Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Cara Mudah Menukar Mata Wang USD ke Ringgit Malaysia Menggunakan Google

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, Salam perpaduan.
Jika anda mempunyai masalah untuk mengira mata wang asing seperti menukar nilai USD kepada Ringgit Malaysia (RM),Mungkin hanya dengan menggunakan enjin carian Google sahaja,ia dapat membantu anda.Seperti yang kita tahu, google mempunyai banyak kelebihan yang memudahkan penggunanya.


Bagi mereka yang belum tahu, hari ini [GH] akan berkongsi tips bagaimana menggunakan enjin carian google untuk menukar nilai USD kepada RM dengan cepat dan Mudah.

Pertama sekali pergi ke google.com dan masukan jumlah nilai yang hendak ditukar kepada ringgit malaysia ke dalam kotak carian google (search box).Contoh seperti diatas,

 [GH] mengambil contoh menukar 3.96 Usd.kepada Ringgit Malaysia (RM). anda hanya perlu menaip
"3.96 usd in rm" dan tekan enter. hasilnya bersamaan RM12.28.Mudahkan? selamat mencuba, semoga artikel ringkas ini memberi banyak manfaat untuk kita semua,Jangan lupa untuk menekan button Share dibawah ya ^_^!

Google lancar Chromebook Pixel


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).

“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.
“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet.

Mulakan Kempen Pemasaran Enjin Carian Anda

Kali ini, ketahui cara terbaik untuk mengetahui sasaran pemasaran anda dan bagaimana Google AdWords membantu mengiklankan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda secara dalam talian.

Tetapkan Sasaran Untuk Produk Anda

Untuk permulaan, bangunkan sasaran pemasaran yang praktikal untuk produk-produk yang ingin anda iklankan untuk sesuatu tempoh.

Di antara perkara yang boleh ditetapkan adalah untuk menambah pengunjung ke laman web serta meningkatkan jualan.

Seterusnya, kaji semula bajet bagi pemasaran carian anda dan tetapkan amaun yang anda ingin gunakan untuk mencapai sasaran tersebut melalui dua kaedah:

Pilih belanjawan berdasarkan pendapatan yang disasarkan untuk dijana melalui kempen pemasaran enjin carian.

Tetapkan belanjawan mengikut peratusan daripada jualan untuk menampung kos pengiklanan iaitu antara 10 peratus sehingga 20 peratus bergantung kepada sesuatu perniagaan.
Faktor lain yang perlu diambil kira adalah tempoh ujian kempen pemasaran carian anda.

Kami menggalakkan pengguna untuk membuat ujian sekurang-kurangnya selama sebulan untuk mendapatkan data yang mencukupi untuk memahami trend.

Pemasaran Carian dengan Google
Apabila ia melibatkan pemasaran carian, perkara utama yang perlu diketahui adalah berkaitan dengan perbezaan antara senarai carian asal dan juga iklan berbentuk pautan tajaan.

Bagaimana Pemasaran Enjin Carian Berfungsi?

AdWords adalah platform pemasaran carian daripada Google, yang memaparkan iklan pada bahagian "Sponsored Links" di laman hasil carian di Google.

Sebagai pengiklan, anda boleh memilih kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan dan perkhidmatan anda.

Kemudiannya, anda boleh membuat iklan berbentuk teks untuk menyasarkan pelanggan yang berpotensi apabila mereka membuat carian berkaitan pada Google.

Pengiklan hanya membayar apabila pelanggan mengklik iklan tersebut, manakala memperlihatkan iklan mereka kepada umum adalah percuma.

Bagaimana AdWords boleh membantu mengiklan perniagaan secara dalam talian?

AdWords akan memperlihatkan iklan anda lebih kerap berdasarkan kepada belanjawan anda, supaya klik yang diterima tidak melebihi belanjawan yang ditetapkan oleh anda.

Anda juga boleh menetapkan masa anda sendiri; bila ingin memulakan pengiklanan atau menghentikan kempen dan sebagainya. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk mengubah lokasi sasaran dan juga bahasa.

Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?


Cuba jika situasi ini berlaku di negara kita, Malaysia? Google dikatakan akan keluar dari negara China sebagai bantahan di atas tindakan kerajaan China bertindak menapis Perkhidmatan akses Internetnya. Walaupun hanya 30% rakyat China yang menggunakan Google kerana di sana lebih tertumpu mereka lebih tertumpu kepada carian Baidu, tetapi kesan besarnya tetap ada kepada China.

BEIJING 14 Jan. – China akan mengalami kerugian besar, sekiranya Google mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan perkhidmatan di negara itu berikutan serangan siber serta penapisan Internet, dengan menyatakan bahawa rakyat negara ini seharusnya diberikan hak bebas untuk mengakses maklumat.

“Sekiranya negara paling padat dengan penduduk di dunia ini gagal menyediakan ‘tempat berpijak’ yang selesa buat enjin pencarian terkenal dunia, ia akan mengakibatkan halangan dan kerugian besar kepada budaya Internet China,” lapor akhbar berbahasa Inggeris Global Times yang juga lidah rasmi kepada Parti Komunis.

Laporan itu menyebut, jika syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 360 juta pengguna dalam talian di dunia itu keluar dari China, ia akan mengakibatkan ‘kerugian amat besar kepada komitmen jangka panjang inovasi, begitu juga dengan masa depan perniagaan di negara ini. Google kelmarin memaklumkan, syarikat itu tidak akan tunduk lagi kepada penapisan Internet oleh kerajaan China dan berdepan risiko tersingkir daripada pasaran yang menguntungkan ini sebagai membantah serangan siber yang disasarkan kepada aktivis hak manusia di negara ini.

“Lebuh raya maklumat ini bukan sahaja memerlukan pemanduan yang selamat, tetapi juga aliran lalu lintas yang bebas. Untuk kepentingan hak majoriti, aliran maklumat bebas perlu diberi keutamaan kepada masyarakat awam. “Tindakan Google dan China yang berbeza haluan, akan menjejaskan kedua-dua pihak,” lapor Global Times.

China berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan berhubung pengumuman Google. Usaha mendapatkan ulasan daripada Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Teknologi Maklumat masih belum berhasil. Global Times yang menyiarkan berita tersebut pada muka depannya begitu juga dengan akhbar China Daily melaporkan bahawa sementara penapisan perlu dalam ‘peralihan masyarakat’ seperti di China bagi mengekalkan kestabilan sosial, sempadan tertentu adalah perlu.

“Kerajaan perlu berhadapan cabaran untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam ‘lebuh raya maklumat’,” lapor akhbar tersebut. –
AFP

*Shield your home from crime and natural disasters in this brand new game and stand to win a 42" LED TV
*Create Malaysia's Own Wonderland Together with Yuna.


China boleh dikatakan negara yang berpendirian. Berpendirian sampai bila kita tak tau. Mungkin selepas kena “acah” dengan Google, China akan mengalah. Siapa yang tahu? Mungkin ada sebab musabab China bertindak sebegitu. Untuk sistem komputer military di China contohnya, mereka menggunakan custom made Linux OS aka Red Herring. Semestinya China mementingkan soal keselamatan dan sukar untuk mereka meletakkan sepenuh kepercayaan dengan OS seperti Windows.

Katakanlah Google berniat jahat dengan membuat backdoor movement bertujuan untuk menyebarkan sentimen anti kerajaan China. Contohnya, Kongres America menyuruh Google mengubah hasil carian pengguna Google. Google tu bukan siapa lagi, kroni-kroni rapat Amerika Syarikat juga.

* Search “History of China ” keluar website propaganda anti Parti
* Search “Economy of China ” keluar website propaganda anti Parti

Memang unpredictable (sesuatu yang susah untuk dijangka) tetapi kemungkinan tersebut tetap ada. Contohnya, cuba bayangkan pegawai tinggi MINDEF Amerika membincangkan strategi perang menggunakan Google Talk, platform Windows, aplikasi Firewall dan Cisco. Even kalau anda chat guna Yahoo Messenger tu, sistem admin mereka boleh tahu apa anda komunikasi di YM selama ini. Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikat dan kebenarannya. Caranya :

* Google Talk -> capture -> hantar ke US Secret Intel
* MS Windows -> capture packet -> hantar pattern ke US Secret Intel
* Cisco -> capture packet -> hantar ke US secret Intel


Kesan kepada China? Ada…siapa kata tiada. Sebab banyak syarikat besar sana menggunakan aplikasi yang kebanyakan ada pada Google, dan kemungkinan besar terdapat syarikat-syarikat yang mula gulung tikar dan berpindah ke negara lain disebabkan IT limited access. Mungkin itu antara sebabnya Google dilihat bertindak berani mengugut China, sebab banyak pelaburan asing di sana.

P/S : Inilah dinamakan serangan secara halus ke atas China dengan menggunakan psikologi

Diharap Malaysia tidak mengikut jejak langkah China melakukan penapisan Internet sehingga boleh menyebabkan Google menyekat perkhidmatan untuk Malaysia. Minta-minta dijauhkan sekali. Sukar untuk rakyat Malaysia mencari info sebenarnya. Betul tak? Dan ini mungkin satu amaran kepada kerajaan Malaysia sebenarnya dan juga negara-negara yang lain…

Sumber Rujukan beritasemasa

Tags:  no google in china,google,china benci google,google benci china,china poyo

DragonForce Kembali Aktif


 Selamat malam dan salam 1 Malaysia. sekian lama kumpulan pengodam yang dikenali sebagai DragonForce mendiamkan diri, kini mereka muncul sekali lagi di alam maya ini.

Google pakistan digodam?


Benarkah google pakistan google.pk digodam the hackers army?
mesej yang ditinggalkan the hackers army pada defacement mereka:
Restore!:

Total NIC BackUp!
Shame on Pakistani security Experts
If You Dont know security please dont Handle such High Domains

Dear admin,
You People Even dont know the security meaning asholes

You Dont have self respect but i feel shame
Now You should PackUp Your Sytem and saty away!

we are:
TheHackersArmy| @Pakbugs | @1337 | @DR.Torjan
|
http://adv.google.com.pk/
sumber lain yang di cari do zone -h : google.com.pk hacked =http://zone-h.org/mirror/id/18639528

Persoalan nya.. betulkah wujud domain google.com.pk dari google atau mereka mengunakan teknik teknik rahsia :p

Artikel ini ditulis oleh: PerantauSenja Facebook: perantausenja.inc Twitter: @perantausenja 
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif