Hack TnG dengan telefon bimbit nokia by Haboque Ferus

File Under:
Sekali lagi Haboque Ferus, seorang pengguna laman sosial Facebook, telah melakukan hacktiviti yang lain dari lain. Selepas berjaya melakukan defacement terhadap papan iklan yang berada di Suria KLCC, beliau masih meneruskan lagi usaha dalam bidang hacking pada sesuatu yang baru berkaitan  dengan kad Touch and Go yang diguna pakai dengan meluas di Malaysia.


Beliau menggodam papan iklan KLCC

Klik sini utk berita berkenaan KLCC
Kali ini, beliau telah menghasilkan sebuah video yang menunjukkan proses pengubahsuaian yang dilakukan. Di dalam video tersebut, beliau telah menghasilkan sebuah litar elektronik yang beliau telah pateri dan programkan sendiri. Video tersebut ada juga ada menunjukan proses pencubaan  secara terus pada sistem stesen KTM dan telah menunjukkan kejayaan projek tersebut. 


Proses pembuatan 

Apabila dihubungi oleh pihak [GH], beliau menerangkan bahawa beliau membina dua jenis litar yang berbeza, satu untuk membaca kad Touch and Go, satu lagi untuk menyimpan data di dalam kad tersebut. Litar yang mempunyai data tersebut kemudian nya di sambung kan di dalam sebuah telefon bimbit Nokia. Beliau telah melakukan modifikasi pada fon tersebut untuk mengeluarkan frekuensi yang sama yang diguna pakai mesin pembaca kad Touch and Go. Beliau juga telah menukar nilai di dalam kad tersebut bagi tujuan projek ini. Beliau memprogram litar tersebut menggunakan IDE di dalam sistem operasi Arch Linux ARM.

Haboque Ferus telah menekankan bahawa beliau melakukan projek ini hanya untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran semata-mata. Beliau menghasilkan video ini bagi mempromosi bidang programming dan memupuk minat R&D (research and development) dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam golongan belia.

Link Video :

http://www.facebook.com/photo.php?v=10200094739792109&set=vb.1258418443&type=3&theater


Beliau juga turut ada memuat naik gambar-gambar yang berkaitan dengan projek di laman sosial Facebook beliau.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200094415383999.196525.1258418443&type=3

Pihak [GH] mengucapkan tahniah pada Haboque Ferus atas kejayaan beliau dan semoga berjaya di dalam projek-projek lain yang akan datang. Kami berharap agar ramai lagi golongan seperti ini didalam negara kita.

Author: qai fera
Hack TnG dengan telefon bimbit nokia by Haboque Ferus di postkan oleh: qai fera
Jika anda berminat untuk berkongsi artikel dengan kami,hantarkan artikel menarik anda ke gilerhackers@gmail.com

 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif