Showing posts with label T3dimension. Show all posts
Showing posts with label T3dimension. Show all posts

Dragon Force Melancong ke Hongkong


Assalamualaiikum dan Selamat sejahtera, Lama [GH] tidak dengar khabar tentang Dragon Force, mungkin ramai yang sudah mengenali mereka, sebelum ini [GH] juga pernah menulis artikel berkaitan kelas it percuma yang dianjurkan oleh pihak Dragon Force.

[GH] dimaklukan oleh seorang rakan difacebook memberitahu kami, Dragon Force melancong ke Hongkong.betul ke? Setelah melayari pautan yang diberi kepada kami,rupanya Dragon Force Malaysia (DF) baru sahaja melakukan defacement pada laman utama Canon Hongkong beralamat www.canon-ebm.com.hk.

(* Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh lihat mirror disini: http://www.zone-h.com/mirror/id/19678617)

Tepapar pada laman utama logo rasmi Dragon Force yang diselitkan dengan perkataan kecil RileksCrew tredmark, dan juga beberapa logo kumpulan penggodam tempatan yang lain seperti, Newbie3vilco63s, Cyber Army C4, VVIP black Hat team, T3dimension dan Catdevilzcode.

[GH] segera menghubungi pihak Dragon Force pada fanpage facebook mereka untuk bertanya kaedah atau cara yang digunakan, tetapi mereka mengatakan hanya mengunakan kaedah (method) SQLI dan teknik rahsia yang tidak boleh dikongsi kepada umum.

Apa pun [GH] ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Dragon Force kerana sudi membalas pertanyaan kami.
kepada anda yang ingin menyumbang terhadap pembangunan GilerHackers dengan membeli tshirt GilerHackers VIP member boleh la rujuk DISINI [+Link] . tinggal 24 lagi tempat kosong untuk di isi.. [GH] juga mengucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami sehingga kehari ini. U ROCK BRO'

International University Colleges | INTI kene hacked!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Kami di [GH] menerima berita terbaru dimana INTI atau University International Colleges Digodam penggodam tempata pada hari ini.


Screen Shot di atas menunjukan bukti laman INTI diceroboh:
http://newinti.edu.my/main/?p=7247
http://zone-h.org/mirror/id/18699514

Apa yang dimaklumkan kepada kami, teknik yang digunakan penggodam adalah SQL injection.Mereka menerjah masuk melalui salah satu link yang dikatakan mempunyai vulnerable.
kelemahan dijumpai pada subdomain INTI, (http://m.newinti.edu.my/**************.php?id=45) membolehkan ianya digodam.

Penggodam yang mengelar diri mereka dengan nama kumpulan T3dimension dilihat lebih gemar menggodam laman sesawang malaysia (dot my) kemungkinan mengingatkan kepada webmaster supaya lebih telita terhadap tahap keselamatan mereka.

Kami sekali lagi mengingatkan kepada webmaster dan admin untuk lebih teliti didalam mengemaskini website mereka dan mencari lubang lubang yang terdapat pada laman web mereka, lebih lebih lagi kepada website yang berprofile tinggi seperti diatas.

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif