Ikuti perbualan kami dibawah:
[GH] : Assalamualaiikum, terima kasih kerana sudi meluangkan masa sebentar untuk bersama kami.
[KHC] : Waalaiikummussalam, sama sama
[GH] : Sejak bila khc bertapak di alam maya a.k.a Dunia Siber?
[KHC] : Kelantan Hacking Crew atau lebih dikenali dengan singkatan "KHC" diasaskan oleh Ustaz KHC (C'seven Ustaz), Keyo Ren dan Username Passwords dan secara rasminya ditubuhkan pada 11/11/2011.
[GH] : Kenapa KHC ditubuhkan?
[KHC]: Matlamat "KHC" pada mulanya ialah untuk menyatukan semua penggodam-penggodam yang berasal dari negeri Kelantan .Selain itu, penubuhan "KHC" ini juga bertujuan untuk berkenalan dan berinteraksi dengan semua penggodam2, khasnya yang terdapat di Malaysia dan juga penggodam2 dari seluruh dunia amnya.
[GH]: Mengikut maksud KHC ialah kelantan hacking crew, adakah semua crew crew khc adalah berasal dari kelantan?
[KHC]: Ya ..Selain Itu Crew-crew kami juga mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat & keselamatan siber. Secara ringkasnya, mereka terdiri daripada individu2 yang mempunyai Latar dan kemahiran yang berbeza2 berkaitan ilmu IT dan berasal dari group2 penggodam lain yang terdapat diMalaysia.
[GH]: Jadi KHC tidak menerima sebarang pengambilan penggodam luar dari kelantan unutk menyertai khc?
[KHC]: Buat masa ini kami rasa tidak perlu menerima sebarang pengambilan penggodam luar dari kelantan unutk menyertai khc kerana kami hanya menerima kerakyatan Kelantan Sahaja Buat tahun ini . ini kerana untuk memudahkan Crew-crew untuk berjumpa .. dan berkenalan di dunia realiti
[GH]: Sebelum ini khc pernah di gemparkan dengan mengodam beberapa fan page facebook artis malaysia seperti Fauziah Gous, apakah tujuan rampasan (hijack) itu dilakukan?
[KHC]: "KHC" menggodam bukan hanya untuk suka-suka atau mencari publisiti.Tetapi "KHC" menggodam ialah untuk menegur WEBMASTER dan PEMLIK FB supaya berhati-hati di alam maya yang pelbagai cabaran Internet ini.
[GH]: Dalam proses sesuatu akaun facebook didalam tahana khc. apakah yang kamu lakukan sepanjang tempoh itu?
[KHC]: Kami bermesra dengan liker-likernya dan dalam tempoh 24 jam .. kami akan memulangkannya balik ..
[GH]: Apakah diatra teknik yang digunakan khc unutk mengodam?
sesuatu laman sesawang atau rakaian social seperti facebook,twitter dan sebagainya..?
[KHC]: Teknik yang digunakan khc unutk mengodam ialah cara biasa yang digunakan oleh Penggodam dari Luar mahupun Malaysia Seperti Symlink,File Upload,phishing dan lain2
[GH]:bercerita mengenai tajuk di akhbar harian metro baru2 ini...tentang ops mynmar..Kelantan hacking crew juga tersenarai didalam aktiviti dalam op myanmar.. apakah matlamat KHC dan tujuan serangan di ops myanmar ?
[KHC]: Untuk memberhenti kan kerajaan myanmar menganiaya Umat islam etnik rohingnya di negara itu sehingga ramai umat islam yang terbunuh dan itu juga adalah salah satu cara menunjukan yang kami masih prihatin terhadap saudara islam kami di mynmar
[GH]: Apa pandangan khc terhadap pengodam pengodam malaysia?
yang menceroboh/mendeface laman sesawang milik malaysia sendiri?
[KHC]: Penggodam-penggodam malaysia Seperti RileksCrew , Dragon Force , Dotmy Team , VVIP team , Cat-Devilcode dan lain-lain ..Kami tahu mereka hanya menceroboh/mendeface laman sesawang milik malaysia dan tidak Mengacau server atau merosakkanya tapi anda semua jangan menyokong Macho CyberCrime Kerana dia "Macho Gayies"
[GH]: Akhir sekali, soalan ini Ramai yang beranggapan negatif terhadap penggodam, apa pesanan khc kepada pembaca GH
[KHC]: Kepada "Hacker" underground yang berada kat sana/sini tu jangan buat la crew hacker kalau baru tau phishing facebook.wat malu hacker malaysia..
hehehe
Setakat itu sahaja perbualan kami bersama Kelantan Hacking Crew.Kami akan cuba mendekati pengodam pengodam malaysia yang, terus bersama kami untuk mengikuti perkembangan terkin dari [GH].