Showing posts with label gov.my. Show all posts
Showing posts with label gov.my. Show all posts

Portal Rasmi RoyalSulu.com digegar letupan DDOS

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana sentiasa bersama [GH]. Terbaru kami menerima laporan mendakwa laman rasmi diraja Sulu beralamat www.royalsulu.com telah kecundang akibat terkena serangan DDOS!

dibawah adalah screenshot yang sempat [GH] ambil.

Selain dari laman royalsulu.com, beberapa raman milik kerajaan filiphina juga mendapat nasib yang sama selepas salah satu laman rasmi kerajaan malaysia (malaysia.gov.my) diserang dengan serangan DDOS juga.


Sejurus kejadian terbabit, penggodam penggodam Philippine memberi Amaran kepada kumpulan penggodam tempatan khasnya dari kalangan bertopi hitam (black hat) supaya tidak menganggu dunia cyber mereka atau Penggodam Malaysia khasnya menerima padah seperti yang cuba dilakukan sekumpulan penggodam china.

bukti gambar yang diambil dari page ANONYMOUS PH.
- Berita lanjut akan dikemaskini oleh Author Author GH.. jangan lupa bookmark kami ya :D

Susulan isu GODAM "penipuan perdana menteri letak jawatan"


Assalamualaiikum,dan selamat sejahtera. sebelum ini GH pernah menulis artikel berkaitan Laman Rasmi e-Penerangan Digodam "sofea hana". Isu ini benar benar menjadi hanggat selepas mendapat perhatian beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa!

Terbaru, Mengikut sumber dari  salah satu akhbar tempatan, Isu tentang Penipuan Dato Sri Najib meletak jawatan menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan mana mana kenyataan berkaitan tersebut dan ia adalah salah satu daripada perilaku Jenayah Siber!.Mengikut kenyataan,Siasatan mengesan alamat IP yang digunakan penggodam bukanlah dari Malaysia.
"Kami telah menjejaki alamat IP dan ia bukan alamat tempatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Putrajaya hari ini.
"Ia adalah asing, tetapi saya tidak akan menyebut negara ini kerana kami percaya penggodam boleh membuat perebutan alamat IP mereka.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah menyedari serangan dan telah memulakan siasatan.
"Kami juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perdana Menteri," kata Ibrahim, yang menyifatkan serangan siber sebagai "langkah terdesak" oleh pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan reputasi kerajaan dan jabatan.
"Ia seolah-olah bahawa sejak kebelakangan ini, ada telah serangan terhadap laman web kerajaan walaupun ini adalah kali pertama bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press telah digodam," katanya
Dimaklumkan juga pihak mereka akan mencari dan memperkuatkan sistem keselamatan laman sesawang mereka. - Thesundaily

GH berharap selepas ini pihak yang terlibat mengambi lebih berat terhadap sistem keselamatan mereka lebih lebih lagi website yang penting seperti ini dan berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Jika anda mempunyai berita yang ingin dilaporan kepada kami, sila emailkan kepada gilerhackers@gmail.com

Laman rasmi Parlimen Malaysia digodam Sofea Hana!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Berita terbaru! Penggodam yang dikenali dengan nama Sofea Hana sekali lagi menyerang laman sesawang milik kerjaan malaysia.kali ini laman Parlimen.gov.my pula dijadikan sasaran!
sebelum ini [GH] pernah menulis artikel mengenai sofea hana menggodam beberapa laman sesawang kerajaan malaysia. [baca disini]

Link defacemnet: http://www.parlimen.gov.my/images/
Mirror: http://zone-h.org/mirror/id/19337101

GH berharap selepas ini webmaster lebih peka dan memandang ianya sebagai perkara penting lebih lebih lagi berkenaan dengan laman sesawang milik kerajaan malaysia sendiri.

jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila email kepada kami di gilerhackers@gmail.com

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera!
Berita terbaru dari GHmember!
Laman rasmi kementerian pelajaran malaysia digodam! mengikut sumber dan maklumat dari Team member kami, Laman rasmi pelajaran malaysia beralamat www.moe.gov.my ditembus masuk penggodam tempatan sendiri!

Penggodam yang lebih selesa digelar DevilzSec sekali lagi menyerang laman sesawang malaysia dengan alasan system keselamatan tidak dijaga dengan baik.Walau bagaimana pun, mengikut keterangan salah seorang Ahli DevilzSec,tindakan yang dilakukan hanyalah sebagai mencuba tahap keselamatan supaya laman yang penting seperti ini dijaga dengan baik.

screenshoot:

page defacement :

Admin masih bernasib baik kerana tiada apa apa kerosakan teruk yang berlaku diatas laman mereka,Selain itu ,Portal i-sayang dan SISTEM PERMOHONAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH SWASTA juga diceroboh.

Lihat jumlah keseluruhan laman yang digodam DevilzSec di Zone-H.org

*Running Man best giler! siapa pasukan pilihan anda?
*What Does A Motorsports Manager Actually Do???

Laman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
GH dimaklumakan dari rakan di facebook mengenai satu laman rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan digodam 'Sofea hana'

Screenshot:

Mengikut defacement atau paparan yang terdapat padan laman utama Jawi.gov.my,Penggodam se olah olah ingin menyampaikan mesej pesanan yang tertentu kepada pihak "JAWI" ,
diantara jejak yang ditinggalkan pada laman "Jawi"

"bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. maka apabila pemimpin-pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain" [H.R Imam Muslim]

ps/ Penggodam juga meninggalkan link video ustaz azhar sebagai tontonan kepada pelawat ^_^

DragonForce Kembali Aktif


 Selamat malam dan salam 1 Malaysia. sekian lama kumpulan pengodam yang dikenali sebagai DragonForce mendiamkan diri, kini mereka muncul sekali lagi di alam maya ini.

Lagi laman kerajaan diserang dan diberi peringatan!



Assalamualaiikum kepada pembaca di gilerhackers.Terima kasih kerana masih menyokong kami sebagai satu media informasi siber anda.Sejak kebelakangan ini, [GH] perhatikan banyak laman laman malaysia dijadikan sasaran penggodam tempatan sendiri.



Hangat dibicarakan di group group,komuniti pencinta it, ada yang mempertikaikan dan ada yang memberi pendapat masih masih tentang isu ini.Bagi [GH] defacement atau apa apa yang ditinggalkan kepada laman sesawang dimalaysia haruslah dipandang secara positif,sekiranya ianya digodam,ini bermaksud sesebuah laman sesawang itu mempunyai bug bugs tertentu atau vuln yang tersendiri, dan sebab itu lah ianya digodam.



[GH] tertarik dengan satu defacement yang ditinggalkan oleh salah seorang ahli Phantom Crew pada laman

http://www.ihm.moh.gov.my/htaccess.txt :



#~Security test by D3f4c3rPHC

Nothing Is Secure when PHC In the Job.


Message:Kenapa pihak admin tidak meletakkan email khas untuk bug reporter?Bila upload file *.txt buat endah tak endah.
        Ingat,Jangan Salahkan Kami Jika INDEX.PHP diedit dan diletakkan source code kami.Vulnerability pada website admin
        telah saya buang.(jangan marah saya).Cukup sampai disini sahaja nasihat saya untuk admin.Jika hendak menghubungi saya,
        admin boleh la add saya di facebook https://www.facebook.com/Frozencrew.Ingat,kami masih dalam alam remaja.Maafkan Kami
        jika kami nakal :D.

PhantomCrew Official Member:
-NoEntryPhc/.DefacerPhantomCrew/.HskCoolPhc/.SanjiPhc/.PersonantSecPhc/.LolzShieldPhc/.WhitehexorPhc-

#Kami Jumpa,Kami Kongsi,Kami Godam.

greets to malaysian h4x0r:
-RileksCrew/.Dragon Force/.La. Crews/.Newbie3vil6odes/.Flux Security/.PhantomCrews/.MachoCyberCrime-
Masing masing boleh memberi pendapat, suarakan pendapat anda dibawah.


Artikel ini ditulis oleh: GilerHackers
Facebook: GilerHackers Twitter: @gilerhackers 

72 laman IPT termasuk laman Politeknik Metro JB digodam!

   


Assalamualaikum dah Salam 1 Malaysia kepada semua peminat tegar [GH]. sebelum ini kita dikhabarkan melalui laman KenaHack [KH] yang laman rasmi Universiti Malaysia Pahang telah digodam oleh seorang pengodam yang menggelarkan dirinya sebagai Sofea Hana. Kini kami dimaklumkan oleh rakan laman social facebook berkenaan laman rasmi Politeknik Metro JB sekali lagi digodam oleh Sofea Hana dari kumpulan LanunHitamCrew (LHC) dan Newbie3vilCod3s (NEC)






    Berikut adalah Screenshot yang sempat kami ambil hasil defacement dan mesej yang ditinggalkan oleh pengodam tersebut.

    pautan ke laman Politeknik Metro JB http://portal.politeknikmetrojb.edu.my/v2/

    kami juga difahamkan terdapat 2 lagi laman sesawang turut diceroboh oleh Kumpulan yang yang sama. Motif serangan tidak dikenal pasti.

    Laman kerjaan Digodam Semperna sabutan ulang tahun merdeka

    Assalamualaiikum dan selamat hari kebangsaan malaysia yang ke 55 buat semua pembaca di gilerhackers! apa yang terbaru [GH] mendapat berita ialah dimana salah satu laman kerajaan sarawak (gov.my) digodam penggodam tempatan.

    Penggodam yang dikenali dengan nama kumpulan mereka DevilSec melakukan defacement pada paparan utaman laman (index) moeswk.gov.my. walau apa pun laman itu masih boleh di acses melalui link disini: http://www.moeswk.gov.my/kaska/en/div_hr.asp

    Screen Shot defacement yang dilakukan:

    Link: http://www.moeswk.gov.my/
    Mirror:  https://www.zone-h.org/mirror/id/18282093

    Apapun disini mengikut kajian [GH] tahap keselamatan pada laman sesawang malaysia masih pada tahap yang memuaskan.Diperhatikan sebegitu senang unutk para defacer defacer tidak kira luar atau dari malaysia sendiri menceroboh masuk.

    Dulu [GH] juga pernah mengeluarkan artikel berkenaan penggodam Myanmar menceroboh laman sesawang malaysia,Diharap ianya tidak dipandang remah oleh webmaster dan juga mengambil ikhtibar ini dari suduh positif supaya meningkatkan lagi keselamatan laman sesawang di malaysia.
     

    © Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
    Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif