- Hormati Rakan rakan yang lain.Sila abaikan pertanyaan rakan yang mungkin tidak kena pada selera anda
4- Tidak boleh menimbulkan isu isu yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama rakan didalam komuniti
5- Anda dilarang post LINK didalam group, sama ada link berkaitan promosi, iklan seperti link Says,Churp2 dan sebagainya,
5- Anda bebas atau bersih dari Mana Mana kumpulan Penggodam
6- Jangan Riak atau berlagak jika pertanyaan salah seorang ahli didalam group mungkin di anggap NOOB.Putera Army mewujudkan komuniti untuk berkongsi ilmu, bukan tunjuk pandai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda dibawah, atau terus bertanya mereka di facebook " RileksCrew " di https://www.facebook.com/HackingCorps


TIPS
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi mereka yang berkaitan sebelum mengisi apa apa borang, kadang kadang kesilapan kecil boleh membuat permohonan anda tidak diterima
jangan lupa like [GH] di facebook juga!

Pengambilan Putera Army sesi Ke -3


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera!
Ada berita baik kepada anda yang terlepas atau tidak diterima ketika cuba memohon kemasukan akedemi Putera Army RileksCrew yang lepas. Jika anda baru mengikuti blog [GH], ada boleh rujuk artikel ini berkenaan Putera Army. [ baca disini ]

Kami dimaklumkan, Kumpulan pecinta IT malaysia "RileksCrew" akan membuat pengambilan ke akedemi Putera Army tidak lama lagi.Untuk mendapat info terkini berkaitan kelas kelas IT percuma dalam talian seperti ini, Jangan Lupa untuk sertai kami Di facebook GilerHackers.

Pertanyaan Lanjut, anda boleh ke Facebook Rasmi RileksCrew di www.facebook.com/HackingCorps

"Jika anda sokong Komuniti ini, kongsikan kepada rakan rakan anda dengan menekan button Like, Tweet, atau Share Dibawah.anda juga boleh menampal banner yang disediakan dibawah pada laman web anda sebagai tanda sokongan."

Dengan Kerjasama RileksCrew & Dragon Force Malaysia.

Jack Sparrow RileksCrew Tawan Facebook Raja Nusantara Empayar Langkasuka


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan [GH] dan juga kepada semua yang sentiasa menyokong [GH] sehingga ke hari ini.Terbaru berita yang kami terima dari seorang rakan berkenaan 1 akaun facebook yang sangat popular dengan gosipnya yang tersendiri.

Kami rasa tidak perlu jelaskan lagi siapa Raja Nusantara Group Empayar langkasuka, beliau lebih popular dari artis tempatan atau pun artis bollywood apatah lagi hollywood. ^_^.kami dari [GH] Tidak menafikan lagi kepakaran seorang penggodam tanah air yang biasa di gelar Raja Facebook, Jack Sparrow RileksCrew .

Mengikut apa yang dimaklumkan kepada kami, Raja Facebook, Jack Sparrow baru sahaja menawan Akaun Facebook milik Raja Nusantara Group Empaya langkasuka sekaligus memadam akaun tersebut diatas sebab sebab tertentu.dibawah adalah bukti email dan facebook yang berjaya diceroboh Jack Sparrow RileksCrew



Kami terus menghubungi RileksCrew di Facebook mereka untuk bertanya bagaimana kaedah yang digunakan untuk menceroboh akaun mangsa.Mereka menjelaskan, " dengan pengunaan teknik teknik tertentu dan tools tools khas yang direka untuk mencari email,no telefon, termasuk beberapa butiran peribadi " dan ia adalah hasil kerjasama rakan rakan yang banyak membantu diantaranya ialah:
Lod vvip, Incik Lanun, Dboyz Sierra, Shah Linux, Angahx Ler, Ottochick, Azrai Lee, Moon Shiny, HM, AtomMota dan RC Supporter

Facebook Raja Nusantara  Group Emaya langkasuka: https://www.facebook.com/rajanusantaragroup.eplnusantara yang selamat dihapuskan kumpulan mereka. Jika anda ingin berkenalan dengan RileksCrew dengan Lebih rapat, silalah ke facebook mereka DISINI

RileksHost! Hosting Like A Boss Percuma


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Selepas melancarkan program Putera Army RileksCrew..Kini Rilekscrew mengeluarkan 1 lagi produk jenama mereka sendiri, RileksHost.com Free Hosting.

RileksHost.com merupakan 1 perkhidmatan hosting percuma untuk kegunaan semua.Apa yang menarik tentang RileksHost.com ialah dimana perkhidmatan hosting percuma ini dibangun kan oleh kumpulan Rilekscrew sendiri.dengan slogan kata "Hosting Like A Boss" mengambarkan betapa ianya begitu mesra pengguna.

Dibawah adalah salah satu website/blog yang menggunakan perkhidmatan RileksHost dan juga merupakan hasil pembelajaran mereka di Putera Army RileksCrew.


Terus ke blog : http://ichigo.pa-rc.org

Jika anda tidak mempunyai domain sendiri,rilekshost menyediakan sub-domain pa-rc.org secara percuma untuk pengguna yang mendaftar di RileksHost.jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan RileksHost,Hubungi RileksCrew di Facebook mereka Disini.

Dragon Force Melancong ke Hongkong


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, Lama [GH] tidak dengar khabar tentang Dragon Force, mungkin ramai yang sudah mengenali mereka, sebelum ini [GH] juga pernah menulis artikel berkaitan kelas it percuma yang dianjurkan oleh pihak Dragon Force.

[GH] dimaklukan oleh seorang rakan difacebook memberitahu kami, Dragon Force melancong ke Hongkong.betul ke? Setelah melayari pautan yang diberi kepada kami,rupanya Dragon Force Malaysia (DF) baru sahaja melakukan defacement pada laman utama Canon Hongkong beralamat www.canon-ebm.com.hk.

(* Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh lihat mirror disini: http://www.zone-h.com/mirror/id/19678617)

Tepapar pada laman utama logo rasmi Dragon Force yang diselitkan dengan perkataan kecil RileksCrew tredmark, dan juga beberapa logo kumpulan penggodam tempatan yang lain seperti, Newbie3vilco63s, Cyber Army C4, VVIP black Hat team, T3dimension dan Catdevilzcode.

[GH] segera menghubungi pihak Dragon Force pada fanpage facebook mereka untuk bertanya kaedah atau cara yang digunakan, tetapi mereka mengatakan hanya mengunakan kaedah (method) SQLI dan teknik rahsia yang tidak boleh dikongsi kepada umum.

Apa pun [GH] ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Dragon Force kerana sudi membalas pertanyaan kami.
kepada anda yang ingin menyumbang terhadap pembangunan GilerHackers dengan membeli tshirt GilerHackers VIP member boleh la rujuk DISINI [+Link] . tinggal 24 lagi tempat kosong untuk di isi.. [GH] juga mengucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami sehingga kehari ini. U ROCK BRO'

Hong Leong Bank Kena Hack

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan [GH] yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kami.Berita yang agak mengejutkan kami ketika mendapat tahu bahawa laman Hong Leong Bank Malaysia digodam sekitar 10 minit yang lepas. Laman Hong Leong bank Malaysia, www.hlam.com.my diceroboh! Penggodam yang berniat jahat mengubah laman utama kepada defacement mereka yang disertakan sebuah video seolah-olah ingin menyampaikan mesej tertentu kepada kerajaan Malaysia.

Screen shoot:

Link: http://www.hlam.com.my/
Mirror: http://www.hack-db.com/312903.html

video yang diletakan pada defacement bertajuk "This is Satu Malaysia


Penggodam tempatan yang dikenali dengan nama KamiSec Team mendakwa, kelemahan sistem pada bahagian pentadbir membuatkan laman berkenaan digodam.
"Kami Test Sekadar Untuk Menguji tahap web itu . dan kami juga mengiklan kan video dari Be End- hahahaha "- KamiSec Team.

Bagi pendapat [GH], perbuatan seperti ini tidak sepatutnya berlaku, selain boleh mencemarkan nama malaysia, kita juga haruslah bersikap profesional,[GH] juga ingin menegaskan disini, kami tidak berpihak pada mana mana pihak, kami cuma memberi pendapat  peribadi sahaja. Pandangan dan komen terpulang kepada pembaca untuk menilai.walupun begitu, pihak webmaster sepatutnya mengambil serius terhadap keselamatan laman webs pelangan mereka, lebih lebih lagi laman penting seperti ini.

Pendaftaran Ke Kelas Dragon Force Trooper Siri ke 4


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera. Seperti yang dijanjikan, kami dari warga GilerHackers akan memaklumkan secara ringkas berkenaan kelas it yang dianjurkan oleh pihak dragon force malaysia.Buat pengetahuan pembaca pembaca GH. kelas DF ini sudah lama diadakan dari DF1 sehingga yang kali ke empat ini.

Secara ringkas. ia diwujudkan bertujan berkongsi ilmu pengetahuan supaya lebih ramai rakyat malaysia untuk berminat didalam dunia it.selain itu,Ia memwujudkan 1 komuniti dimana belia belia malaysia berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain demi menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih akrab ^_^

Selain DF-Trooper, Dragon Force malaysia juga pernah membuka kelas DF-Baby, DF-Monster, DF-Media.okey tanpa membuang masa, kepada anda yang berminat untuk menyertai, sila isikan borang selengkapnya dengan klik banner diatas.

untuk dapatkan password, sila rujuk di facebook GilerHackers. Kami hanya memilih 5 pembaca yang bertuah sahaja untuk mengikuti kelas anjuran Dragon Force ini.selebihnya sila rujuk pada Page rasmi Dragon Force Malaysia.

Soalan Lazim.
Dimana kelas ini diadakan?
Kelas ini diadakan hanya didalam dunia maya, atau lebih mudah dsisebut secara online,info lanjut sila layari www.facebook.com/Dragonforce.malaysia

*Tertanya-tanya apa yang akan datang selepas SPM?

DragonForce Kembali Aktif


 Selamat malam dan salam 1 Malaysia. sekian lama kumpulan pengodam yang dikenali sebagai DragonForce mendiamkan diri, kini mereka muncul sekali lagi di alam maya ini.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif