Showing posts with label laman rasmi kerajaan. Show all posts
Showing posts with label laman rasmi kerajaan. Show all posts

Bantah Sekatan Facebook Dimalaysia, Laman RTM Di Ceroboh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan [GH] yang sentiasa menyokong [GH] . Terbaru berita yang kami terima dari seorang rakan di facebook berkenaan laman rtm yang digodam oleh "HAMBA ALLAH" . Seperti yang anda tahu Malaysia bakal sekat laman social facebook mungkin disebab kan itu penggodam ini bantah dengan kenyataan Hamidzun Khairuddin iaitu Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) . [ Malaysia Bakal Sekat Laman Social Facebook ]

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement::



 UNDANG UNDANG DUNIA TAKUT UNTUK DILANGAR ,
UNDANG UNDANG AKHIRAT BERANI DI LANGAR , 

DUNIA SUDAH TUA , TABUR DUIT DI SEJADAH BUKAN TABUR DUIT DI DUNIA . 
JANGAN SEKAT FACEBOOK ,
KALAU TIDAK KAMI RAMAI RAMAI TURUN JALAN RAYA :D

GRATZ BY : ALL MUSLIM IN THE WORLD :D 

PAWN BY : HAMBA ALLAH 


Link : http://www.rtm.gov.my/robots.txt
Mirror : http://www.hack-db.com/485568.html


Kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami .

Malaysia bakal sekat laman Social Facebook

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, betul ke malaysia bakal menyekat penggunaan facebook di negara ini? mengikut apa yang di laporkan pada laman sinar harian.
Apa kata anda? cuba bincangkan.


Laporan Dari Sinar Harian:
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.



Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.

Sofea Hana Kembali Serang Laman Web Kerajaan


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Setelah sekian lama sofea hana menyepi, terbaru kami menerima email dari anonymous yang mengatakan sofea hana sekali lagi melakukan serangan dan menuntut beberapa perkara pada defacement beliau.email yang kami terima sekitar pada pukul 5 petang tadi,oleh kerana terlalu banyak email yang masuk, kami memohon maaf diatas sedikit kelewatan untuk menyiarkan artikel ini.

Ini adalah diantara mesej yang dipaparkan pada defacement:
"Semalam bermula satu kegilaan, kami melihat kamu mengheret orang yang bercakap demi keadilan dibelakang tiang tiang besi, diiringi oleh penguatkuasa yang patut lindungi kami.

Kami cuba menamatkan kegilaan di Malaysia dengan dakwat dan kertas, tapi ada sesetengah pihak yang tak kenal harga darah dan air mata, moga mereka ada cukup untuk membayar harga ini kemudian hari.

kini kami akan menentang. sedikit demi sedikit. kami akan timpakan kamu dengan balasan yang setimpal. kami akan pastikan keadilan akan terlaksana. kami akan mula di alam maya. kami akan turun dan pastikan. kamu tidak terlepas. ini bukan amaran dan kami harap mesej kami jelas."

PESANAN BUAT SPR! KAMU TIPU PILIHANRAYA KAMI TUNTUT DI JALANRAYA!

Rakyat Prihatin,
Sofea Hana.
Perjalanan Dunia Menuju Abadi

Laman web yang digodam:
http://btpnperlis.moe.edu.my/fea/
http://www.jsis.jpm.my/
http://www.zone-h.org/mirror/id/19711470
http://zone-hc.com/archive/mirror/b824650_jsis.jpm.my_mirror_.html

Tiada maklumat lebih terperinci dilaporkan,sekali lagi kami berterima kasih diatas sokongan dan info yang dikongsi kepada kami.

GODAM LAMAN WEB MILIK KERAJAAN, DUA LELAKI DITAHAN



Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.

Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.

"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.

"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan. - BERNAMA
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Laman Kerajaan Nepal Digodam Muslim Cyber Sh3ll'z


Sekumpulan penggodam yang mengelar nama kumpulan mereka Muslim Cyber Sh3llz telah melakukan beberapa pelanggaran terhadap laman web kerjaan nepal.Sebelum ini, kumpulan tersebut juga pernah melakukan kerosakan yang sama pada laman web kerajaan Bangladesh dan Vietnam.

