Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google?

File Under:

Cuba jika situasi ini berlaku di negara kita, Malaysia? Google dikatakan akan keluar dari negara China sebagai bantahan di atas tindakan kerajaan China bertindak menapis Perkhidmatan akses Internetnya. Walaupun hanya 30% rakyat China yang menggunakan Google kerana di sana lebih tertumpu mereka lebih tertumpu kepada carian Baidu, tetapi kesan besarnya tetap ada kepada China.

BEIJING 14 Jan. – China akan mengalami kerugian besar, sekiranya Google mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan perkhidmatan di negara itu berikutan serangan siber serta penapisan Internet, dengan menyatakan bahawa rakyat negara ini seharusnya diberikan hak bebas untuk mengakses maklumat.

“Sekiranya negara paling padat dengan penduduk di dunia ini gagal menyediakan ‘tempat berpijak’ yang selesa buat enjin pencarian terkenal dunia, ia akan mengakibatkan halangan dan kerugian besar kepada budaya Internet China,” lapor akhbar berbahasa Inggeris Global Times yang juga lidah rasmi kepada Parti Komunis.

Laporan itu menyebut, jika syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 360 juta pengguna dalam talian di dunia itu keluar dari China, ia akan mengakibatkan ‘kerugian amat besar kepada komitmen jangka panjang inovasi, begitu juga dengan masa depan perniagaan di negara ini. Google kelmarin memaklumkan, syarikat itu tidak akan tunduk lagi kepada penapisan Internet oleh kerajaan China dan berdepan risiko tersingkir daripada pasaran yang menguntungkan ini sebagai membantah serangan siber yang disasarkan kepada aktivis hak manusia di negara ini.

“Lebuh raya maklumat ini bukan sahaja memerlukan pemanduan yang selamat, tetapi juga aliran lalu lintas yang bebas. Untuk kepentingan hak majoriti, aliran maklumat bebas perlu diberi keutamaan kepada masyarakat awam. “Tindakan Google dan China yang berbeza haluan, akan menjejaskan kedua-dua pihak,” lapor Global Times.

China berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan berhubung pengumuman Google. Usaha mendapatkan ulasan daripada Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Teknologi Maklumat masih belum berhasil. Global Times yang menyiarkan berita tersebut pada muka depannya begitu juga dengan akhbar China Daily melaporkan bahawa sementara penapisan perlu dalam ‘peralihan masyarakat’ seperti di China bagi mengekalkan kestabilan sosial, sempadan tertentu adalah perlu.

“Kerajaan perlu berhadapan cabaran untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam ‘lebuh raya maklumat’,” lapor akhbar tersebut. –
AFP

*Shield your home from crime and natural disasters in this brand new game and stand to win a 42" LED TV
*Create Malaysia's Own Wonderland Together with Yuna.


China boleh dikatakan negara yang berpendirian. Berpendirian sampai bila kita tak tau. Mungkin selepas kena “acah” dengan Google, China akan mengalah. Siapa yang tahu? Mungkin ada sebab musabab China bertindak sebegitu. Untuk sistem komputer military di China contohnya, mereka menggunakan custom made Linux OS aka Red Herring. Semestinya China mementingkan soal keselamatan dan sukar untuk mereka meletakkan sepenuh kepercayaan dengan OS seperti Windows.

Katakanlah Google berniat jahat dengan membuat backdoor movement bertujuan untuk menyebarkan sentimen anti kerajaan China. Contohnya, Kongres America menyuruh Google mengubah hasil carian pengguna Google. Google tu bukan siapa lagi, kroni-kroni rapat Amerika Syarikat juga.

* Search “History of China ” keluar website propaganda anti Parti
* Search “Economy of China ” keluar website propaganda anti Parti

Memang unpredictable (sesuatu yang susah untuk dijangka) tetapi kemungkinan tersebut tetap ada. Contohnya, cuba bayangkan pegawai tinggi MINDEF Amerika membincangkan strategi perang menggunakan Google Talk, platform Windows, aplikasi Firewall dan Cisco. Even kalau anda chat guna Yahoo Messenger tu, sistem admin mereka boleh tahu apa anda komunikasi di YM selama ini. Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikat dan kebenarannya. Caranya :

* Google Talk -> capture -> hantar ke US Secret Intel
* MS Windows -> capture packet -> hantar pattern ke US Secret Intel
* Cisco -> capture packet -> hantar ke US secret Intel


Kesan kepada China? Ada…siapa kata tiada. Sebab banyak syarikat besar sana menggunakan aplikasi yang kebanyakan ada pada Google, dan kemungkinan besar terdapat syarikat-syarikat yang mula gulung tikar dan berpindah ke negara lain disebabkan IT limited access. Mungkin itu antara sebabnya Google dilihat bertindak berani mengugut China, sebab banyak pelaburan asing di sana.

P/S : Inilah dinamakan serangan secara halus ke atas China dengan menggunakan psikologi

Diharap Malaysia tidak mengikut jejak langkah China melakukan penapisan Internet sehingga boleh menyebabkan Google menyekat perkhidmatan untuk Malaysia. Minta-minta dijauhkan sekali. Sukar untuk rakyat Malaysia mencari info sebenarnya. Betul tak? Dan ini mungkin satu amaran kepada kerajaan Malaysia sebenarnya dan juga negara-negara yang lain…

Sumber Rujukan beritasemasa

Tags:  no google in china,google,china benci google,google benci china,china poyo

Author: Perantau Senja
Isu Penapisan Internet. Siapa Rugi? China atau Google? di postkan oleh: Perantau Senja
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif