Sekali lagi Haboque Ferus, seorang pengguna laman sosial Facebook, telah melakukan hacktiviti yang lain dari lain. Selepas berjaya melakukan defacement terhadap papan iklan yang berada di Suria KLCC, beliau masih meneruskan lagi usaha dalam bidang hacking pada sesuatu yang baru berkaitan dengan kad Touch and Go yang diguna pakai dengan meluas di Malaysia.