Senarai laman web yang terjejas:
Nepal Suruhanjaya Undang-undang (lawcommission.gov.np), deonuwakot.gov.np, www.dadokanchanpur.gov.np, Jabatan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar (dnpwc.gov.np), Ramgram Perbandaran (ramgram . gov.np), nidmc.gov.np.

Semua laman web yang digodam ditinggalkan sebuah mesej yang ringkas:
"Box owned by shockwave Khan! This time nepal Government Boxed xd. No comments".

Jika laman tersebut sudah dibaik pulih, anda boleh melihat mirror disini:
http://zone-h.com/mirror/id/19664452
http://zone-h.com/mirror/id/19664453

#Ops Bangladesh!. Malumat dan data peribadi kerajaan dilepaskan kepada umum

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Sebuah kumpulan penggodam dari bangladesh, Phr0zenMys Hacker yang sebelum ini pernah menggodam laman web Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendakwa telah melakukan serangan terhadap beberapa laman sesawang kerajaan bangladesh, (gov.bd).


Kenyataan yang dikeluarkan pada laman twitter mereka menjelaskan, serangan yang dilakukan bertujuan untuk memprotest kezaliman terhadap rakyat, penindasan, pembunuhan tanpa undang undang perhakiman , dan penyeksaan.

Laman yang diceroboh: www.rab.gov.bd
Maklumat kebocoran data boleh didapati di:  http://pastebin.com/UCmLkGxS

Tindakan Batalion Rapid atau RAB adalah sebuah unit elit anti-jenayah dan anti-keganasan Bangladesh. Tentera Batalion Polis Ordinan 1979.
Di bawah perintah Ketua Polis Negara (KPN), ia terdiri daripada anggota Polis Bangladesh,Tentera,Tentera Laut, Tentera Udara Bangladesh,Border Guard Bangladesh and Bangladesh Ansar.

Kementerian sains dan teknologi malaysia pula DIGODAM!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Diperhatikan sejak kebelakangan ini,kebanyakan laman kerjaan malaysia beralamat gov.my dijadikan mangsa keganasan siber! Selepas berita panas tentang serangan terhadap beberapa laman kerjaan digodam 'sofea hana' kini laman rasmi kementerian sains dan teknologi pula digodam!

Terbaru! sebuah kumpulan penggodam antarabangsa Anonghost telah menceroboh laman http://www.mosti.gov.my/ sekaligus merubah halaman kepada defacement dengan tujuan menyampaikan mesej mesej tertentu

screen shot defacement:


Lihat Mirror Disini

Mesej yang ditinggalkan:

To All Governments of the World,We are watching you , we can see what you're doing , we control you , we are everywhere.Rememeber this, The people you're trying to step on, we are everyone you depend on.

We are thepeople who do your laundry and cook your food and serve your dinner. We make your bed. We guard you while you are sleeping. We drive the ambulances. We direct your calls. We are cooks and taxi drivers, we are everyone you come into contact with on a daily basis. We know everything aboutyou.

We process your insurance claims and credit card charges. We control every part of your life.Together we stand against the injustice of corrupt Governments.We are anonymous. We are Legion.United as ONE. Divided by zero.We do not forgive Injustice.We do not forget Oppression.
Governments of the World..."We are AnonGhost, We are legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us."


mengikut pengalaman GH mendekati dunia penggodam, Anonghost lebih kepada menyampaikan mesej mesej berbentuk kebebasan,hak manusia, dan kedamaian.sebelum ini anonghost hanya menyerang laman sesawang israel dan beberapa negara NATO sahaja. tetapi apa yang kami hairan kenapa mereka mula menceroboh laman sesawang milik Malaysia?

Laman Rasmi E-Penerangan Sekali Lagi Digodam Sofea Hana!


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca GH. Pagi ini kami dikejutkan lagi dengan Portal Rasri Laman Akhbar E-Penerangan Kerajaan Malaysia di godam dengan Sofea Hana. Nampaknya Sofea Hana benar-benar bertekad ingin menyampaikan mesej memo yang yang kita boleh lihat pada defacement pada yang lepas. click sini 


 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif